 |
Sumber dari Google |
Ha ha ha.... ha ha ha... sekejap ketawa dulu yer? Ekekekeke... Pasai pa? Ash lah, tentang siapa lagi kalau bukan dia yang selalu mencuit hati Farah ni kan? Orang dah mula menapaklah katakan....
Malam semalam, Farah sempat jugalah merakamkan aksi Ash yang sekarang ni kemaruk berjalan... Terhogek-hogek dan terhuyung-hayang berjalan dengan masih di dalam fasa cuba mengimbangi badan dia. Cuba tengok...
Farah yang tukang tengok pun jadi cemas juga walaupun Mummy dia ni sibuk kan rakam video Ash berjalan? :P... Ahaksss... sebenarnya, ini kali pertama Ash berjalan... Alhamdulillah...yeay...
Tapiii walaupun kali pertama... Masya-Allah... Ada hajat dan cita-cita tu nak memanjat sendiri
"Baby Safety Gate" dia tu... Dah nampak dah ciri-ciri suka memanjat dah tu... Selepas ini, senaman lebih sikit lagi untuk Mummy... Ha ha ha... "Yess!" ... boleh kurus lagi... Bersiap-sedia untuk jadi lebih penat dan terkejar-kejar... Bila dah mula perkembangan peringkat yang seterusnya ini, memang Farah dan juga NekMa serta Atuk Ash kena bersedia dengan lebih lagi, sebab peringkat dan fasa nilah dia nak terjatuh-jatuh selalu, peringkat dan fasa nilah paling banyak risiko kemalangan berlaku... Bukan kemalangan jalan raya, kemalangan tersending di bucu mana-mana ke, terjatuh ke lantai ke...kepala dan tulang temulang tu...Tak naklah sampai kejadian yang tidak diingini berlaku kan?
Tengok-tengok gayanya berjalan dah macam cerita Jackie Chan dulu... yang apa tu, "drunken master"...ngeh ngeh ngeh... Atuk Ash kata...tengoklah lagi seminggu...dah berlari dah dia nanti...haaa masa tu tersemput-semputlah masing-masing mengejar... Abah Ash tak tengok lagi ni video ni... Hik hik hik, nanti karang baru tunjuk... Kalau Abah Ash "on What's App" boleh jer "transfer" tapi kalau tak "on" kena tunggu sampai jumpa atau suruh jer tonton kat Instagram Mummy kannn??? Pun boleh... tak ada di sisi tak semestinya Abah Ash ketinggalan informasi tentang perkembangan Ash, tentang anak memang setiap hari "update" punnn... Dah namanya anak kan?
penatla nanti mommy bila ash dah boleh berlari..hehehe
ReplyDeleteBertambah kurus ler Farah nak kejar ASH....
ReplyDeletewahhh ash dah pandai jalan. lepas ni berlari pulak. hehehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletewow lepas nie bertambah kurus la dia
ReplyDeleteLepas ni jenuhlah ko nak kejar Ash .... hehe
ReplyDeleteSekarang ni macam drunken masterlah Fara. Tunggulah tak sampai 2-3 bulan lagi tak terkejar kalau dilepas bila keluar shopping..
ReplyDeleteMelihat moment anak-anak sedang meningkat besar, suatu keindahan dalam hidup
ReplyDeleteIqy pon baru menapak 3,4 tapak..selebihnya malasss..lagi beberapa hari je nak masuk umur setahun, ntah bila lah dia nak berjalan sepenuhnya..tak larat nak dukung..tsk tsk tsk..
ReplyDeletewaktu nie laaa mak apaknyer teruja sesangat ;)
ReplyDeleteyeee... lpas ni blh main kjar2...
ReplyDelete