Ingatkan semalam malas nak ke AEON atau AEON Big, sebab Sabtu yang lepas dah seharian di Sunway Lagoon dan juga majlis kenduri kahwin... Ingatnya hari minggu nak berehatlah pula... Tak ada makna berehatnya...Jangan mimpiii.... Sesudah Subuh semalam, mengemas rumah, mengemop lantai, gosok baju bajan dan segala kerja rumahlah... Tak lama selepas itu lebih kurang di dalam pukul 8.00 pagi macam tu, Ash pun terjaga... Mandikan dia, kami bersiap-siap untuk ke Pasar Raya NSK di Meru. Nak membeli stok barangan basah untuk seminggu kaedahnya... seperti biasa dan membeli barangan dapur sedikit... Cumanya, pada minggu ini, orang tersangatlah ramai... Kalau di rak-rak barangan... hampir-hampir kosong... Banyak barangan yang sudah kehabisan... Dalam hati... ok, ramai orang keluar membeli-belah bersempena dengan perlaksanaan GST...sebab sana sini sinun di media sosial dan media elektronik ada menyatakan bahawasanya, pasar-pasar raya semua sesak mesak dengan umat manusia. Macam tajuk berita di Buletin Utama semalam... Orang ramai panik kerana GST...
Iyalah 1 April 2015, kurang dari 48 jam lagi, GST akan dilaksanakan... errr "are we freak out???"... Tapi kan, satulah nak kongsi dari pengalaman sendiri semalam... Di Pasar Raya NSK, pihak pengurusan NSK ada meletakkan sebut harga di setiap rak...Iya iya, sebelum-sebelum ni memang ada tanda harga pun, tetapi kali ini, mereka meletakkan 2 harga... iaitu harga sebelum GST dan harga sesudah GST... Yang Farah ni pula, dok perhati sahaja... Dan memang nampak perbezaan harga barangan ok? Sebagai contoh... Syampu Safi Shayla...sebelum GST berharga lebih kurang di dalam RM11.00 lebih, dan setelah GST harga Syampu Safi Shayla akan menjadi RM13.00 lebih...dah nak guna beli sahajalah kan?
Bukan itu sahaja, ada lagi harga-harga barangan yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara...Pendek kata, majoriti barangan yang Farah lihat...harga naiklah..ok "common sense" ... 6%...Ihikss... Yang paling Farah ingat syampu tulah sebab beli syampu semalam kannn??? Alahaiiii... terus berimaginasi dalam kotak pemikiran... dan berkata-kata kepada diri sendiri... Mampukah aku mengharungi kenaikkan kos sara hidup yang tidak pernah berkesudahan... In Shaa Allah, boleh.. macam lah diri sendiri seorang jer terasa begitu... semua orang pun terasa macam tu kan? Tak apa, fikir positif walau peritnya terasa... Allah tidak memberi kita sesuatu yang di luar kemampuan kita... Betul tak? In Shaa Allah, kita semua boleh sama-sama harungi dugaan ini...
Cari "diapers" Ash semalam pun jadi isu juga... seperti yang dinyatakan sebelum ini, malas nak ke AEON ataupun AEON Big... Konon-konon nak cari di Speedmart ataupun di EconSave. "Diapers" Huggies Ultra pek hijau tu memang tak ada di Speedmart, ingatkan sebab malas tu, nak beli yang Huggies Total Protection pakej berwarna merah tu... Jap kira... Speedmart Bukit Jelutong, MyMydin Bukit Jelutong, Speedmart di Fasa 2 di taman perumahan, Speedmart di Fasa 2B6 di taman perumahan... Semua tak ada.... Hu hu hu...Bila tanya, dah habis stok... 1,2,3,4... 4 tempat mencari "diapers" Ash... tak jumpa-jumpa... memang sungguh malas nak keluar ke AEON ok? Jauhhh...ha ha ha... jimat minyak pun yer... La la la la...Badan letih pun yer... Baik kita cuba di EconSave... tak jumpa juga... haihhh... Hendak tak hendak...terpaksa rajinkan diri ke AEON... Sesampai AEON...macam biasa orang ramai... tapi ada juga apa yang dicari...Hamikkkk...melambak-lambak...
Adakah kerana GST Farah mengalami situasi semalam? Ekekekeeke... Tetapi bila lihat fenomena ramai yang membeli stok keperluan rumahtangga masing-masing... Ramai dari berbelanja hujung bulan yang biasa setiap bulan sebelum ini... Tiba-tiba terus secara automatik teringat pada fenomena sewaktu harga petrol mula-mula naik dahulu... betapa ramainya orang beratur panjang di dalam kenderaan masing-masing di stesen minyak semata-mata nak isi petrol sebelum harga minyak naik keesokkan harinya...
Cumanya... memanglah siapa yang suka harga barangan naik dan semakin naik... hurmm...memang Farah sendiri pun tak suka... kuasa berbelanja itu menjadi semakin kurang dah sekarang ni pada kebanyakkan orang... tetapiiiii.... bila lihatkan suasana ramai yang membeli stok keperluan... tajuk berita pun mengatakan orang ramai panik kerana GST... sama ajer kaedahnya dengan isu harga petrol naik dulu...kalau benarlah... Semua berebut-rebut membeli stok keperluan sebelum GST disebabkan kenaikkan harga barangan yang dijangka... iya, hari ini kita mungkin dapat membeli dengan harga yang lebih rendah dari 1 April 2015, tetapi selepas 1 April 2015 harga tetap akan naik juga kan? Dan barangan yang kita beli tidak tahan setahun...hu hu hu...esok lusa tulat, kita tetap terkena tempiasnya kenaikkan harga barang... Betul tak? Hu hu hu...
Apa nak buat yer??? Suka atau tidak, inilah yang harus kita lalui kan? Demi kelangsungan hidup...kita tetap akan membeli juga tidak kira harga naik ataupun tidak... Betul tak???
sememangnya...rata-rata keluar shopping semalam..Penuh orang dok beratur..risau jugak kan bila gst ni dilancarkan..sekarang pun harga barangan dah naik tak tentu pasal..
ReplyDeletesesak ngan orang shopping complex semalam... nak beli pun macam takde mood dah sebab beratur punya panjang
ReplyDeletebetul tue
ReplyDeleteHrga brg sblm gst ni pun dah melambung2 tinggi. X taw la plak lps ni mcm mna
ReplyDeletehmm tu laa hakikatnya... harga barang naik pun kita akan terpaksa beli juga esp barang keperluan harian. dah macam no choice huhuhu
ReplyDeletelepas ni kena banyak berjimat tapi untuk barangan bayi seperti lampin, susu dan makanan memang tak boleh nak bersukat.
ReplyDeletexblh nak buat ape sis...kena tempuh juga walau pon x suka..
ReplyDeleteHuhu...Memang gitu la nmpknya..Memasing memikir budget after & before GST..huhu
ReplyDeleteyup, kami pun keluar beli brg dapur semlm..mmng ramai sesangat, ...erm..nak tak nak...kita kena jugak terima gst ni kan..memula mak panik gak la..beli mknn anak2 bnyk2..suami ckp.."cukup2 la tu...beli mcm biasa je lah..." terus mak merah2 muka...malu sendiri bila semlm troli penuh brg dapur..ahaks! gst punya psl..last2 letak balik brg2 kat rak, ambik je mcm biasa2 kami beli brg dapur setiap gaji sebelum ni, malu sendiri, ^__^
ReplyDeleteMmg ramai org buat persediaan awal..
ReplyDeleteKatanya susu tak termasuk.. Betul ke?
ReplyDeletehuwaaaa kos hidup makin tinggi tapi kos pendapatan tak tinggi-tinggi ;(
ReplyDeleteApa nak buat . Warganegara Malaysia layankan jela. Huhu.
ReplyDelete