![]() |
Sumber dari Google |
Seorang pelanggan masuk ke sebuah kedai/butik berjenama di sebuah pusat membeli-belah dengan berpakaian ringkas. Sehelai t-shirt, sehelai seluar denim, berselipar jepun dan tiada sebarang aksesori berjenama di badan.
Reaksi Pembantu Jualan:
Memandang ke arah pelanggan itu seperti seolah-olah ada yang tidak kena. Acuh tidak acuh di dalam memberikan layanan kepada pelanggan tersebut. Muka tidak mesra. Sentiasa memandang sinis.
SITUASI B:
Seorang pelanggan masuk ke sebuah kedai/butik berjenama di sebuah pusat membeli-belah dengan pakaian dan aksesori berjenama. "Self-presentation" memberikan "impression" yang pelanggan itu adalah orang tertentu dan berduit ataupun berada.
Reaksi Pembantu Jualan:
Melayan pelanggan tersebut dengan layanan istimewa dan sangat mesra. Pendek kata, layanan "tip top". Muka yang manis. Senyuman mesra. Tutur kata yang lemah lembut.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah mengalami sendiri salah satu atau kedua-dua situasi yang dinyatakan di atas? Atau pernah melihat situasi seumpama ini di hadapan mata anda? Satu isu yang tidak mungkin berlaku? Sebenarnya ia terjadi dan itulah realiti kehidupan seharian yang sebenar.
Bukannya semua pembantu jualan yang bersikap sedemikian. Tetapi ada sebilangan atau segelintir dari kalangan pembantu jualan yang sebegitu sikapnya. "First impression placed the conclusion" kaedahnya...
Farah tidak pernah mengalami kedua-dua situasi. "I is" orang biasa-biasa sahaja. Tetapi pernah mendengar ianya terjadi kepada rakan Farah sendiri iaitu Situasi A. Walhal, bukannya orang itu tidak berkemampuan,mampu jer dia...cuma mungkin cara dia berpakaian sahaja... Hu hu hu...
Alahaiiii... "uolss" ni kannn... kenapalah perlu mewujudkan budaya layanan mengikut kasta??? Perniagaan dibuka untuk menarik pelanggan dan melariskan barangan atau servis yang ditawarkan. Tidak kiralah siapa pun yang menapak masuk ke kedai atau butik tersebut kan? Bila kedai atau butik itu dibuka untuk perniagaan bermakna sesiapa sahaja boleh menapak masuk ke dalam kedai atau butik itu.
Kalau sungguhlah hanya orang-orang tertentu yang boleh masuk ke kedai atau butik tersebut. Nak berkasta-kasta bagai sangattt... apa kata letakkan notis di hadapan pintu masuk kedai atau butik berkenaan tentang terma, syarat serta kelayakkan seseorang untuk masuk ke kedai atau butik tersebut. Betul ke tak? Lepas tu letak sekali "dress code" macam mana yang dibenarkan... Jadi pelanggan-pelanggan akan tahu bahawasanya bukan sebarangan orang yang boleh menjejakkan kaki masuk menapak ke dalam kedai atau butik tersebut. Nak sangat kasta kannn? Ihiksss bunyi macam marah sangat dan macam emosi sangat Mommy Ash ni...Muahahahaha, walhal bukan diri sendiri yang terkena...tapi betullah..."it's something that is fact and common sense".
Kenapalah pembantu jualan perlu nak kekwat sampai macam tu sekali? Pembantu jualan pun makan gaji juga... Bukanlah nak cipta isu tentang pembantu jualan ataupun memandang rendah atau bikin panas, tetapi cuma ingin berpesan... Realitinya kehidupan ini...
JANGAN SANGKA YANG NAMPAK BIASA-BIASA ITU TIADA MEMPUNYAI APA-APA.
JANGAN SANGKA YANG NAMPAK SEMPURNA ITU, MEMPUNYAI SEGALANYA...
^_^
Akk pun pernah terkena..x pyh tempat high class..kat Alamanda je pun..cth, kalau pakai selipar biasa2 nak beli kasut scholl tu dorang pandang remeh je..takkan nak jalan SC pakai high heel ala artis gitu kot..tak kuasa akak..buat penat kaki je..hehe
ReplyDeletedah biasa kena.. huhu..tp x suka juga kalau asyik follow je.. rimas .. nak memilih pon segan.. hehehehe
ReplyDeleteBetul tu yang penting layanan sama rata...tujuannya untuk menarik pelanggan agar tidak datang sekali jer malah berulang kali...
ReplyDeleteKadang-kadang yang nampak sempurna tu kerana hidupnya berpegang pada konsep biar papa asal bergaya tapi habuk pun tak ada kan...
ReplyDeletekdg2 ada salesgirl yg kurang mesra n acuh x acuh dlm melayan pelanggan spt abe kie yg dah tua ni. siap panggil pakcik lagi...huwaaaa
ReplyDeletepernah ikuti kursus untuk hartanah bila tutor bercerita kisah seorang salesgirl melayan seorang tua cina perempuan yang nampak macam tersalah masuk ke tempat jualan tu... tak ada seorang pun yang nak melayan dia kecuali salesgirl tu... hujung2 nya dia beli sebijik rumah banglow secara cash (dengan cek lah maksudnya)... dan yang lain berputih mata... nasihat dari tutor... jangan pandang orang sebelah mata... big mistake... (teringat cerita Pretty Woman tetiba...)
ReplyDeletesalam kenal yer... salam singgah...
Pernah experience situasi di atas. Hmmm..
ReplyDeleteLepas tu boikot tak nak masuk dan beli barang brand kedai tu sampai bila2. Haha
Pernah masuk kedai barangan sukan nak beli kasut sukan berdua dengan kawan..jurujual 2 org dok bersembang saja di kaunter hanya menjeling-jeling saja masa kami masuk ke kedai...tiba2 masuk satu group family terus jurujual ini sambut bagai nak rak..uittt...apa lagi terus keluar angkat kaki...kan dah rugi potential buyer sorang
ReplyDeleteFarah lebih suka shopping tanpa pembantu jualan.. lebih tenang nak shopping..hahaha
ReplyDelete