![]() |
Sumber dari Google |
Farah jarang membeli alatan masak ni kerana semuanya adalah turun temurun dari Nek Ma Ash... Koleksi yang ada dari yang murah sehingga ke yang mahal adalah koleksi dari Nek Ma Ash... Satu perkara tentang Nek Ma Ash adalah, dia suka mengumpul pinggan mangkuk dan alatan masak seperti periuk belanga sewaktu dia bekerja dahulu. Farah masih ingat dengan jelas bahawasanya setiap bulan pasti ada koleksi pinggan mangkuk dan periuk belanga yang baru dibeli olehnya. Kira-kiranya kalau nak buat kenduri kendara memang tak ada masalahlah di rumah Farah ni, sebab segalanya telah ada.
Bila dah jarang membeli ni, makanya kalau sekali membeli tu kebiasaannya membeli kerana keperluan dan dirasakan perlu. Kalau tak ada keperluan rasanya memang tiada "urgency" untuk Farah membeli. Apa yang nak digunakan semuanya telah lengkap tersedia di dapur. Alhamdulillah, terima kasih Nek Ma... mungkinlah juga dia memikirkan jangka masa panjang kerana dia mempunyai anak perempuan kan? Sebab itu dia mengumpul sedikit demi sedikit... Bila tiba masanya...nahhh...semua telah tersedia... Terima kasih Mama... ^_^...
Secara ringkasnya, Farah bukanlah pakar di dalam membeli alatan masak...ha ha ha... dan harus belajar juga selok belok membeli alatan masak ni agar tidak membazir, tidak membeli apa yang tidak perlu dibeli. Buat masa sekarang ni, memang dalam kotak pemikiran tiada terfikir untuk membeli sebarang alatan masak. Tetapi untuk jangka masa panjang, pasti ada terfikir ni... Iyalah, kadang-kadang bila sesuatu benda itu dah terlalu lama, kadang-kadang ia perlu diganti sekiranya tidak boleh digunakan lagi kan? Proses memasak akan terganggu apabila barangan memasak rosak. Ini bukan sahaja akan melambatkan masa memasak,malah boleh membahayakan keselamatan keluarga dan rumah jika berlaku kemalangan atau kebakaran yang disebabkan kerosakkan peralatan.
Oh ya... peralatan memasak yang elok tidak semestinya yang mahal yer... Yang penting, pilih yang berkualiti tinggi dan baru. Melalui satu artikel yang Farah baca di SINI.
PERLU MENGETAHUI FUNGSI ALATAN
Jika kita ingin membeli peralatan dapur untuk memenuhi ruang dapur kita, pastikan alatan itu menjadi keutamaan yang diperlukan. Jika kita ingin dapur yang serba lengkap ia akan menelan bajet yang banyak. Pilih alatan yang kita perlukan terlebih dahulu, yang menjadi asas, berfungsi dalam banyak kegunaan untuk kita memasak di rumah. Setelah itu baru beransur-ansur menambah alatan memasak di rumah kita.
BERJIMAT KETIKA MEMBELI
Jika kita mahu berjimat. Belilah ketika musim jualan murah. Ketika ini, barangan perkakas akan dijual dengan harga lebih murah, terutamanya jika pasaraya ingin menghabiskan stok lama. Selain itu, jualan gudang juga adalah salah satu tempat untuk membeli perkakas dengan harga yang murah. Kita cuma perlu bersabar untuk mencari barangan yang dikehendaki.
MENCARI ALTERNATIF UNTUK MEMASAK
Jika perkakas memasak yang dikehendaki terlalu mahal dan kita tidak mampu untuk membelinya, carilah alternatif lain. Misalnya jika mesin pengisar rosak, gunakanlah cara lama iaitu menggunakan lesung batu.
MENCUBA DAHULU BARU MEMBELINYA
Kebanyakan dari kita tidak mahu mencuba perkakas sebelum membelinya kerana menganggap jika ada kerosakan, ia boleh dipulangkan atau digantikan. Namun selalunya perkakas yang rosak akan dibiarkan terabai begitu sahaja kerana tidak mahu membazir wang, masa dan tenaga untuk kembali ke pasaraya tersebut. Oleh itu, cuba alat perkakas terlebih dahulu dan pastikan ianya berfungsi dengan baik.
Jika peralatan memasak melengkapi dapur kita, dan mengikut bajet yang mencukupi. Memasak akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan kita. Penggunaan perkakas besi adalah lebih baik kerana tahan karat dan ia juga lebih selamat kerana tidak mudah pecah seperti kaca. Satu sahaja kelemahan besi iaitu ia mudah panas.
Terfikir pula nak membeli sesuatu yang perlu diganti ni... In Shaa Allah... Bukanlah sekarang...tetapi tunggu sehingga bajet mengizinkan...Ekekekeke... Sebab buat masa dan ketika ini perlu memberikan fokus kepada komitmen yang lain yang sedia ada dulu... Selagi boleh digunakan kita gunakan yer tak? Kalau dah betul-betul tak boleh, pada waktu dan ketika itu barulah kita bertindak mengganti...
setuju lah..betul tue..pakai ja yg ada jimat kan dari membazir..
ReplyDeleteas'salam kak farah.. =)
ReplyDeletesamela ngn yaya..jrng beli.guna turun temurun from my ibu..hehe
lau ade yg nak beli fikir 2-3x..kena pastikan brg yg nk dbeli tu btul akn pakai.bukn sekdar hiasan dalam laci..hehe =p
dah lamer xshopping peralatan dapur...
ReplyDeleteCantik header baru !!..
ReplyDeletebeli yang perlu.. mak yan dulu pon suka beli barang dapur pastu simpan dalam almari.. bukan pakai pon.. Masa nak pindah duduk rumah sendiri..dapat laa merembat sikit.. hahaha.. tapi tu pon yan dok gataii tangan pi beli lg, then tak pakai pon.. maybe, yan akan beri pada cucu pulak di masa akan datang.http://www.bubblynotes.com/logout?d=http://www.blogger.com/logout-redirect.g?blogID%3D3023178377921784716%26postID%3D7788593142297506392. hahha
ReplyDeleteayu tak pandai nak beli barang2 perkakas mcm ni
ReplyDeletebeli mane yg murah2 jeee
hehehe..sy pkai pe yang ada jerr...yg ptg masak sedap kannnn...kununnye laa sedap heheehehe
ReplyDeleteassalamualaikum farah betul tu farah mama sokong sekali...:)
ReplyDelete