Ohsemnyaaa "Steamboat Buffet" Di D'Kayangan Buffet Steamboat...

Farah Waheda Wahid
13


Slurppp...slurppp... burppp...sedapnya...masih terbayang-bayang "steamboat" yang berasap-asap ini hasil dari aktiviti "food review" tempoh hari di D'Kayangan Buffet Steamboat, Shah Alam. Dahlah perut sememangnya lapar ("I is" diet ok? bha ha ha), jadi bertambah-tambah lapar pula bila tengok gambar di atas ni. Masih terbayang-bayang suasana dan rasanya ketika itu. Punyalah ingat sampai hari ni kan??? Tetapi, "steamboat buffet" di D'Kayangan Buffet Steamboat, Shah Alam memang ohsem ok? Walaupun tinggal di kawasan berdekatan, tetapi inilah pertama kali Farah menjejakkan kaki ke D'Kayangan Steamboat. 


Apa yang menariknya di D'Kayangan Buffet Steamboat??? Banyak perkara yang menarik untuk dikongsikan dari cerita di hari kejadian... dan sebab itu jugalah sehingga ke hari ini, masih lagi terbayang-bayang...Ahakss...Sekali menapakkan kaki serta menikmati "steamboat buffet" di D'Kayangan Buffet Steamboat, teringat-ingat dan terangau-angau sampai hari ini... Aduhhhh makkk... 

Dari segi posisi susun atur D'Kayangan Buffet Steamboat, para pelanggan boleh memilih sama ada ingin duduk di bahagian dalam restoran ataupun di bahagian luar restoran iaitu "open air"... Para pelanggan bebas memilih di mana-mana sahaja yang mereka inginkan mengikut kesesuaian serta keselesaan masing-masing. 

Yang menjadikan ianya bertambah-tambah menarik ialah D'Kayangan Steamboat adalah merupakan salah satu restoran yang menjadi Pilihan TV3 melalui rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.


Sedikit perkongsian mengenai makanan berkonsep "steamboat" sebelum Farah kongsikan variasi gambar-gambar makanan yang ditawarkan oleh D'Kayangan Steamboat. 

Melalui satu sumber di SINI

"Steamboat" yang juga dikenali dengan istilah Shabu-Shabu sebenarnya berasal dari sebuah lagenda. Kononnya, pada zaman dahulu sewaktu Kubilai Khan, Raja Pertama Dinasti Yuan memimpin pasukannya bertempur melawan musuh, tenteranya tidak memiliki cukup waktu untuk memasak. Disebabkan itu, mereka memotong daging kambing menjadi potongan-potonngan tipis dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Potongan-potongan daging itu didapati masak dengan segera. Itulah asal-usul "steamboat" ataupun shabu-shabu. Setelah beberapa ketika, Shabu-Shabu pun berkembang dan berubah. Hampir semua jenis makanan seperti daging, sayuran dan hasil laut dijadikan bahan masakan Shabu-Shabu yang sesungguhnya sedaplah kan? 

Dan melalui satu sumber di SINI pula...

"Hot pot" / "steamboat" / "Shabu-Shabu" merupakan makanan yang berasal dari Mongolia dan Jurchen di mana menu utamanya menggunakan daging kambing, sapi atau kuda. Kemudian, jenis makanan ini tersebar ke daerah China Selatan. Selang beberapa ketika, variasinya dikembangkan dengan bahan yang berbeza-beza seperti makanan laut.

Malaysia kita panggil "steamboat", Cina dikenali dengan "Hot Pot", ada juga yang kata "steamboat" berasal dari Jepun dan di Indonesia dikenali sebagai Shabu-Shabu. Thailand pula Suki. ^_^ ... Macam-macam nama ada... 

Begitulah ceritanya, ada beberapa variasi cerita asal-usul "steamboat" ni... Haaa, sekarang dah tau tak? Selama ni tau makan jer kan? Hik hik hik...Gurau-gurau... Jangan marah ok? Bermesra dan bermanja di petang hari kaedahnya... Lepas makan ni kena segar-segarkan diri dengan gurauan...Betul tak? Ok ok... 

Sebenarnya kan.... secara jujur dan ikhlas boleh jadi rambang mata ooo tengok pilihan-pilihan bahan-bahan "steamboat" yang terdapat di D'Kayangan Buffet Steamboat ni... Tak percaya? Jom tengok gambar-gambar di bawah... 


Antara variasi makanan laut, daging dan ayam yang ada... termasuklah bebola dari pelbagai jenis... Sesungguhnya ketam dan udanglah yang paling menggoda ok? Sebab Farah adalah pecinta sejati ketam sejak azali...Muahahaha... 


Sayur-sayuran, telur puyuh, telur ayam... Kalau yang diet bolehlah memilih untuk menikmati makanan berasaskan sayuran sahaja yer...ahaksss...cakap pada diri sendiri sebenarnya tu... 


Aneka mee bagi sesiapa yang berselera nak makan mee kannn? Kadang-kadang layan "steamboat" sahaja, tidak cukup untuk memuaskan selera dan nafsu makan tu...bagi sesetengah oranglah... 


Ini pula bahagian untuk pencuci mulut...Yang diet pun boleh layan makan ni juga selain dari sayur...La la la la... Bagus makan buah-buahan dan sayur-sayuran ni kan? 

Itu adalah pilihan makanan untuk sesi "steamboat"...seperti yang kelihatan di dalam gambar pertama di permulaan entri ini, anda boleh memilih sama ada hendak menikmati "steamboat" anda di dalam bentuk sup ataupun panggang. Sup pula terdiri daripada kuah sup biasa ataupun sup tomyam. Ikut selera dan citarasa masing-masing.

Kalau tak nak layan "steamboat"... mencari makanan biasa? Pun boleh juga...kalau nak makan dua-dua jenis pun boleh juga... 


Ini rasanya mesti ramai yang tergoda ni...ha ha ha...sasaran pertama kami tau tak pada hari yang berkenaan... Dan dan tak ada orang lagi, kami berdua yang rasmikan... Memang sedap, tiada hamis, tiada bau... dicampur pula dengan sos lada hitamnnya... "marvellous"... tidak perlu menunggu sehingga ketibaan Ramadhan untuk menikmati kambing golek... bulan-bulan biasa yang lainnya pun boleh... 


Farah tunjukkan dulu kepada semua susunan meja buffet yang panjang ini dan kemudiannya di bawah ini adalah pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan restoran D'Kayangan Buffet Steamboat... 


Mee goreng ada, kuah kari ada, sup cendawan ada, nasi goreng ada, lauik pauk ada, nasi lemak pun ada... Perghhh...kalau makan kesemua-semua kombinasi makanan yang disediakan atau disajikan di D'Kayangan Buffet Steamboat ni, mau pecah perut tak pun bersandar macam ular sawa yang kekenyangan...Muahahaha... Farah tidak tau! Tapi adalah orang tu sampai tersandar dibuatnya... He he he... Dah tau dia memang boleh makan... sebab tu tak membantah apa pun bila dia sudi nak menemani diri ini... Terima kasih... ^_^

Bagi Farah pengalaman menikmati juadah-juadah yang disajikan oleh D'Kayangan Buffet Steamboat tempoh hari memang sangat memuaskan hati dan Farah secara peribadi tidak akan teragak-agak untuk datang kembali ke sini untuk bawa Ash pula sama-sama menikmati makanan-makanan yang disediakan di sini... Ahakss... Budak kecik tu setakat mana sangatlah dia mampu makan kan? Sebenarnya Mummy dia nak belanja Nek Ma dan Atuk Ash pula... In Shaa Allah kalau ada rezeki... Apalah salahnya belanja ibu bapa sendiri makan yer tak? 

Pakej-pakej yang ditawarkan:-

ALL YOU CAN EAT (Set 1)
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 
HargaDewasa : RM33 nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17 nett sahaja 

D'KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL
Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam 

Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my 

Instagram D'Kayangan Steamboat 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah,.betul2 tergoda nioh..Farah noleh dok semeja dengan saya la..sebab saya pun hantu ketam..hahahah

    ReplyDelete
  2. wah dah lama tak makan steamboat ni.. meleleh ayaq liur hihihi..

    ReplyDelete
  3. Wah..Sy mmg suka steamboat..Tetibe terliur...huhu

    ReplyDelete
  4. banyak betul menu dia.mesti semua pun nak rasa kan..terbaik!

    ReplyDelete
  5. mmg byk tul pilihan ... tgk pun dah tak menahan ...

    ReplyDelete
  6. aaaaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Mak aihhh, rambang bii mata tengok pelbagai pilihan.. Semua nampak sedap...hihi

    ReplyDelete
  8. berbunyi perut tengok makanan sedap sedap kat atas. hahhaa

    ReplyDelete
  9. wah farah....kambing tu yg mengoda hahaha..ash sihat??

    ReplyDelete
  10. lama tak makan steamboat dekat luar.. alise pon peminat ketam..

    ReplyDelete
  11. eh...satu gambar lagi xde la...ahaks...apapun akak mmg suka menu steambot...sedapppp....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !