Nak Kait Kopiah Untuk Ash!!!

Farah Waheda Wahid
11
Sumber dari Google

Hua hua hua... kemainnn...tinggi cita-cita Mommy nak kaitkan kopiah untuk Ash... Hik hik hik... Dok kecoh-kecoh nak kait kopiah untuk Ash ni... Dah pandai sangat ke nak kait mengait ni? La la la la.... Jujur mengaku, memang tidak pernah mengait... dan seni mengait itu tidak pernah Farah cuba ok? Inilah kali pertama diri ini berhajat untuk mengait untuk anak sendiri... Dush dush dush... Tapikan ada masa ke nak kait mengait ni? In Shaa Allah...Akan diadakan juga masanya... 

Masa mengandungkan Ash tak adalah pula kepingin, teringin, mengidam nak kait mengait ni...muahahaha...tiba-tiba dengan sepintas kerling nampak gambar anak-anak kecil yang comel berkopiah kait, hati tertawan dan ditawan pula. Bukan tak boleh beli yang dah siap di Jalan Masjid India, atau di mana-mana sahaja...Boleh jer kalau nak cari... Tapi hati tiba-tiba teringin pula nak mengait untuk Ash... Bha ha ha... Ouchhh... "so the sentimental value" lah kononnya...ahakss... 

Kait mengait Farah memang tak pernah cuba, tetapi kalau setakat "cross-stitch" tu memang Farah selalu lakukan dan banyak jugalah hasil "cross-stitch" yang Farah dah lakukan dari zaman-zaman belajar di uni dulu sehinggalah sekarang... Cuma sejak Ash lahir jadi "slow" sedikit aktiviti "cross-stitch" Farah... Hew hew hew... Kalau bab kait mengait ni, Nek Ma Ash yang "expert", sebab masa Farah kecil-kecil dulu sarung bekas air ke sekolah, alas meja, alas bantal, alas peti ais...Nek Ma Ash yang kait... 

Nampak gayanya kena belajar dari Nek Ma Ash ni, Nek Ma Ash nak mengait sekarang ni memang tak terkejarlah dan mata pun sudah semakin tidak nampak...Jadi nampak gayanya... Farah kena menyambung warisan ni...seni kait mengait ni...Ahaksss...mana tahu kalau-kalau dah pakar nanti boleh ambil tempahan pula? Zaman-zaman GST ni, kena ambil kesempatan atas kemahiran lain yang ada untuk menjana pendapatan juga ni... Tempahan kek Farah dah lama tak ambil... sesekali tu adalah...tapi tidaklah sepenuh dulu... Sebab, kekononnya nak tumpu pada Ash... Tetapi In Shaa Allah, memandangkan GST dah bermula...mungkin akan mula mengambil tempahan kembali kot? Tapi kannn... nak letak harga pula masalahnya... Hik hik hik...Takutnya jadi mahal sangat...Makanya, kita tengok selepas 1 April 2015 ni bagaimana... 

Gigih juga ni mencari panduan di atas talian tentang kait mengait dan juga mungkin akan menjejakkan kaki kedai buku juga ni, nak cari buku belajar "knitting"...kui kui kui... Agak-agak berjaya tak Farah dengan misi kait mengait ni? La la la la... Tak apalah kita cuba dulu... Ahakss...jadi tak jadi belakang kira, janji kita mencuba... In Shaa Allah pelan-pelan boleh tu...cuba jaya!!! Gambateee!!! 

*Asyik terbayang-bayang rupa gaya Ash pakai kopiah...ihikss... Sukanya gambaran imej yang berlegar-legar di ruang mata ni... errrr...tetiba... teruja tak hinggat Mommy Ash kannn? 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. InsyaAllah farah boleh sbb dah biasa cross stich kan...

    Mesti comel bila Ash pakai kopiah kait..^^

    ReplyDelete
  2. best juga kalau dapat kait sendiri kopiah..lebih2 lagi untuk anak sendiri..tinggi nilainya tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? macam satu sentimental value pula untuk kita...

      Delete
  3. mesti comel klu Ash pakai nanti. moga jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  4. wahhh tak ape
    usaha tangga kejayaan
    mak ayu dulu pandai mengait ni
    tapi bile mintak diajar boleh lupe lak
    so beli jelah jawabnye

    ReplyDelete
  5. Dah buat ke? hehe. Kot2 cari diagram atau paten nak buat kopiah kait, ummi baru share kat blog. Dan kalau tak jadi gak, senarai crocheters serata malaysia yg ambil tempahan pon ade. :-P Good luck

    http://ummitiqah.com/index.php/2015/07/27/cara-kait-kopiah-bernama-dan-senarai-pengait-yang-ambil-tempahan/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !