Mudahnya Masak Untuk Ash... ^_^

Farah Waheda Wahid
8

Diakui, dari segi pemakanan... Ash agak memilih... hua hua hua... "picky eaters uolss"... Cerita tentang "picky eaters" ada di SINI. Kalau dulu dia gemarkan nasi... bila bangun-bangun tidur jer, pagi-pagi lepas mandi ikut resam Abah dia, cari nasi... (sepanjang Abah Ash habiskan masa dengan Mummy, memang dia penggemar nasi dan mesti nak makan nasi lah... Tapi kalau masa lain tak tau lah kan? Ha ha ha...)

Tetapi kini, nampak gayanya kecenderungannya lebih kepada makanan barat "uolss".... phewww... kalau nasi tu sekarang dah jemu agaknya... terkemam-kemam, terkemam-kemam... simpan dalam mulut, lepas tu dah lama-lama sendiri rasa nak muntah... bha ha ha... Silap sendiri kan? Bukan silap Mummy kan? 

Berbeza pula halnya kalau kita sajikan dia dengan menu barat... baratlah sangattt kan? Tak kira fussili ke, fetuccini ke... spaghetti ke... apa sajalah... fuh fuh fuh... letak satu bahagian yang bersesuaian dengan kemampuan dia untuk habiskan... memang terbukti licin dan tidak tinggal setitik pun... dush dush... pengsannn.... agak-agak kalau dia tak nak makan... mengelak untuk makan nasi... tertepis tepis, tertepis tepis... bha ha ha... memang menu-menu barat sahajalah ubatnya... 

Semakin berakal ni, semakin mengikut selera Mummy ek? Ha ha ha... oklah tu kan? Namanya pun anak manja Mummy... Memang Farah rasa Ash seorang yang memilih dan cerewet bab makan, tapi Farah tak salahkan dia pun... sebab Farah pun sama sebenarnya. Ada ikan-ikan yang Farah tak makan, terutamanya ikan darat, telur kuning Farah tak makan, pucuk ubi Farah tak makan... dan adalah beberapa lagi yang Farah tak makan... Nak cerita apa yang Farah tak sentuh atau tak makan, itu nanti kita kongsu atau cerita dalam entri lain lah ek? Agagagaga... 

Iya, cerewet dan memilih dalam pemakanan tetapi Farah tak rasa susah pun nak sediakan makanan untuk Ash... sebabnya, masakannya mudah-mudah dan apa tu orang kata... tak renyeh... Ha ha ha... Malahan seronok memasak untuk Ash, lebih-lebih lagi kalau Ash makan banyak... Suka tengoknya... Rasa berbaloi-baloi masak... Ahaksss, biasalah tu kan? Tukang masak memang selalu berperasaan begitu... Lagi habis masakannya, lagi berselera orang lain makan, lagi semangat dan suka nak masak... 

Buat ketika dan masa ini, memang mudahlah Farah memasak untuk Ash... sebab dia tak banyak pilih kan tentang menu barat... lagipun senang juga untuk Farah... sebab kebanyakkan menu barat yang dimasak tidak pedas, jadi hampir kebanyakkan dari menu Ash boleh makan... Alaaa... makanan asal usul negara sendiri pun kalau di-"adjust" banyak jer yang Ash boleh makan yer tak? Dah "adjust" pun... tapi dia tetap selera dan nak "western style"... macam mana tu? Kalau tak... memang sesuap dua suap nasi jerlah... Nak tak nak, risau punya pasal kalau tak makan dia lapar... Farah turutkan juga masak apa yang dia selera makan... 

Bukan apa, anak-anak kalau perut lapar, tidur pun tak lena kan? Kata gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati... bila perut kenyang, tidur pun lebih lena lah ye tak? Hik hik hik... Tapikannn... macam mana pun, nak kena ajar juga makan makanan orang Malaysia ni... ahaksss... kena bagi dia suka dan gemar... Ash ingat Ash lahir London ke? La la la la la.... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah...senang keje mommy dpt anak yg tak cerewet mcm Ash..:)

    ReplyDelete
  2. bagi je makan apa yang dia suka..dan pelbagaikan..bagus Ash ni..nak jugak makan....budak2 laian ramai yang umur macam ni susah nak makan..

    ReplyDelete
  3. Biasalah... Ank2 mudah je ubah selera... Ank sulung sy dulu suka speghati... Mmg tak mkn nasi... Dh bsar bru mkn nasi..

    ReplyDelete
  4. wahhh tekak omputeh ash ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah ash peminat pasta nampak gayanya..pasta sedap sbb boleh variasikan dgn pelbagai resepi.

    ReplyDelete
  6. xpe ash..pelan2 jadi org malaysia eh..hihi... dye muak kot kak farah makan nasi...tu tukar selera..hihi

    ReplyDelete
  7. amboi anak buah mama long..tekak mat saleh....tp kalau dah dia suka...bagi je...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !