![]() |
Sumber dari Google |
Iya...ini adalah gambar ulang tayang daripada entri yang lepas iaitu entri Tiada Lagi Jalan Untuk "Spiderman" Mendaki.... Ingat-ingatkan konon-kononnya bila dah letak "baby safety gate" tu dah selamat lah yer tak? Tetapi nampak gayanya tidak...Ha ha ha... Jom ulang tayang video dari entri yang terawal pada hari ini pula iaitu Selangkah... 2 Langkah... 3 Langkah... Ehhh...Ehhh...Ehhh ...
Kalau dah macam "drunken master" gitchewss gayanya berjalan...memang bahayalah bucu tangga ni pada dia ni...Sebelum-sebelum ini pun bahaya juga... tetapi kuranglah sikit kan? Sebab masih gigih lagi berlari mengejar dan mengawal...Tapi kalau dah dapat kaki ni gayanya lebih tangkas lagi ni dari Mummy dan Nek Ma dia ni...Kalau Mummy ok lagi, masih kuat juga nak berlari-lari pecut 1000 meter...#ehhh...ngeh ngeh ngeh...tetapi kalau Nek Ma? Bukan tak percaya kepada Nek Ma Ash yang menjaga tetapi lebih risau bila mana Farah pergi berkerja... Dengan usia Nek Ma Ash yang dah mencecah 66 tahun pada tahun 2015 ini... kita ni sebagai anak yang meninggalkan anak bersama-sama ibu kita sendiri untuk dijaga orang kata berpada-pada dan beringat-ingatlah yer tak? Kita kena ingat, tenaga ibu kita tu bukannya seperti zaman mereka muda-muda, zaman mereka menjaga kita dulu...tidak tidak...kederat mereka tu pun tak sepatutnya dikerah...errrr...ada cerita tentang mengerah kederat ibu bapa ni...Nanti "I is" kongsi yer?
Haippp...dalam kes Ash ni Nek Ma sendiri yang "volunteer" ok? "I is" tak paksa... Babappp karang yang mulut-mulut puaka tu...#ehhh ...Ha ha ha... #ooopsss "sorry".... Makanya bila tenaga mereka bukanlah seperti di waktu zaman-zaman kecergasan dahulu, kita sepatutnya sebagai anak dan juga ibu patutnya mengimbangi pemikiran kita supaya orang kata apa tu, rasional..Janganlah pula bila anak kita terjatuh, lebam sana, bengkak sini, benjol sana, bercalar balar sana sini sinun, kita nak menyalah ibu kita yang menjaga pula...Kita dah tahu ibu kita dah berusia... Jadi sendiri mahu faham ok? Kalau tak faham atau tak ada "sense" tu tak dapatlah nak cakap apa kan? Adoiiiii...
Bila dah dalam keadaan macam ni... macam keadaan Farah ni yang meninggalkan Ash dengan Nek Ma dia bila Farah bekerja, terpaksa dan harus mencari alternatif yang dirasakan terbaik untuk keselamatan anak sendiri di rumah... Itu yang gigih nak mencari pelindung bucu tangga tu... Bentuknya...
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
Ha begitulah rupanya... Yang Farah nak cari adalah yang "spongy spongy" sedikit...supaya setiap sudut tu terlindung dan bilalah...katalah katalah ek, Ash terlanggar...lembut jer...huk huk huk...Bucu tangga ke bucu apa ke, memang bahaya...Tak sanggup nak membayangkan yang negatif ok? Tetapi kemungkinan kemalangan tu akan berlaku tau tak...Kalau di dalam istilah "safety" atau "SHE"... kita panggil "nearmiss"...Ihikss... Tapi iya, Farah punya bayangan tu sampai ke laut ke darat perginya... Kepala boleh berlubang tau tak kalau kena bucu tangga tu... sebab keras kan? Mata... Adoiiiii.... Tidakkkk...Moga-moga dijauhkanlah... In Shaa Allah, mudah-mudahan...Aminnn... Tentang keselamatan Ash, Farah akui Farah seorang yang sangat paranoia...tetapi tak adalah paranoid sampai mental... Dushhh... Untuk kebaikkan, keselamatan dan kepenting anak ok? Bersebab... Bukan saja-saja mengedik taip entri ni...Ahaksss...
Mula-mula terfikir nak cari "sponge" dan buat sendiri jer...Ha ha ha...Siap dah melakar-lakar dalam kepala dah nak buat macam mana... Tetapi...selepas itu, terfikir pula pada diri sendiri kalau ada pelindung bucu dan pelindung alat kanak-kanak yang lain, tak mustahil untuk tangga pun akan ada kan? Ha ha ha...Masih mencari ni... Kalau tak ada, tak apa, mungkin boleh ubah suai yang ada tu? Kan kan kan? Cuma kena jadi terlebih kreatif sikitlah...Muahahahaha...
Bukan setakat itu sahaja yang Farah terfikir nak tutup dan lindung semua segala bagai... Pelindung-pelindung yang lain yang Farah tempekkan di bawah ni pun MESTI ada juga... errr... In Shaa Allah...
![]() |
Sumber dari Google |
Yang ini sememangnya dah lama pasang dah, tapiii dia lebih cerdik..muahahaha...tau jer nak korek-korek dengan hujung jari jemari comel itu... Phewww... makanya memang sentiasa kena awasi jer lah...
![]() |
Sumber dari Google |
Ini pun perlu juga ni...sebab dah mula pandai cari aiskrim dari peti sejuk dah... Pengsannn...Sudah mula cuba-cuba untuk membuka peti sejuk sendiri ok? Kebetulan pula, tempat pembekuan ais dan juga simpanan aiskrim adalah di bawah, rendah kan? Makanya senanglah kan? Nak cari jenis yang "latch" begini, senang, sebab tahan rasanya dari jenis yang cuma melekat sahaja tu... "latch" ni bila letak di tempat tinggi, pertamanya dia takkan dapat capai pun... keduanya, kalau nak buka pun mungkin ketat dan susah... Hurmmm... Ada nampak dah yang dijual di atas talian... Hew hew hew...
![]() |
Sumber dari Google |
Anak teruna "I is" rajin masuk ke dapur dan rajin "membantu" masak...Ha ha ha... #ehhh Ash minat duduk dapur ok? Tapi bukan bermakna duduk dapur tu lembut ok? Jangan nak spekulasi yang bukan-bukan...Babap lagi sekali karang baru tau...Ha ha ha... Tombol dapur tu pun dah pandai dah nak capai-capai dan kalau tinggi sedikit lagi tu, rasanya dia main pusing-pusing tu...Bahaya-bahaya...
Era, duduk diam di pembaringan, menyulur dan merangkak sudah berakhir...walaupun kadang kala masih lagi merangkak kann? Ha ha ha...sekarang sudah tiba masanya era bertatih, berjalan, memanjat dan eksplorasi tu sudah lebih sikit...Makanya... yang menjadi Mummy ni pun kenalah ambil langkah-langkah keselamatan yang lebih dari biasa... Kalau boleh nak elakkan lah dari terjadi yang bukan-bukan...In Shaa Allah, mudah-mudahan... Tak bolehlah nak elakkan 100% kan? Tetap akan ada terjadi punya dalam banyak-banyak hari, mesti terkena dalam salah satu hari...Tapi diharapkan dengan langkah-langkah pencegahan... impaknya tidaklah seteruk, sebahaya atau sebesar mana...Bukan mendoakan...Huishhh... Kalau boleh lagi tak mau berlaku, tetapi Farah cakap kalau lah kalau...
Tengah-tengah lasak macam ni macam-macam nak kena jaga yer tak? Sekarang ni memang fasa aktif katakan... Hu hu hu....
akak pun da kena start mencari latch tu sebb awfiyah dah pandai bukak kabinet...
ReplyDeleteAkak,kite beli set baby safety dekat mr diy.pelindung bucu ada,pelindung panjang2 tu,safety latch pun ada.less than rm20 rasenye.
ReplyDeleteada jual kat daiso., kami beli banyak.. bucu tangga, meja, rak tv semua letak..
ReplyDeletebanyak jenis kan ada sekrang
ReplyDeleteyang bucu tangga dan segala jenis bucu tu bahaya.. saya sendiri seram membayangkan.. tapi cute2 je semua safety tools di atas :D
ReplyDeletesafety first..bagus ada benda benda macam ni :)
ReplyDeleteYang bucu2 tu memang bahaya farah..kena buat sesuatu di situ..
ReplyDeletedulu pernah letak kain pas tu balut kat bucu tue ngan selotip heheheee
ReplyDeletejanji dia tak nangis bila terlanggar bucu tu
ank dh lasak, mmg laju je jntung ni... fobia dh dgn jatuh2 ni...
ReplyDeletekat daiso dengan ikea ada macam macam jenis pelindung bucu tu.
ReplyDeletekat rumah salma pun macam macam tempat letak.hikhik
dekat kedai rm2 pun dah ada sekarang
ReplyDelete