Jamu Mata Sahajalah... Nasi Daun Pisang...

Farah Waheda Wahid
7

Perghhh... ini kalau bukan kerana di bawah protokol diet ni memang dah lama dah Farah ngap ngap ngap... Nasi Daun Pisang "uolss"... layan juga sesekali makan kan? Lengkap dengan "rasam" sekali...Memang terbuka selera...Ayam goreng pula panas-panas... Di mana ni? Kalau sesiapa yang "familiar" dengan kawasan Petaling Jaya, pastinya tahu di mana ni... Di Petaling Jaya, terdapat beberapa tempat Nasi Daun Pisang yang popular...antaranya Kanna Curry House, Restoran Sri Paandi, Restoran Grand City (kalau tak silap satu deretan dengan Restoran Sri Paandi).Pernah ber-"dating" sebanyak 3-4 kali di Kanna Curry House dan hari ini menjejakkan kaki ke Restoran Grand City pula untuk waktu makan tengah hari.

Ahakss...kalau dulu bolehlah ngap ngap ngap...tetapi di dalam tempoh "probation" puasa ni... makanya kita jamu mata sahajalah... Ho ho ho, tahan tak tahan godaan "I is" ini??? Orang makan sedap-sedap, kita minum air jer pandang. Errr...nak capai sasaran terpaksa "uolss" bukan suka-suka ok? Sasaran tu bukan nak "impress" sesiapa punnn... Tetapi untuk kepuasan diri sendiri... Siapa tak nak kembali ke bentuk badan asal sebelum hamil kan? Ha ha ha... "Women and their things..."... Ada orang kata tak apalah asalkan tubuh badan sihat sudahlah... Ha ha ha..Memang lah, tetapi selagi boleh "repair" kita "repair"... Banyak baju-baju yang bergantungan yang dah lama menanti-nanti "I is" sarungkan tu... 

Bila orang makan kita tak makan ni, dah tak ada kerja lain, jadi tukang ambil gambar... tak dapat nak makan pun, tengok gambar makanan pun jadilahhhh... Ahaksss...kesian tak? kesian tak? Apo nak dikato.... Kena "determine" dengan program yang sedang dilalui ini, "yess determination is the most important thing for this grace period"... Mencabar diri sendiri namanya ni... Iya...memang Farah ni agak pelik sedikit, suka sangat cabar-cabar diri sendiri... Cabar diri sendiri agar dapat mencapai kebaikkan gitchewss kaedahnya... Tapi tak adalah cabaran-cabaran yang tidak masuk akal ok? Muahahahaha... 

Inilah aktiviti hari Jumaat pada minggu ini bersama rakan-rakan sepejabat...errr...bukan rakan pun actually, bersama "boss-boss" di pejabat... Mereka ajak dan mereka belanja...Tapi mereka untunglah...sebab Farah tak makan kan? Cuma minum jer...Ha ha ha... Memenuhi undangan dan jemputan begitu kaedahnya... Tunggu bila masa dah habis program dan sasaran dah berjaya dicapai, selepas itu bolehlah merasa kembali...Alaaa...sekali tak jadi hal kan? Tak salah kan? Hik hik hik... *_^

*Baru habis "Life Saving Rules Awareness Training"... huwargghhhh... nak menghadap PC pula ni, nak selesaikan segala macam emel yang masuk dan "request" yang masuk... Tak taulah pukul berapa nak selesai ni... tetapi 6.30 pm kena gerak...Ada temujanji dah giteww... Hua hua hua... Nampak gayanya bawa "laptop" balik ler ni... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Suka makan nasi lemak jer beralas daun pisang, nasi lain tak suke! Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Aish nmpk pun dah memg myelerakn

    ReplyDelete
  3. ini memang entry dengki ni...my fav kot...

    ReplyDelete
  4. daduuuuuh mantap deh kalo makan alasnya pake daun pisang hmm mantap mantap mantap deh hehehe apalagi kalo makan nya bareng" tambah mantap iya mba :)

    ReplyDelete
  5. teringat masa zaman sekolah dahulu ada seorang nenek tepi jalan jual nasi lemak daun pisang yang rasanya tidak ada tandingan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !