Drama: Isteri Separuh Masa

Farah Waheda Wahid
19
Sumber dari Google
Ini pengganti kepada Suamiku Encik Sotong yang bakal tiba ke episod akhir minggu hadapan... Drama adaptasi novel juga dari novelis Suri Ryana yang bertajuk Isteri Separuh Masa. Kalau yang ini, Farah memang dah baca dah novelnya... Biasalah sekarang ni memang "trending" semuanya drama dari adaptasi novel kan? 

Sedar dan tahu pun tentang drama gantian kepada cerita sotong ni, semalamlah sewaktu menonton cerita sotong tu ada dipaparkan iklan tentang drama ni. Ha ha ha, gigih ikut cerita sotong kan? Comel pula tengok Emma Maembong dalam iklan drama Isteri Separuh Masa ni. Antara barisan pelakon bagi drama ini adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle. Pengarahnya pula adalah Michael Ang. 

Berdasarkan sumber di SINI

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah 
Emma Maembong sebagai Medina Izwani 
Syafiq Kyle sebagai Zafril
Ziha sebagai Husna

Dahulunya pada tahun 2012, sewaktu Farah membaca novel ini, Farah ada kongsikan sinopsis dari novel ini di dalam entri Isteri Separuh Masa. Tetapi memandangkan tak lama lagi selepas drama Suamiku Encik Sotong berakhir, drama ini bakal menggantikannya... tiba-tiba, pagi ni rajin pulak nak menaip balik sinopsis di kulit belakang novel tu..Ahaksss... Jom, kita baca sama-sama bagi sesiapa yang tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu tetapi peminat drama-drama Malaysia...Hew hew hew... Tak minat pun tak per, tapi kot-kotlah kalau-kalau ada rasa-rasa nak tengok nanti ker, tertengok ke... hik hik hik... 

SINOPSIS NOVEL ISTERI SEPARUH MASA
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. 

Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambatkan rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka. 

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? Tu kena tengoklah kan? 

Macam-macam tajuk cerita dari novel sekarang ni yang orang sebut...ha ha ha...Suamiku Encik Sotong lah... Saya Sebenarnya Isteri Dia lah... Suami Sebelah Rumah lah... (ini tak pasti novel ke tidak)...Playboy Itu Suami Aku lah... Ada lagi satu ...Dia Isteri Paling...apa ntah ada terbaca semalam...dan ini pula ...Isteri Separuh Masa... Memang lah tajuknya isteri suami suami isteri...hik hik hik...lepas ni tak tau apa lagi yer tak? Ada lagi rasanya novel-novel tu... Tapi tak dapat pula nak ingat semua "uolss"..... Bukan masalah tajuk pun sebenarnya... tetapi jalan cerita yang menarik yang buatkan orang rasa nak tonton dan geram jer tunggu sampai nak habis...Muahahahaha.... 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rajin farah baca novel...julia ni lebih kepada buku motivasi...isteri separuh masa, tajuk tu sgt mcm kena je ngan diri ni...separuh masa di opis...separuh masa di rumah...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Novel dia best! Karya Suri Ryana pulak tu. Harap drama nanti best jugak. Pelakon pun cantik2 kacak2 ;D hehe

    ReplyDelete
  3. cam lebih kurang drama memikat suami hari tu jak kan farah ... tapi cam best juga sinopsisnya.. :)

    ReplyDelete
  4. Huhu..Sy suka both of them. Dalam cite projek memikat suami pun ok..Kena cari novel die nih..Thx for sharing farah..huhu

    ReplyDelete
  5. rajin farah layan novel.. sue pun dah lama tak layan novel.. tak berkesempatan dah.. drama pun asyik tertinggal keretapi aje.. uhukkk..

    nanti bila ada masa nak hadam semua cerita.. tu kalau dah habis series dia semua la.. baru syok layan.. straight je takde iklan or next episod.. :p

    ReplyDelete
  6. Antara novel koleksi cik akak..hihi..
    Serius best...mesti tengok nie...

    ReplyDelete
  7. wahhh hero heroin sama mcm projek memikat suami...:)

    ReplyDelete
  8. Drama2 jalan cerita macam ni memang ramai yang suka..:)

    ReplyDelete
  9. ala tak sempat la nak tgk movie, or drama nie..

    ReplyDelete
  10. owh mcm biasa...gambarkan perempuan selalu menjadi mangsa lelaki kan kan kan hurmmm

    ReplyDelete
  11. Wah x sabar nak tahu ending cerita ni..

    ReplyDelete
  12. tgk iklan mcm best sahaja...lgpun ada pelakon kacak aiman...hihihi

    ReplyDelete
  13. Drama semenjak due menjak ni, sikit lebih kurang sama je kan..

    ReplyDelete
  14. byk drama adaptasi novel je skrg ni..

    ReplyDelete
  15. Blogwalking : Tonton Isteri Separuh Masa EPISODE TERBARU -->
    http://mytontontube.blogspot.com/2015/03/isteri-separuh-masa-2015-full-episode.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !