Habislah Kredit Nek Ma...

Farah Waheda Wahid
13

Kalau telefon bimbit Nek Ma dia tu, memang dia yang kuasai. Buat tekan-tekan, buat campak-campak, buat baling-baling... Memang minat sungguhlah dia... Segala butang dan punat yang ada dia tekan dan picit-picit. Kalau nombor telefon dalam direktori telefon tu, ada macam-macam nombor, ada macam-macam bahasa... Ha ha ha... Lama-lama esok penuh memori telefon Nek Ma tu... Bak kata Nek Ma Ash, nasib baiklah telefon tu telefon baling anjing...Kalau telefon mahal? Mau menangis Nek Ma tu telefon kena lenjan... Muahahahaha...

Ini hasil kreativiti dan kerja Ash lah ni gambar di atas ni...Sekarang ni dah pandai hantar mesej pada Mummy... hantar MMS pada Mummy... Dush dush dush...Tengah-tengah kerja, terkejut Mummy tau tak...Ingat kenapalah Nek Ma hantar mesej...Setau Mummy Nek Ma tak pernah hantar mesej pada Mummy... Ha ha ha... Cuma telefon dan pesanan suara sahaja... Masa mula-mula dulu terkejut dan cemas juga kalau-kalau ada kecemasan ke apa kan? Tapi sekarang ni, bila nampak jer mesej dari nombor Nek Ma... ha ha ha, dah faham dah dan dah tau sangat dah siapa punya kerja lettew...Ihikss...

Kadang-kadang telefon berbunyi, sebab Ash yang telefon Mummy bukan Nek Ma... Kaedahnya, dia tekan-tekan mana entah, lepas tu sampai ke nombor panggilan yang diterima atau didail yang terakhir... Dia main tekan ajer, kalau terkena pada Mummy memang berbunyilah telefon Mummy, kalau tidak... nasiblah telefon siapa yang berbunyi...Mesti pelik orang yang terima panggilan tu kan? Kenapalah Nek Ma Ash telefon tetapi tak bercakap...

Bukan setakat tu, hujung minggu lepas, malam minggu... telefon Mummy pun jadi mangsa...Ha ha ha... Habis dia main What's App tekan-tekan apa nombor dan huruf pun tak tau... Pening kawan-kawan di "group What's App" di Kelab Blogger Ben Ashaari  baca apalah yang Ash taip... Yang mana masih berjaga malam lah pada hari kejadian dan waktu kejadian...Ihikss...

Amboiiii, lepas ni kalau kredit telefon Nek Ma tu habis, hurmm... dah faham dan dah tau sangatlah tu... kalau-kalau dari satu-satu paras nilai tiba-tiba susut nilai kepada sekian-sekian nilai...Ok, faham dan tau sudah siapa punya kerja...Ekekekekeke....

*Macam dah ada ciri-ciri nak minta Mummy telefon jer Ash ni... Ha ha ha...Cubalah kalau dapat, tapi rasanya susah kot? Kalau tiada keperluan kenapa perlu memanjakan pada benda yang tak perlu...Tapi kalau dah sememangnya perlu, mungkin Mummy akan pertimbangkan pro dan kontranya... Kalau boleh memang tak nak bagilah sebab terlalu muda, terlalu awal dan "bahaya"... La la la la... Main jer tablet yang ada tu, cukup... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. budak-budak sekarang nie memang pandai jew

    ReplyDelete
  2. ash dah pandai guna gadjet sekarang. heheheh :D

    ReplyDelete
  3. Jangan Ash tersent gambar privasi sudahlah kan Farah ... hehehe

    ReplyDelete
  4. mcm ank sedare saye jgk ni..
    abs fon mak ayh die..
    haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha samalah dgn anak sdra zaza.. siap reply komen lagi kt fb..nsib emotion je hihihi.

    ReplyDelete
  6. hp mak saya pun penah kena kak...dr anak buah baby smp dah umur 9 tahun ni...kredit dr rm100++ tinggal rm70++ anak buah punya keje

    ReplyDelete
  7. hehehe mujur lg dia xbelajar membasuh pinggan mangkuk kan?....cuba bayangkan dia celup2 dlm air agak2 menangis tak?hehehe ;p

    ReplyDelete
  8. budak sekarang mmg camtu agaknya...anak sy pun rajin call org..smpai bill sy kne blok sbb kne rm100++..atuk nenek..pakcik makcik..semua yang ada kat recent call tu dia akan call ulang2 kali...huhuuhuh

    ReplyDelete
  9. X pernah lg camni. Tp bdk bdk skrg mmg camtu.

    ReplyDelete
  10. Biasa la tu.. Pntang lepa... Ada je dia nk xplore..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !