Dunia "Stroller" Berkualiti Di Stroller World!!!

Farah Waheda Wahid
8

Selepas pihak Stroller World melakukan penghantaran "buggy" berjenama MacLaren ini ke rumah sepertimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan. Orang yang paling teruja sekali menerima "buggy" ini adalah tidak lain tidak bukan Iman Firash. Tidak sempat untuk disimpan, dia sudah dengan gembira dan terujanya "memeriksa" setiap sudut "buggy" baru milik dia itu. Hurmm... rezeki anak, Mummy tumpang gembira jer... Ahaksss... Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak Stroller World di atas penghantaran "buggy" ini. Anak dan Mummy sama-sama gembira. 

Kebetulan "stroller" Ash yang sedia ada yang telah diberikan oleh rakan-rakan sepejabat lama telah mula rosak dan secara kebetulan pula "buggy" ini sampai rezekinya pada Ash. Maka, Mummy tak perlulah pening-pening nak cari "stroller" yang lain pula kan? Alhamdulillah... syukran Ya Allah... 

Keterujaan Ash sehinggakan tidak sempat menunggu keesokkan harinya... Sungguh!!! Yang peningnya Mummy!!! Sebab terpaksa melayan kehendak dan kerenah Ash... Tak percaya??? Lihatlah sahaja gambar-gambar keterujaan Ash di bawah... 



Nampak tak? Nampak tak permsinannya keterujaan Ash di situ? Sepertimana yang Farah nyatakan sebelum ini, Ash tidak sempat atau tidak sabar menunggu sehingga ke hari esok pun. Ya ampunnn... Taulah "buggy" baru anak oiii...... Tapi kot-kot iya pun??? Sabar sedikit boleh tak?

"Buggy" untuk Ash dari pihak Stroller World ini adalah MacLaren "Buggy" - Globetrotter yang terdapat di dalam pasaran pihak Stroller World seperti gambar di bawah...

Sumber dari Google
Ianya adalah dari jenis atau kategori "buggy" yang ringan dan "compact". Dijual dengan harga RM719.00. Akan tetapi sekiranya anda membeli dari Stroller World, tidak kira sama ada secara atas talian ataupun di "showroom" Stroller World. Harga yang sangat istimewa ditawarkan kepada anda iaitu sebanyak RM499.00. Haaa... nampak tak? Nampak tak bagaimana berbaloinya? Oh ya... yuran penghantaran yang dikenakan oleh pihak Stroller World sekiranya anda membeli secara atas talian adalah sebanyak RM40.00 dan pihak Stroller World melakukan penghantaran dengan perkhidmatan kurier KTMD yang memakan masa 6 sehingga 8 hari bekerja.

Dengan "tagline... Only The Best for The Best"... Stroller World menawarkan pelbagai jenis produk untuk bayi dan juga kanak-kanak... Antaranya...

  • Kereta Sorong Bayi
  • "Car Seats"
  • "Cots, Cradles and Bassinettes"
  • "Highchairs"
  • "Baby Bouncers and Walkers"
  • Produk-produk Penyusuan Ibu
  • Produk-produk Penyusuan Melalui Botol Susu
  • Produk-produk Yang Berkaitan Dengan Kesihatan Bayi
  • Permainan Berbentuk Pendidikan
  • Kesemua Produk dan Aksesori Bayi
Jenama-jenama yang dipasarkan oleh Stroller World adalah seperti Quinny, MacLaren, Cybex, Peg-Perego, Bumbo, Inglesina, Maxi-Cosi, MAM, Lindam, Avent, Medela dan banyak lagi. Yang mana kesemua produk-produk yang dipasarkan oleh Stroller World adalah diimport 100% yang berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

Produk-produk yang dipasarkan adalah asli dan bukannya tiruan serta didatangkan dengan waranti serta servis selepas jualan. Sebagai contoh, "buggy" Ash boleh dihantar semula ke Stroller World untuk diservis selepas beberapa ketika ataupun menggantikan bahagian-bahagian yang mungkin akan kehausan ataupun perlu diganti seperti "suspension" pada tayar "buggy" tersebut. 

Tidak semestinya anda perlu membeli di Stroller World melalui pembelian di atas talian. Anda juga boleh melawat ke cawangan mereka yang terletak di Puchong, Selangor yang mana alamatnya akan Farah kongsikan di bawah nanti. Iyalah, ada orang tidak suka untuk membeli-belah di atas talian ni atas rasa kurang percaya atau lebih berpuas hati untuk pergi melihat dengan mata sendiri atau merasa dengan tangan sendiri. Lebih-lebih lagi harga ratusan serta ribuan Ringgit Malaysia. Kalau ada kelapangan, bolehlah melawat ke kedai Stroller World yer? 

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Sedangkan Farah yang melayari laman web rasmi Stroller World tengok pun memang terdapat macam-macam pilihan. Inikan pula kalau pergi menjejakkan kaki ke sana. Pheww... maunya jadi rambang mata ni "uolss"...Muahahaha... Hamik!!! Berderet-deret dalam susunan... Serasa seperti berada di dalam dunia yang dinamakan dunia kereta sorong... #ehhh memang pun nama mereka adalah Stroller World yer tak? Jadinya mereka adalah salah satu pakar di dalam bidang kereta sorong... Orang kata biarlah harganya yang macam mana pun mengikut kemampuan masing-masing asalkan menang memakai... Nak-nak lagi yang bercadang untuk mempunyai anak yang ramai... mana tahu, ketahanan tersebut di atas kualiti produk yang dipasarkan oleh Stroller World... mampu diperturunkan kepada adik-adik pula yer tak??? 

Ha ha ha, yang jenis setiap kali melahirkan anak baru mesti nak yang baru tu... Itu terpulang... boleh jer beli lagi di Stroller World. Ada kemampuan apa salahnya yer tak? Tak ada sesiapa pun nak melarang... Kui kui kui... 

Yang nak mencuci-cuci mata terlebih dahulu ataupun jauh dari Selangor ataupun memang suka membeli secara atas talian... boleh jer lawat laman web rasmi Stroller World... 


Cubalah lihat laman web rasmi Stroller World... layan ooo... Hik hik hik...Gigih akak "screenshot" kan??? Nak kongsi serta nak bagi terang dan jelas untuk semua... 

Ibu bapa bakal ibu bapa yang tercari-cari dan masih mencari-cari keperluan untuk bayi atau anak-anak anda bolehlah menggunakan platform Stroller World ini sebagai salah satu pilihan anda... Cubalah dan rasanya tiada sebarang kerugian di situ... Mana tahu kalau-kalau bersesuaian dengan bajet... terpikat, dipikat, tertarik, menarik serta ditarik kan? Tak tengok tak tahu... Yang nak buat perbandingan harga dengan sumber-sumber yang lain pun boleh... Farah sendiri telah cuba untuk melakukan perbandingan harga dengan beberapa sumber yang lain semasa entri ini ditaip, ternyata Stroller World menawarkan harga yang lebih rendah... 

Maklumat Selanjutnya:



Alamat Cawangan:
Stroller World
31-G, Jalan Kenari 12
Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong
Selangor Darul Ehsan

Untuk Pertanyaan Mengenai Produk dan Cawangan: 
03 - 8070 3716
Setiap Hari Dari 10.30 pagi sehingga 10.00 malam

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hah... mmg dlm proses survey n mencari stroller utk adik Akiff...

    ReplyDelete
  2. seronoknyaa ash duduk dalam stroller

    ReplyDelete
  3. kecik-kecik dah dapat Mclaren...
    boleh g sepang ler lepas ni cuperboy..
    join F1 team.

    ReplyDelete
  4. Seronok dia dapat 'kete' baru ye hehe. Tahniah Ash ^^

    ReplyDelete
  5. Super excited Ash. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan bijak ye Ash :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !