Cara Menjadi "Stylish"???

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Hamboiii hamboiii hamboiii...bercerita tentang "stylish mylish" pula yer kita hari ni? Masalahnya yang bercerita ni "stylish" benar ke? Ahaksss... Tak tau nak nilai diri sendiri dan tak suka nak nilai diri sendiri sampai melambung ke langit... Nanti jadi lain bunyinya dan nanti jadi macam perasan dan poyo jer walaupun di dalam hati tak ada pun nak perasan atau poyo... Muahahahaha... Tak seronoklah macam tu kan?

Mempunyai wang ringgit bukan jaminan seseorang itu boleh membeli gaya atau stail yer? Memang ada orang yang sememangnya dilahirkan dengan "sense of fashion" yang baik, namun masih ada harapan bagi sesiapa yang masih lagi kekok atau kabur soal gaya. Di mana ada kemahuan di situ ada "highway" untuk merubah penampilan. 

Melalui artikel di SINI terdapat beberapa cara bagaimana kita-kita ni semua boleh menggilap gaya peribadi... Penting tau... sebab penampilan sememangnya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan...

CARI ILHAM
Ilham fesyen ada di mana-mana. Hanya perlu membuka mata dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Majalah, internet, video muzik, siri TV mahupun filem boleh dijadikan sebagai rujukan. Kita cuma perlu bijak memilih kerana tidak semua sajak digayakan dengan kita yer... "Pick and choose!"

BERANI MENCUBA
Jangan takut untuk bereksperimen. Setiap orang kan dalam hidup ni sebenarnya akan melalui 1 fasa "trial and error". Macam Farah dululah, sewaktu mula-mula berhijab pada 12 April 2013. Kalau kita tidak cuba mana kita tahu bukan? Jadi tingkatkan keberanian untuk mencuba sedikit demi sedikit. Jangan ubah gaya kita secara total dan drastik. Misalnya, jika kita bukan seorang yang gemar memadankan pakaian dengan aksesori, mungkin kita boleh mulakan dengan membeli gelang atau rantai. Hew hew hew, tak pun meh meh meh, datang rumah Farah meh... ada banyak koleksi kat rumah tu...sebab Farah memang penggemar aksesori...Haippp... gelang Jovian dan Pandora tak boleh...Lain boleh... La la la la... 

BERGAUL
Cuba bergaul dengan mereka yang mempunyai "sense of fashion" yang baik kerana kawan-kawan sememangnya pengaruh besar kepada gaya hidup kita. Jadi, bila sekali sekali kita meluangkan masa bersama mereka setidak-tidaknya ia akan membuatkan kita berasa selesa untuk bergaya, ia juga menghilangkan rasa "overdressed".

"WINDOW SHOPPING"
Jika ada masa luangkan masa untuk "window shopping"...Ini memang aktiviti kegemaran Farah punnn... Muahahaha... Ash pun suka... Pada hujung minggu luangkan masa ke satu pusat membeli-belah dan masuk ke setiap butik dan dari situ kita boleh melihat apa yang ada. Kita dan kawan-kawan boleh bermain suai padan di "fitting room". Tak ada salah pun nak mencuba kan?

KETERBUKAAN MINDA
Buka minda kita dan terimalah kritikan dengan baik. Jangan bila orang kritik terus melantun ok? Jangan terlalu yakin dengan pilihan sendiri. Sekali-sekala kita perlu pertimbangkan pandangan orang lain tentang gaya kita. Tapi jangan terima bulat-bulat, fikir terlebih dulu sebelum membuat keputusan. 

Untuk Farah...yang selalunya menjadi "crime scene partner" di dalam hal-hal dan bab-bab pemadanan sesuatu pakaian ni... tak lain tak bukan adik Farah dalam dunia blogging yang seorang itu... si Mummy kucing... Ayue Jean... sebabnya kitaorang ni jenis yang sama-sama minat fesyen... Ha ha ha... Kalau ber- What's App tu... memang sekali-sekala terselit... baju ni nak padankan dengan apa, kasut ni cantik tak? Ok tak padanan ni... Bagi Farah, Farah selesa berbincang tentang fesyen bersama AJ... Selesalah... Ha ha ha... Tak tau nak terangkan macam mana lagi... Mungkin pandangan mata sama kot? 

Semua orang boleh jadi "stylish"... dengan cara yang tersendiri... Farah percaya tu... tapi kadang-kadang terselit juga satu fikiran bahawasanya... aura diri seseorang, "vibe" seseorang, "sense of fashion" seseorang memainkan peranan yang sangat penting... Tak salah pun sesiapa cuba menjadi "stylish", cumalah janganlah ter"over" atau tersalah sampai nampak tak kena gaya... berhati-hati kalau nak menjadi "stylish". Farah pesan bukan sebab "I is jelly" ok? Ha ha ha...Pesan secara umum jer ni... Cumanya, semua orang tidak suka diketawakan oleh orang lain... dan tidak mahu diketawakan orang lain... Jangan biarkan diri kita menjadi badut yang diperhatikan dan ditertawakan yer... Tak suka tau tengok orang lain ketawakan atau menyinis orang lain... Eeee...tak mau tak mau tak mau... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Klu Mia tak reti2 lah fesyen2 ni Farah hehe

    ReplyDelete
  2. LEPAS BERSALIN T .. NK TRY JADIK STYLISH . HIHI

    ReplyDelete
  3. Memang best kalau ada crime partner bab2 fesyen ni hehe. Tapi, anim sorang ... kena mintak pendapat anak kekdahnya kalau nak berfesyen haha :D

    ReplyDelete
  4. Sue suka tgk safiyya, sis dan hijab stailista. Tgk pemakaian pengacara rancangan tersebut dpt sikit ilham instead of baca majalah. ^^

    ReplyDelete
  5. kurang jgak psal fesyen ni muahaha.. main belasah je!!

    ReplyDelete
  6. pernah nampak org tu simple sahaja, tapi di mata saya, dia sgt stylish! mungkin air mukanya menampakkan dia stylish..hiihihi...sy berpendapat, yang simple itu lebih manis, nice, kadang2 terlalu nakkan 'kestylishan tu, menjadikan seseorang itu kelihatan over...hanya pendapat..betul la kata farah..nk jadi stlisy, kena study..g window shopping etc..;-))

    ReplyDelete
  7. Jom berstylish..kena pandai mix and match gitu

    ReplyDelete
  8. akak pun dah kurang stylish2 ni but kalo keluar mesti kena stylo...hahahahaha

    ReplyDelete
  9. cn dah ke laut nak bergaya ni, tengok mood je..hehe

    ReplyDelete
  10. samalahh kak farah. window shopping tu feveret jugak :D

    ReplyDelete
  11. Tang berani tu tak berapa nk berani la.. Hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !