Bagi "Part-Time Blogger" Seperti Saya...

Farah Waheda Wahid
26
Sumber dari Google
Anak + Isteri + Ibu + Pekerja + Blogger Separuh Masa... Ianya bukanlah satu perkara yang mudah...sungguhhh...memang bukannya mudah untuk menggendalikan segala perkara ini... Bukan senang membahagikan masa...bukan senang untuk melengkapkan kesemua tanggungjawab dan tugasan. Lebih-lebih lagi bila kita sememangnya ada tanggungjawab dan amanah yang lebih besar yang perlu diberikan perhatian dan juga fokus. 

Uittt, tiba-tiba timbul pula entri ni? Walhal dah selalu sangat dah Farah berdiskusi di Bubblynotes.Com tentang perkara ini... Ada lettew... Ihikss... Biasalah hati manusia ni kita tak tahu kan? Kadang-kadang yang kita buat lain, yang diandaikan lain... Tidak tahu cerita, tiba-tiba bercerita dan membuat kesimpulan serta tuduhan...Begitulah seadanya, kadang-kadang memang sakit hati bila difikirkan manusia spesies-spesies sebegini, kadang-kadang nak tergelak besar pun ada...ha ha ha ha...sebab terasa kurang pandainya mereka di situ... mereka tak tau apa yang berlaku disebaliknya tetapi tetap melakukan andaian mengikut kata hati dan emosi mereka sesedap rasa supaya mereka rasa "at ease" dan "feel good about themselves"... dan kadang-kadang terbit rasa kasihan juga... "It's a mix feeling"... 

Oklah, buat berulang-ulang kalinya... macam ni yer sebenarnya adik-adik, kawan-kawan, sahabat-sahabat... teman-teman... haaaa...ini hakak nak cerita lagi yer... walaupun mungkin ada yang dah bosan sangat... 

Memang kamu-kamu nampak dan lihat hari-hari lebih dari 2 entri di Bubblynotes.Com... Dan ada yang tertanya-tanya bagaimanakah boleh jadi begitu... satu hari sampai 2,3,4 entri kadang-kadang 5... dah macam blogger sepenuh masa dah pula kaedahnya...Ahakss... 

Apa "uolss" ingat kerja hakak ni menghadap blog ajer 24 jam??? Ya ampunn... kalau akak ni menghadap blog 24 jam kerja-kerja lain tak menjadi ler... anak terabai, kerja di pejabat tunggang terbalik, prestasi terganggu.... kerja rumah entah ke mana-mana entah...silap-silap rumah boleh jadi kapal karam ok? Tapi cuba datang rumah hakak??? Kapal karam ke tak kapal karam??? Muahahaha.... Bukanlah nak kata rumah "I is" kemas senantiasa...bila Ash buat sepah bersepah juga, tetapi selepas itu kemaskanlah... Hurmm... 

Yang "uolss" nampak 2,3,4 dan kadang-kadang 5 entri dalam sehari itu adalah sebenarnya "SCHEDULED POSTS"!!! ... ada faham??? Diulangi sekali lagi "SCHEDULED POST"!!!... Di pejabat memang tidaklah nak mengarang-ngarang ni yer? Kesempatan itu tiada langsung... Kecuali waktu makan tengah hari... Itulah gunanya "SCHEDULED POST"... untuk memudahkan blogger-blogger yang kesuntukkan waktu dan tidak dapat nak menghadap blog pada waktu-waktu tertentu... Gunakan teknologi yang disediakan dengan sebaiknya...Ahaksss!!! Tak gitchewss...  Yang "uolss" nampak 2,3,4 dan kadang-kadang 5 entri dalam sehari tu, adalah hasil tidur yang lewat di waktu malam... Di kala "uolss" tidur, "I is" masih berjaga men-draf entri... Siapa suruh? Tak ada siapa suruh...mungkin ada sesetengah pihak akan berkata-kata begitu...Memanglah tiada sesiapa pun yang suruh... Tetapi itu pilihan Farah... Masa inilah kesempatan Farah men-draf entri untuk Bubblynotes.Com bila Ash dah tidur dengan kroh kroh kroh nya.... bila segala tanggungjawab dan amanah untuk hari itu telah selesai...masa inilah Farah fokus... dushhh... 

Sedikit komen dari Farah yer buat yang berkata-kata... tak perlu nak buat andaian yang bukan-bukan .. Kalau nak berentri-entri juga...jomlah kita sama-sama berjaga malam gitchewsss... Selepas itu... pagi-pagi jom kita bangun sama-sama dalam pukul 4.00 pagi... Ok? Heeee... ^_^... 

Siang harinya, sewaktu berjalan ke tandas di pejabat, dapat ilham catat, dalam tandas dapat ilham, catat... tengah memandu dapat ilham, buka aplikasi "recorder" ... rekod... dan Farah ada "blog planner" khas yang Farah muat turun untuk kegunaan Farah bagi memudahkan Farah "keep track blog post" Farah di Bubblynotes.Com..Mana yang kurang, mana yang tak buat lagi, mana yang dah buat... Yang dok soh seh soh seh tu nak juga... Nahhh... "Free Printable Blog Planner". Silalah cetak banyak-banyak dan rancang betul-betul pula yer... Dush dush... #ehhh betullah kann? Farah bagi tips dalam bebel ni... la la la la... 

Secara jujurnya, siang hari sememangnya Farah tak menaip entri langsung yer??? Yang ada, setiap kali "take 5 or take 10", Farah ambil kesempatan untuk "publish" entri dan "blogwalking" mana yang berkesempatan serta komen mengomen... Itu sahajalah... Bagi Farah, kalau dah minat, kalau itu "passion" kita, lalu cara kot mana pun asalkan cara yang betul dan HALAL... pasti ada caranya nak bagi jadi... Itu Farah-lah... Sebab "I is" betul-betul minat... Tu sebab sanggup korbankan waktu tidur tu... Tak dapat masa ini, kita cuba cari ruang dan waktu... Itu sahaja... Jadi bagi yang berkata-kata itu, tak ada apa yang nak dihairankan yer? Sebab ianya bukanlah satu perkara yang mustahil...Kita buat dia bukan dia yang buat kita...Kuncinya, cari ruang, waktu dan peluang tanpa mengabaikan tanggungjawab...Itu ajer... 

*Kita makan nasi dengan garam takkan nak canang satu alam yer tak? Begitu juga dengan blog, bagaimana munculnya entri di blog kita, takkan itu pun kita nak cerita juga? Hurmm...tapi itulah dianya, kadang-kadang manusia ni takkan puas hati selagi dia tak tahu apa di sebaliknya...tapi kadang-kadang bila dah beritahu yang sebaliknya...masih juga tak puas macam mana tu? Sifat manusia.... Tidak pernah puas... Lagi-lagi kalau jenis yang negatif ajer tu 24 jam... adoiiii.... susah kan bila wujud spesies spesies yang macam ni... errrr...tiba-tiba terpanjang bebel... ha ha ha... 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tq for the tips yer. Saya nak buat mcm awak bt jugak. Kene korbankan waktu tido .harap dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mengganggu kesihatan jangan yer... kalau ada supplement tambahan bagus!!!

      Delete
  2. Wah... Garangnya... Hehe... Sy pun biasa ditnya soalan ni... Tapi tak smpat nak jelaskan... Hehe... Biorlah mereka dgn andaian mereka.. Asalkan mereka bahagia... Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood garang ni maria, mood garang...ha ha ha...sebab sakit pulak hati kita ni wak, asyik propa benda yang sama jer...

      Delete
  3. cantik blog farah sekarang, thanks for the sharing..lepas ini boleh cuba...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kepada Maria Firdz kerana tolong godek-godek codingnya.... kalau susah dan menyusahkan jangan yer Shaila...

      Delete
  4. Kagum tengok Farah mengarang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erazzz, kita sama jer kan? Farah pun kagum dengan Eraz... :)

      Delete
  5. sabar ya farah...apa2pon saya salute kat farah atas komitmen farah pada bubblynotes...all the best buat farah ya....^_^

    ReplyDelete
  6. bagus lah farah..cik nor nak buat schedule pn tak sempat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah cik nor, faham sangat, kadang-kadang masa itu membataskan kita kan?

      Delete
  7. Tira pun kadang2 buat schedule post jugak. senang.

    ReplyDelete
  8. wahhh.. gigihnyeee beliauu nih.. hihi.. akan dicontohi inshaAllah lepas nih.. =D tq farah!

    ReplyDelete
  9. Hihi...perkara normal kan farah...cik akak ada masa terluang pasti menaip...menaip pun ikut mood dan idea juga..,huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik akak, mood dan idea memainkan peranan...

      Delete
  10. Replies
    1. uishhh jangan begitu, akak pun manusia biasa juga...

      Delete
  11. Aida anggap blogging ni serius.
    a hobby.
    aida pun sometimes korban kan tido mlm skit utk buat entry.
    sheduled entry? Selalu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi yang kesuntukkan masa seperti kita memang perlu buat scheduled post...

      Delete
  12. tabik spring aaa dengan kak farahhh.. u are my idol.. hehehe.. acano la boleh bahagikan masa. nik yang bujang sah takde kerja lain nak buat pun, tak de masa dan kekuatan nak update tiap hari... lagi satu tak tahu nak update pasal apa. hehehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !