Ash Bakal Menjadi "ATV Riders"???

Farah Waheda Wahid
4

Pusing-pusing-pusing terhogak hogek berjalan, di situ juga jadi pilihannya. Puas "divert" laluan dia ke tempat lain... situ jugakkkk dia nak... "He fancy the ATV so much!!!" .... "Boys will be boys" kan??? Ash memang minat dengan apa sahaja kenderaan beroda... "even" kalau lihat kenderaan di atas jalan raya pun dia akan memanjangkan leher dari "car seat" dia dan tunjuk dengan jari jemari comel it dan sebut "car"... Ahakss... semua benda pun "car"... lori ke, "tractor" ke... apa ke... Habis tu dah itu sahaja yang dia reti sebut buat masa sekarang ini... itu sahajalah yang keluar dari kotak suara dia... Ha ha ha...

Semalam di Sunway Pyramid semasa berlangsungnya acara yang Farah hadiri bagi "advertorials and review" seterusnya... salah satu dari pameran yang terdapat di situ adalah berkenaan sukan ekstrem yang ditawarkan di Sunway Lagoon Malaysia. Ada kayak, ada "go-kart" dan juga ATV. ATV nampak gayanya telah berjaya mencuri hati Ash...


Nak sangat naik... kita pun berilah peluang untuk Ash naik... jangan nanti kempunan pula anak Mommy. Ihiksss... Hamikkk... siap dengan "sound effect" ko... burfff burfff burfff burfff bunyi yang keluar dari mulut Ash. Alahaiii Ash nak naik ke? Nak rasa bagaimana menunggang ATV ke? Ok ok kita tunggu Ash dah besar yer? Sekarang Ash kecil lagi tak sesuai lagi... Ini sukan lasak... Ekekekekeke....

Sedikit mengenai ATV untuk perkongsian buat semua...berdasarkan sumber info di SINI

Apa itu ATV? Ada antara orang yang sudah tahu, dan ada yang masih belum tahu apakah itu ATV? Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada "All-Terrain Vehicle" yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. ATV juga dikenali sebagai "Quad, Quad Bike, Three Wheeler" atau "Four Wheeler" yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain.

Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom. 

Untuk makluman , sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.


ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini. Para peminat mampu melepaskan tekanan serta segala masalah sambil menunggang ATV yang semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan mengujakan. Dengan berbekalkan persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semulajadi flora dan fauna, semuanya cukup untuk menarik perhatian mereka yang baru pertama kali mencuba aktiviti ATV ini.

Menarik bukan? Bukan setakat Ash... Mommy pun nak juga merasa ni memandu ATV ni... He he he... Tapi jangan Ash minta belikan sebiji dan simpan di rumah sudah... Huwaaa.... menangis Mommy nak membeli tau tak? Wakakakaka.... Tak apa tak apa tunggu Ash besar sedikit yer... dah "school" dan dah sesuai umur baru kita mencuba pengalaman ini yer? In Shaa Allah... Amin...

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Teringin juga nak rasa... Tapi mmpu bergmbr je Kt bawah masa kt PD dulu..

    ReplyDelete
  2. Ash...auntie pun teringin nak naik ATV...jom ash...tggu abg Qi dan firash besar sama2 leh main nanti...tak sabar tggu mereka besar kan...junior KBBA hehhe

    ReplyDelete
  3. Tak pe..nanti Ash beli sendiri..guna duit raya..ekelekekk

    ReplyDelete
  4. sllu ATV ni dekat pntai2 pon dorang sewakan untuk pengujung tu kan
    Nanti abg ash boleh ajak adik firash main ATV same2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !