Anak Tidur Terkejut-Terkejut???

Farah Waheda Wahid
14

Sila abaikan bantal "papam" yang tidak bersarung itu yer? Lagipun cerita ini bukanlah cerita tentang bantal "papam" Ash itu, tetapi cerita ini adalah mengenai tidur anak yang terkejut-kejut... Dan cerita ini juga berlaku kepada Ash sejak kebelakangan ini. Kiranya cerita benarlah... Muahahahaha...

Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Kalau tidak tak adalah Farah nak membazir masa menaip entri ini di tengah malam buta panjang-panjang untuk dikongsikan bersama-sama pengalaman ini kan? Buat habis kuota internet "I is" ajer... hik hik hik... 

Orang kata, petua lah ni ek, petua kira-kiranya yang telah lama diperturunkan dari tahun ke tahun. Kalau anak kecil tidur terperanjat-terperanjat ataupun terkejut-kejut, letakkan bantal di dada mereka supaya tidak terjadi keadaan yang sedemikian lagi. Al-kisahnya Ash, bantal sudah pun diletakkan di dada dia tetapi masih lagi terkejut-terkejut. Haaa... macam mana tu? 

Sejak lahir sehingga kini, Ash belum pernah lagi tidur terkejut-kejut. Ini satu perkara baru yang berlaku sejak kebelakangan ini. Sejak seminggu yang lepas. Bukan sekadar terkejut-kejut. Sejak seminggu lepas bila dia sedang sedap tidur, terkejut dia terjaga dan menangis sekuat-kuatnya serta berpanjangan. Allahuakbar. Buku surah Yasin memang sentiasa diletakkan di bawah bantal Ash tidur. Yang paling "win" hari Sabtu malam minggu. Tepat pukul 12.00 pagi, Ash yang sedang nyenyak tidur, terkejut dengan kuatnya dan kemudiannya menangis berlarutan sehingga lebih dari 30 minit. Dia seolah-olah ketakutan dan juga peluk Farah sekuat-kuatnya. 

Sebagai ibu, apa yang terbaik, Farah bacakan surah Al-Zalzalah.

Sumber dari Google
Dari mana Farah tahu amalan membacakan surah Al-Zalzalah ni? Semasa hamilkan Ash dahulu Farah ada terbaca di dalam satu artikel yang tak ingat di mana entah, saranan dari Ustaz Haron Din, Darul Syifa, jika anak tidur dan terkejut-kejut boleh bacakan senarai ayat Al-Quran seperti:

1. Surah Al-Zalzalah.
2. Ayat Al-Kahfi 11 dan 12.
3. Ayat Ali Imran 18.
4. Surah Isra ayat 110,111.
5. Surah Taubah ayat 128,129.

"I am not a superstitious type of person however I do believe in the existence of the "things" and the possibility of it"... Apa-apa pun kita berbalik kepada yang SATU lah kan? Allah SWT... Serta yakin kepada kekuasaan serta kebesaran Allah SWT. Tidak besarnya kuasa-kuasa lain dari kuasa Allah SWT.

Seminggu jugalah keadaan Ash berlarutan sebegitu, mula-mula Farah cuma pantau, kerana tidak teruk sangat terkejutnya. Tetapi hari Sabtu malam minggu, keadaannya berlainan macam pula. Naluri dan hati ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Tak adalah nak fikir yang bukan-bukan atau megatif yer tak? Cuma bila berlakunya keadaan pada malam minggu yang gamat di tengah-tengah malam buta itu. Berlainan dari kebiasaan, haruslah mula terfikir akan kemungkinan terkena gangguan.

Tadi saja-saja mencari sedikit info daripada artikel yang ada... dan terjumpa satu artikel yang menarik melalui pengalaman seorang blogger bernama Adlil Rajiah  di SINI, samalah kaedahnya beliau dengan Farah... tak berapa nak percaya pada benda-benda seumpama ini. Tetapi bila dah terjadi pada dan kata hati pun dah semacam... hamik koo... baru macam... "oh yes"... Ash ni memang terkena gangguan ni... Ha macam tu boleh? Walaupun tidak berfikir ke arah itu, bila berlarutan... mau tidaknya terfikir ke arah itu?

Anak kecil kan? Belum pandai berkata-kata lagi... yang keluar dari mulut Ash... "no no no"... "on wan (don't want)" ... bila Nek Ma dia pasangkan surah Yasin lagi ligat dia menangis... "Uolss" rasa? Kalau "uolss" di tempat Farah... fikir lain tak? Allahu...

Ha sambung balik, "relate" kan kembali dengan situasi Ash... apa yang Farah baca dari Adlil Rajiah, menurut kata-kata seorang ustaz yang beliau tonton video YouTube-nya, ada beberapa tanda bagaimana kita sebagai ibu bapa nak tahu bayi atau anak kecil terkena gangguan. Antaranya:

1. Mata dia akan melilau melihat ke sekeliling, ke kiri ke kanan ke atas ke sana ke mari... Iya Ash ada tanda ini. Memang macam tulah reaksi dia.

2. Menangis meraung-raung tetapi tiada air mata.

3. Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat. "Yes indeed he is"... Macam tulah Ashm macam sakit sangat tangisnya di tengah malam.

4. Tidur dalam keadaan terkejut-terkejut. Yang mana dah seminggu macam tu keadaannya.

5. Tidur diselang-seli dengan tangisan. Iya, memang betul. Bukan setakat malam hari, siang hari pun macam tu.

6. Menangis pada waktu-waktu tertentu. Contohnya hari ini menangis 12 tengah malam, esok pun sama, lusa pun sama, tulat pun sama... Memang yer pun... seminggu Farah nyatakan seminggu tadi kan?

7. Mengeluarkan suara mendayu-dayu dan berpanjangan... macam tulah keadaannya Ash...

8. Menangis dan menjerit di dalam keadaan ketakutan, menggigil seolah-olah disergah dan berada di dalam ketakutan... iya, sangat kot, sampaikan terkencing Ash tu yer semasa dia terkejut dari tidur tu, dia menangis peluk Farah kuat sangatttt... Allahuakbar... sampai air kecil boleh lantas... Banyak air kecilnya...

Kebanyakkan dari tanda-tanda yang Adlil Rajiah kongsikan memang seolah-olah mengatakan iya Ash terkena gangguan. Sebab kebanyakkan darinya sememangnya berlaku kepada Ash.

Demi Ash, malam semalam, Farah gigihkan hati cekalkan semangat sebelum terjadi Farah ikut perkongsian Adlil, Farah ambil air bacakan Al-Fatihah 11 kali, Ayat Kursi 11 kali, Selawat 11 kali, niat di dalam hati untuk pulihkan Ash dan sapu pada ubun-ubun kepala Ash dan basahkan seolah-olah berwudhu'.

Dan Adlil juga sempat berkongsi, kalau dalam keadaan cemas terjadinya secara tiba-tiba tak sempat ambil air bagai, boleh bacakan Al-Fatihah sekalk, Ayat Kursi sekali dan Selawat sekali kemudian hembuskan pada ubun-ubun kepala anak.

Alhamdulillah, malam semalam lena tidurnya seperti biasa, seperti sebelum-sebelum ini. Syukran Allah dan terima kasih juga kepada Adlil kerana berkongsi dan Farah panjangkan di sini untuk ibu bapa lain yang mempunyai anak kecil di luar sana. Sebelum tidurkan Ash malam semalam, Farah bacakan juga Surah Al-Zalzalah kepada Ash. Apa yang perlu Farah lakukan dan usaha dan selebihnya Farah tawakal pada Allah SWT.

Dek kerana risau dan "concern" tentang keadaan anak... Abah Ash dari jauh sanggup balik petang-petang hari sebentar dan kemudiannya balik semula. Haruslah berkongsi keadaan anak kan? Dan Abah Ash memang patut tahu pun tentang keadaan ini. Sehingga dah malam, hampir ke pukul  11 malam, Abah Ash telefon sekali lagi untuk bertanyakan keadaan Ash. Mau tidaknya risau, inilah satu-satunya zuriat kami berdua kan? Terima kasih pada Abah Ash kerana ambil berat. Sebenarnya tak cerita pun keadaan Ash sebegitu selama seminggu ni... bila dah agak teruk semalam barulah bercerita hari ni bila Abah Ash telefon tengah hari tadi. Hu hu hu...

Apa-apa pun, benda-benda ghaib, jin, makhluk halus ni memang ada gangguannya kan? Anak-anak kecil penglihatan mereka kan tidak terhijab. Apa yang mereka nampak, orang dewasa tak nampak, tetapi bila dah semakin besar penglihatan mereka akan terhijab dan semua benda-benda tu mereka tak nampak lagi. Tak apalah, bila dah berpengalaman sekali, In Shaa Allah, lain kalinya sudah faham dan tahu. Tapi mohonnya agar jangan terjadi lagilah hendaknya...

Semoga rehat Ash di malam hari tidak lagi terganggu dan tidur siangnya juga sama. Anak kecil kalau tak cukup rehat ni bila terjaga dari tidur meragamnya lain macam kan? Moga-moga tidak berulang lagilah hendaknya... In Shaa Allah, Amin... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Farah, bila farah up entry ni, ada tanda2 mcm ni kt Qi masa Qi bawah umur 1 thn...menangis hampir setiap malam meraung2 dekat 2 jam x berhenti...huhhhhh bila search ttg sawan tangis...mungkin Qi kena...tp bukan penyakit, tp ia sifat sementara bayi bawah 1 tahun menangis kerana nak bg tahu sesuatu yang dia x selesa...hmmmm parah juga la...bagus bacakan surah2 tersebtu pada ash...semoga terhindar dari gangguan.

    ReplyDelete
  2. anak saya Aisy pun. kerap terkejut masa tidur... tapi tak nangis. Tak boleh ada gerakan atau bunyian yang kuat. Memang akan terjaga dari tidur... dah letak bantal pun tak jalan jugak. In sha allah akan cuba amalkan ayat2 al quran sepertimana yang di share oleh farah. Terima kasih yer.

    ReplyDelete
  3. bayi keciil memang mudah kena gangguan macam tu. alhamdulillah ash dah ok. ^^

    ReplyDelete
  4. tq for this entry my dear..so ash mcm mn skg

    ReplyDelete
  5. aaahhh...baby memang mudah terkejut2..terutama kalau before tido dia alami peristiwa yang buat dia terkejut..

    ReplyDelete
  6. Huhu...Mase Qaisara 1st 4 months dulu pun gitu jgk. Farah kire OK ade nek ma..Kami ni, survivor je laki bini mncari alterrnatif meredakan keadaan. Mujur la jumpa sorang ustaz ni utk mintak pertolongan. Anyway. Thx for sharing.

    ReplyDelete
  7. begitulh dugaan smntra nk besar kn..

    ReplyDelete
  8. ha ah la, mikail dulu pon penah la mcm nie..terkejut jgk la sy dibuatnya..tp lepas peluk2 dan bagi susu, dia dah ok dah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semoga Ash tak terima gangguan lagi ...Banyakkan baca surah2 dalam al quran sebelum tidur dan hembuskan kat ubun2 Ash ...

    ReplyDelete
  10. betul2...slalu tgk baby dalam buaian terkejut-kejut... kadang2 tgk dia sengeh sorang2.. kadang2 tgk tgh tidur lepas tu nages...kenapa erk

    ReplyDelete
  11. Anak anak akk mmg amalkan letak bantal atas dada time dorang bb. X teringat samada anak anak pernah terjaga tgh malam dan menangis. Rasa cam x de kut.

    Bagus farah buat sendiri petua ubati ash. Lepas ni boleh turunkan ilmu kat kwn kwn.

    ReplyDelete
  12. Terima ksh byk utk tips yg diberi.. skrg ni baby alami semua perkara2 yg disenaraikan.. Tak tentu hala kami dibuatnya.. Nak cuba tips yg diberi ni.. terima ksh sbb berkongsi.. 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !