Tips Suami Isteri Berjauhan???

Farah Waheda Wahid
16

Nak kata jauh tu tak lah jauh sangat...Ahakss... Tapi boleh dikatakan tinggal berjauhan juga ler... Hew hew hew... Ibarat kutub utara, kutub selatan gitchewss... Bila berjauhan ni biasalah kan? Bak bait-bait lagu Adam & Hawa... "Cinta, terpisah ruang waktu...tetap cinta bersatu dalam hatiku..." ... Errr...ternyanyi pula... Hari ni "mood" sememangnya ting tong sedikit sebab terlalu banyak kerja kan? Banyak yang perlu diselesaikan pada hari Jumaat yang indah ini kerana Abang Jess sedang di dalam perjalanan balik dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur. 

Susah ke bila suami berjauhan ni? Dan kebanyakkan daripada perkara harus diuruskan sendiri tanpa kehadiran suami? Mungkin bagi sesetengah wanita atau isteri ianya adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan tanpa kehadiran suami di sisi. Tetapi bagi Farah secara peribadi, Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memberikan Farah kekuatan untuk menguruskan kehidupan serta menguruskan Ash dengan sendirinya kebanyakkan pada waktu atau boleh dikatakan majoriti daripada waktu. Jauh tetap jauh, tetapi pemantauan ke atas kami masih tetap dilakukan. Bila berjauhan, Farah sememangnya harus bergerak sendiri dan bila perkara-perkara yang memerlukan Farah mengambil keputusan yang sewajarnya dengan tangkas tanpa boleh menunggu kata putus suami, contohlah, contohlah ek... Ash tak sihat..perlu dibawa ke klinik.. cuma hantarkan pesanan teks mesej beritahu dan bergerak sendiri dengan segera ke klinik tanpa perlu menunggu-nunggu lagi. Cumaaa...kalau keadaan betul-betul serius baru Farah akan telefon suami dan maklumkan. Selain daripada itu, semua diuruskan sendiri. Errr...bangga diri ke? Tidaklah... tetapi itu adalah hakikat dan perkara yang harus dilakukan kot? 

Kalau Google Google memang banyak tips pasangan berjauhan ni...tetapi dari sudut Farah pula... 

SENTIASA BERDOA DIHUBUNGKAN HATI
Berdoa, berdoa dan berdoalah, kerana suami dan isteri tetap hak milik Allah SWT. Hati-hati ini dipegang oleh Allah SWT. Maka siapakah yang boleh menarik cinta antara kita kalau bukan Dia? Sentiasa minta supaya cinta suami isteri itu dapat menguatkan cinta kita dengan Allah dan sebaliknya. Berdoalah agar rumahtangga sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah SWT. 

LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA-SAMA
Bila berjauhan ni, peluang untuk melakukan aktiviti bersama itu terbatas. Itu kenyataan. Tambahan pula, minat dan hobi kami juga tidak berapa nak sama. Ada sesetengah perkara tu kami sama-sama minatlah...ahakss... tapi macam suami dia lebih suka kepada gimnasium, senaman, sukan, politik, isu semasa. Dia suka menonton wayang, DVD, "movie" dan bla bla bla. Farah pula lebih kepada menulis secara maya... Itu tak perlu ceritalah kan? Semua orang pun tahu Farah berblog macam mana. 

Tetapi, bila berjumpa kami akan berbual tentang perkara yang dia minat dan juga perkara yang Farah minat. Apabila Farah menulis, Farah akan bertanyakan juga pendapat suami. Atau apabila bacaan itu dirasakan menarik untuk dikongsi, suami akan mencadangkan Farah supaya menulis secara maya tentang sesuatu topik itu. Memang tiada aktiviti seperti masak bersama-sama atau sentiasa berjalan ke sana ke mari bersama-sama tetapi setiap waktu yang diluangkan bersama-sama juga dikira aktiviti bersama-samalah tu di samping menggabungkan perbezaan antara kami, menjadi sinergi. 

Ucapan Selamat Pagi, "I Love You" dan Selamat Malam 
Dari bercinta, sampai ke sekarang sebenarnya tak pernah lekang ucapan itu... Memang rutin kami... Jadikan suami itu kawan baik yang paling baik walaupun berjauhan kaedahnya... 

Minta Maaf Sebelum Tidur dan Maafkanlah Dia
Perkara ni penting walaupun kita rasa kita tiada berbuat salah pada hari itu. Kita tak dapat nak baca fikiran suami/isteri. Manalah tahu ada benda-benda kecil, yang sebenarnya salah tetapi suami/isteri sahaja tidak mahu mengambil hati. Ha ha ha... percaya atau tidak, bila berjauhan ni, manja tu terlebih sikit. Senang merajuk. Suka kena pujuk. Dan manja itu memang sifat azali serta bukan dibuat-buat dengan kaedah sengaja mahu menarik perhatian. Jika kenal sebetulnya Farah memang manja...tapi bukan jenis manja yang "spoilt" kerana mampu lagi berdikari dan berdiri sendiri. Tenang rasa hati bila meminta maaf dan memaafkan. Kalau berdekatan pun, lagilah kena utamakan meminta maaf ni kerana mudah saja untuk kita berbuat salah melalui mimik muka dan bahasa badan.

Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah pernah berkongsi secara ringkasannya Farah nyatakan yer...bila suami isteri berjauhan ni... harus beri sokongan, saling percaya mempercayai, cari kesibukan (memang sibuk pun dengan dunia sendiri...ha ha ha), tetap berhubung dan libatkan anak (Ash selalu Skype jer dengan Abah Ash...dengar suara melalui telefon pun iya). 

Sedih ke suami tak tinggal bersama? Jawapan tipikal dari kebanyakan wanita atau isteri...sedih sebab berjauhan dengan suami. Rasa sunyi dan bla bla bla. Susah nak lakukan itu berseorang, susah nak lakukan ini berseorang, susah susah susah kerana suami tiada di sisi. Itu bergantung pada keadaan dan situasi seseorang tu jugalah kan? Bagi situasi diri Farah, jawapan jujur dari Farah... Alhamdulilah, Farah normal...ha ha ha... sebab Farah sememangnya banyak melakukan perkara dengan sendiri, bergerak dengan sendiri dan ada Ash!!! ^_^ ... Mungkin itu hikmahnya Allah menguji Farah dengan perkara yang lain supaya ujian ini membantu Farah celik mata terhadap peribadi suami. Setiap orang punya ujian terhadap sesuatu tetapi Allah masih memberi nikmat dalam bentuk yang lain, bukan? Bersyukurlah. Kalau nak mengomel dan rasa sedih semua bagai sampai ke sudahlah macam tu gayanya. Tak akan ke mana-mana...  

Bak kata Professor Dr. Muhaya... suami isteri yang berjauhan perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT setiap masa kerana Allah al-Wadud (Maha Pecinta) mencintai orang-orang yang saling mencintai kerana-Nya. Jika Allah cinta kepada sepasang suami isteri yang saling berkasih sayang di jalan-Nya, Dia akan sentiasa memelihara perhubungan suami isteri yang berjauhan agar ikatan murni tersebut lebih utuh. Ini yang harus kita pegang nasihat Professor Dr. Muhaya. 

Jauh atau dekat, bagi Farah bukan bagi orang lain yer...tidak menjadi masalah pun... kerana ikut celah mana pun masih lagi dengan ikatan suami isteri, masih lagi bercakap, masih lagi berjumpa, masih lagi bergurau senda, masih lagi tahu perkembangan sesama sendiri, masih lagi menghabiskan masa bersama-sama. Bila berkahwin ni, kita kena sentiasa wujudkan perbincangan untuk mengenal lebih mendalam pemikiran pasangan masing. Fasa berkenalan dengan pasangan selepas bernikah seharusnya bukan lagi bersifat luaran atau "superficial", tetapi harus dikenal dalamannya kerana eksplorasi sebegini penting untuk mewujudkan kebersamaan dalam menjalani kehidupan berumahtangga terutamanya apabila timbul konflik atau apabila tiba masa untuk menguruskan anak. ^_^ 

Tak ada benda pun sebenarnya berjauhan ni bagi Farah... ok jer... Bila suami tak ada tu, gunakanlah sebaik-baiknya masa untuk habiskan bersama anak, mendekati Allah SWT dan melakukan apa sahaja aktiviti-aktiviti yang menyibukkan diri serta memberikan faedah. Yang berjauhan suami isteri tu, jangan sedih-sedih sangat ok? Fikir positif jer... Ahaksss...tak lari ke mana dah pasangan kita tu... dah ada lafaz ijab dan qabul dah pun... Dulu-dulu sebelum kahwin pun sendiri juga yer tak? Bak kata suami Farah... kalau suami telah pergi meninggalkan isteri terlebih dahulu... isteri masih tetap kena teruskan kehidupan sendiri juga kan? Kalau dari sekarang tak boleh nak uruskan sendiri, bagaimana pula esok-esok kalau keadaan memerlukan kita menguruskan sendiri... Memanglah tak baik berfikir secara negatif serta perkara yang bukan-bukan tetapi adakalanya berfikir secara negatif yang sihat itu perlu untuk menjadikan kita seseorang iya tak? 

Ya ya ya, ramai yang tak setuju, ramai yang rasa nak kecam... muahahaha... isteri mana yang nak berjauhan dengan suami, suami mana yang nak berjauhan dengan isteri...Adoiiilahhh haiii..."uolss"...nampak tak, nampak tak sebenarnya... Farah nak "uolsss" "uolsss" yang jarak jauh ni berfikiran positif, tak perlu nak sendu sangat? Fikir positif jer dah lah kan? Kenapa perlu fikir yang negatif... Iya ke tak? Bila fikir positif tak adalah terkesan dengan apa-apa ancaman ataupun rasa susah hati yang diwujudkan sendiri... Lepas tu menyusahkan jiwa raga sendiri...Errrr...ke Farah ni orangnya yang terlalu mudah dan ringkas? Ahaksss... 

Pssst pssst...bila berjauhan (macamlah jauh sangatttt kannn...ha ha ha...sekali lagi)... rindu dan manja tu bukan nak bohong... tapi "goes to the extra miles" sikit... bukan kita sahaja, pasangan kita pun... Percayalah... Kenyataan jujur dan ikhlas dari yang berpengalaman ni...*_^... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. boleh jadi tips untuk kahwin nanti huahahha

    ReplyDelete
  2. nasib la noe n hubby x duduk berjauhan...sekali sekala hubby outstation pun dah rasa x bess...tp klu dh terpaksa berjauhan macam farah...kena la do something kan...tips yg farah bagi ni mmg amat berguna pada pasangan yg tinggal berjauhan...

    bagus juga klu berjauhan...isteri lebih byk berdikari...

    ReplyDelete
  3. Hoho...Saya, asben blk KB, sy blk kg dgn anak utk 4 hari pun dh rase lain..Sunyi jer..kiki

    ReplyDelete
  4. Lya pernh mrasainya suatu ketika dulu, siksa jugala..msti da saling prcaya mmprcayai antra satu sama lain

    ReplyDelete
  5. Semoga lepas ni , makin dekatlah si suami Kak Farah dgn family...

    ReplyDelete
  6. kagum tau dengan orang yang boleh PJJ dengan suami ni..saya memamng tak boleh buat..kadang2 suami nak kerja luar 2,3 hari pun saya dah buat muka mintak penampar..hahhah..

    ReplyDelete
  7. tabik spring kat pasangan PJJ ni.. emosi, fizikal dan mental kene kuat dari biasa..

    yang penting kepercayaan dan kejujuran dedua pihak kene mantap..

    i tabik spring kt u, farah..

    -mrspuex-

    ReplyDelete
  8. kit pun PJJ..kna kuat semangat yang penting..berdoa agar dapat tinggal bersama kembali..(berdekatan )

    ReplyDelete
  9. bertolak ansur,saling mempercayai bila berjauhan ni..think positive :)

    ReplyDelete
  10. Sy kat Kuala Lipis, husband kat putrajaya. Seminggu sekali je jumpa. Hihi

    ReplyDelete
  11. Tips yang best kak Farah... Sha pun selalu bermaafan dengan hasben sebelum tido.... sentiasa positif :)

    ReplyDelete
  12. TIPS YANG BAIK...
    saya xdelah tinggal berjauhan..
    cuma kekangan kerja yg menyebabkan kita seakan2 berjauhan..

    ReplyDelete
  13. Semoga terus diberi kekuatan dalam menjalani liku2 kehidupan ...

    ReplyDelete
  14. Ana PJJ dgn suami sejak nikah sampai skrg..anak dh 2org. Ni tahun ke5 berPJJ..alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.Penat tu perkara biasa..tetapi cekalkn hati n bertabah.Takde apa yg mustahil..insyaALLAH.

    ReplyDelete
  15. Allah tntukan apa yg termampu dnn terbaik utk ssorg tu kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !