Tidak Hon, Tidak Beri Salam, Tidak Memanggil... Tinggal Notis Pemberitahuan

Farah Waheda Wahid
11

Sumber dari Google
Baca tajuk pun dah boleh agak yer tak? Apalah akak sorang ni nak bebel yer? Muahahaha... Inilah tentang perkhidmatan kurier yang hendak diomelkan. Bukannya sekali, bukannya dua kali, tapi dah berkali-kali tetap macam ni jugak. Tak ada perubahan langsung. Mereka ni tak takut reputasi dan nama baik jatuh gamaknya. Iyalah, macam mana pun tetap menjadi pilihan kan? Seorang yang buat laporan atau seorang yang terang-terangan melaporkan bagaimana tahap servis mereka, berpuluh-puluh masih gunakan... Tiada kerugian di situ...Mungkin itulah mentaliti mereka... Hurmm..Tapi kadang-kadang tak boleh nak cakap jugak... Kerana di dalam setiap situasi ada kepelbagaian kemungkinan di situ... Adakalanya mungkin pihak pengurusan telah mengingatkan kakitangan mereka supaya tidak melakukan tabiat sedemikian. Tetapi takkanlah sebuah syarikat yang besar nak jalankan pemantauan "micro-management" pada setiap kakitangan yer tak? Lama-lama jadi tidak produktif.

Mereka ni gemar sangat hantar "parcel" kepada penerima dengan cara tidak memberikan hon, tidak memberikan salam, tidak memanggil penghuni, tau-tau sahaja dah ada Notis Pemberitahuan untuk memunggut "parcel" dari pusat pemunggutan yang telah ditetapkan. Dush dush dush... Macam Farah nyatakan tadi, dah berkali-kali dah jadi macam ni... Suka sangat buat kerja senang macam ni yer tak? Mustahillah tak ada orang di rumah tu dan terang-terang pintu rumah tu terbuka. Takkan nak jadi kerja penerima atau penghuni rumah pulak berlagak jadi macam ahli mesyuarat tingkap? Setiap kali bunyi van, setiap kali bunyi kenderaan, jenguk ke luar...Ha ha ha...Sangat kelakar...Dah macam orang yang suka sibuk hal orang lain pulak perangainya... Orang yang suka sibuk hal orang lain sekarang pun dah maju ke depan tau tak? Mereka tak ada jenguk ikut tingkap atau "sliding door" lagi dah...diam-diam perhati jadi "stalker"... Adoiii... 

Masalah yang dialami ni bukan setakat Farah, ramai kot kawan-kawan yang pernah mempunyai pengalaman yang sama... Sekali tu ok lagi lah...Tapi kalau dah berkali-kali tu tak ke sesuatu... Wahai petugas-petugas kurier...ketahuilah wahai kamu bahawasanya tidak semua penerima mengetahui bahawa ada bungkusan telah dihantarkan kepada mereka... Tidak semua penerima tahu tarikh tetap penghantaran kepada mereka dan tidak semua pengguna tahu bila penghantaran telah dilakukan pada mereka. Ahaksss...Dan tidak semua penerima ada di rumah sewaktu penghantaran dilakukan. Yang tinggal cuma penghuni yang lain. Tapi penghuni yang lainnya itu pula sentiasa sahaja berada di ruang tamu rumah melayan si mata boolat. Dush dush dush... Panggil bagi salam pun dah boleh dengar dah yer... Ha nampak tak nampak tak? 

Ok, lepas tu ada pula yang akan cuba memainkan watak antagonis di sini...Kenapa tidak dihantar ke pejabat? Uhuksss... Oklah ek...dalam situasi satu syarikat yang sangat besar dan ada beribu-riban pekerja... semua penghantaran akan dilakukan ke satu pusat yang telah ditetapkan... Kadang-kadang barang tu sampai, kadang-kadang terus lenyap...maka ada orang memilih untuk hantar sahaja ke rumah yang sudah tentunya sentiasa berpenghuni...ye ke tak? Dan ada juga satu keadaan...ahaksss ni cakap diri sendiri lah ni... Baru jer mula bekerja... selepas itu belum pernah lagi meminta servis penghantaran dilakukan di pejabat... ishhh... agak-agaklah... tempat lama oklah... ini baru sebulan lepas tu berkodi-kodi pulak barang "I is" sampai di pejabat... Segan aihhh? Nanti walaupun Farah tak membeli belah atas talian, orang kata Farah ni boros pulak, kaki membeli belah atas talian...Muahahahaha... *_^... Tunggulah sikit masa lagi... Lepas 3 bulan ke? Oklah sikit kan? 

Sudahnya hari ni, buat aduan dan minta serahan untuk kali kedua. Katanya Isnin baru sampai...pada sesiapa yang menghantar itu (ha ha ha, rasa boleh agak ni siapa hantar ni, mungkin Kak Junn ni... salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari)... nampak gayanya minggu depanlah baru kita boleh mulakan kerja yer? Ya ampunnn... 

Kalau berterus-terusan servis begini, nama perkhidmatan kurier yang terbabit tidak akan pernah dipandang tinggi oleh masyarakat... Dan mungkin pilihan perkhidmatan kurier yang lain di pasaran tempatan yang akan menjadi pilihan. Biasalah pengguna kann? Sentiasa mahukan yang terbaik, cekap, pantas dan mesraaaaa.... Agak-agak bila nak sedar tentang kelemahan yang satu ni pun tak taulah... Semoga ada cahaya nur menyuluh jalan mereka untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.... 

Hua hua hua...Tak perlu Farah nyatakan apakah nama perkhidmatan kurier tersebut, sesiapa yang berpengalaman atau pernah membaca pengalaman di mana-mana pastinya dapat mengagak yang mana kan? Cumanya, entri ni bukan sengaja suka suki hati Farah "publish" sebab nak tarik perhatian orang ke (belum "desperate" sangat sampai macam tu...uhukss...moga-moga taklah), nak jatuhkan nama ke...tapiii lebih kepada pandangan kepenggunaan dari seorang konsumer untuk penambahbaikan di masa akan datang... 

Harapnya, servis perkhidmatan kurier terbabit akan menjadi lebih baiklah yer selepas ni...Ha lagi satu nak pesan... haippp...tolong jangan panjang tangan ambil barangan hantaran orang lain? Pernah terjadi yer, bukan tidak pernah terjadi...bukan pada Farahlah, pada salah seorang adik dulu... Barangan bernilai yang dibeli di atas talian tak sampai-sampai ke tangan... Jangan, jangan, jangan, jangan buat kerja macam tu...Tak baik... 

*Sebenarnya berbalik kepada sikap manusia itu sendiri, yang bekerja serta berkhidmat untuk syarikat itu sendiri... Kalau dah kakitangannya begitu di luar pengetahuan pihak syarikat...Hurmm... moga-moga satu hari bila pihak syarikat dapat tahu, tindakan yang sewajarnya akan diambillah yer tak? 

**Ok, udah-udah mengomel... yawnnn... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dlm fb rmai yg mrungut sikp xbrtggjwb pekerja poslaju ni... ainaa sdiri pernh kena. huhu nsib baik skarang posman yg hntr parcel kwsn rumh ainaa jenis bertggjwb. tak cukup tekan hon, siap ketuk2 pintu rumh lgi. hehe

    ReplyDelete
  2. Memang begitu, tapi tak semua...

    Last 2 parcel yang ABM tunggu sampai ke rumah dengan selamat.

    Takut juga jadi macam tu sebab parcel tu agak besar juga la

    ReplyDelete
  3. nani pun tak suka diorang dok hon hon gituu depan rumah orang.selagi tak keluar selagi tu dok hon. bukannya tak boleh bagi salam. kann lebih manis macam tuu.nani pernah jugak up entri pasal ni. nani suka kanggarro sebab hari tu hantar barang siap bagi salam tunggu depan pintu rumah. ^_^

    ReplyDelete
  4. ish ish.. syarikat courier yg mne la ye.. haishh... setakat nie anis blom kena lagi...

    ReplyDelete
  5. dorg nie kadang2 malas.. tp ade juga perkhidmatan kurier yg call kita bila sampai di rumah...

    ReplyDelete
  6. Betul-betul, saya pun selalu alami benda macam ni. Tahu-tahu dah ada surat dalam peti surat. Hish!

    ReplyDelete
  7. so far spnjg maria guna perkhidmatan kurier tak ada apa apa terjadi. alhamdulillah sis :)

    ReplyDelete
  8. pernah jadi camni..apelagi..terus call buat second delivery..so xperlu pg pos office

    ReplyDelete
  9. Stakat ni xpernah la terjadi begitu..

    ReplyDelete
  10. Hurm....so far beberapa kali pissed off dengan few kurier service yg tak reti nak call, atau tinggal notification utk kita follow up.. kdg2 mcm online shop dah settle pos pada kita, awal lagi... kurier punya songeh....sampai kena tuntut kat drop bay dia pulak....
    So far puas hati ngan Lazada & Niles je...sebab mmg tip top sangat...sampai dia pastikan kita yg terima... ada kdg2 kita siap stay umah sekejap sebab tggu parcel...tapi dia x ketuk pintu @ call... terus drop kad claim parcel kat drop bay dia...sakit plak ati...
    yang tak ambil kisah barang fragile tu lagi lah sakit ati....main campak sampai lumat kot...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !