Sehabis jer rakaman langsung rancangan Assalamualaikum terbitan dan kendalian TV AlHijrah, terus minta izin tuan empunya badan sama ada boleh buat entri ataupun tidak... Abang Long balas... Boleh jerrr... ^_^... Terus buka "dashboard" dan klik pada gambar pen / pensel itu dan jejari terus lancar mengetuk papan kekunci gitchewwsss... Gigih kami-kami adik-adik dan anak-anak Kelab Blogger Ben Ashaari yang berada bersama Ben Ashaari ibarat ahli keluarga kandung sendiri... menonton rancangan Assalamualaikum ni pagi ni... Ha ha ha, mesti masing-masing melekat ni...Termasuklah diri ini...Haruslah "support" Abang Long Kawasan yer tak? Tanpa Abang Long tak lengkap Kelab Blogger Ben Ashaari.
Ini bukan kali pertama Ben Ashaari muncul di kaca televisyen...Dah berkali-kali dah sebenarnya... Tapi kemunculan pertama Ben Ashaari di media elektronik pada tahun 2015. Kira-kira ala-ala pecah telur untuk tahun 2015 lah ni. Pastinya akan ada lagi selepas ini. In Shaa Allah...
Topik yang diperbincangkan? Suamiku Surirumah... Setiap kali ada topik-topik sebegini... "Mr. Mama", "House Husband", Suamiku Surirumah dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya sememangnya Ben Ashaari adalah salah seorang di antara tetamu jemputan "favourite" di kalangan stesen TV.
Apa yang diperkatakan oleh Ben Ashaari tentang persoalan ataupun topik Suamiku Surirumah tu, apa yang Farah boleh beritahu... ianya sememangnya jujur dan ikhlas dari pengalaman Ben Ashaari sendiri. Bagaimana mengendalikan anak-anak di rumah bila isteri bekerja, bagaimana menguruskan masa bekerja dan anak-anak, tekanan yang kadang-kadang tu datang...rehat yang bagaimana, perhatian yang bagaimana...semuanya berdasarkan apa yang Ben Ashaari alami sendiri.
Sanggup tak agak-agak "uolss" kalau suami-suami "uolss" mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan "uolss" bersendirian yang makan gaji??? Ini pendapat masing-masing ni..dan sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan semua pendapat peribadi Farah sendiri...Hurmm..rasa-rasanya jarang-jarang nak kongsi pendapat peribadi dari diri sendiri sangattt di Bubblynotes.Com ni...Yang umum-umum tu selalulah... Ok tarik nafas dalam-dalam... Ini lebih kepada "confession"...Muahahahaha...
Bagi Farah sendiri, sekiranya suami tu Suamiku Surirumah, tetapi masih bertanggungjawab di dalam menyara isteri dan anak-anak, saya terima...Wahhh gitchewsss, rasanya majoriti mempunyai pendapat yang sama kan? Haruslah...tiada masalah untuk si isteri untuk terus bekerja makan gaji dan suami menjadi surirumah. Asalkan, ekonomi keluarga telah betul-betul stabil. Bermakna... sama ada suami berhenti dari makan gaji dan telah mempunyai sejumlah simpanan yang betul-betul cukup untuk menyara isteri dan anak-anak sehingga ke akhir hayat ataupun suami berhenti dari makan gaji tetapi bekerja dari rumah serta menjana pendapatan yang boleh menyara isteri dan anak-anak... Tanggungjawab suami tu, tak bolehlah nak lepas tangan ke isteri ye tak? Mentang-mentang isteri bekerja, dia duduk rumah selepas tu...buat-buat tak tahu, letak bebanan semua di bahu isteri untuk digalas...Itu melampau!!! Sebenarnya tiada masalah untuk suami menjadi Suamiku Surirumah tu...kalau betul dan kena caranya... Yang penting persefahaman di antara suami isteri dan juga tolak ansur.
Farah bukan membodek, bukan memuji tinggi melangit kerana yang muncul itu adalah Ben Ashaari yer... Kalau orang lain sekalipun yang muncul di kaca TV membincangkan topik yang sama, sekiranya Farah kenal dan Farah tau bagaimana cara sebenarnya kehidupan sebagai Suamiku Surirumah diuruskan dengan baik, Farah akan puji ok??? Bukan sebab Ben Ashaari tu Abang Long Kawasan Kelab Blogger Ben Ashaari, Farah "up" baik punya... Walaupun baru setahun lebih lebih sikit bersama Kelab Blogger Ben Ashaari... Ben Ashaari bukanlah orang yang mudah makan puji yerrr... Kalau nak puji biar ikhlas...#ehhh...muahahaha...Habislah kena kecam lepas ni... Ya ampunnn...
Kalau yang berhajat nak menjadi Suamiku Surirumah tu, rasanya eloklah jadikan Ben Ashaari sebagai contoh... Tak semestinya kena jadi blogger yang berjaya baru boleh Suamiku Surirumah yang sepertimana Ben Ashaari...kalau ada sumber pendapatan dari segi lain pun, boleh juga... Maka, fahamlah yer apa yang Farah maksudkan?
Masyarakat mungkin ada yang soh seh soh seh mengatakan Suamiku Surirumah ni jenis yang makan hasil isteri...Haippp... Apa yang masyarakat tau? "Hellooo..."... Jangan sesedap rasa dan sesedap mulut berkata-kata yer...Tapi mulut manusia kan? Serta tanggapan manusia..tak ada siapa boleh larang itu kehendak mereka sendiri...Kadang-kadang dia kata dia tak bertanggapan pada orang lain, tapi perbuatan tak seiring dengan kata...Wallahualam...Tak semua Suamiku Surirumah tu biawak hidup yer... Yang jenis biawak hidup tu...tak layak digelar Suamiku Surirumah ok? Kerana? Jenis dan spesies biawak hidup ni adalah jenis dan spesies yang takkan membantu isteri dengan kerja-kerja rumah, menjaga anak, memasak, membasuh, mengemas..segala meng lah...jaga anak pun tidak...dibiarkan sahaja anak tu macam tu...huh...lepas tu taunya mintak duit mintak duit dari isteri...Itu barulah makan hasil isteri yer? Tetapi..jenis yang jana pendapatan, tanggung anak isteri, kerja keras siang malam... tak patut tau "uolss" mengata... dapat dosa kering jer sia-sia... Errr...kalau nak tanggung dosa kering pun apa salahnya...yang dikata tu dapat banyak pahala... He he he...teruskanlah dengan aktiviti dosa keringmu itu...
Apa-apa pun... sebagai "Suamiku Surirumah"...Ben Ashaari sepatutnya dan sewajarnya dicontohi... lagi sekali bukan bodek...tapi kami-kami di Kelab Blogger Ben Ashaari tahu bagaimana perjalanan itu... tak banyak serba sedikit kami tahu... ^_^... Tabik "spring" lah pada Aben...boleh uruskan kesemuanya walaupun bukan mudah...
Tahniah kepada Aben dan semoga terus berjaya dunia dan akhirat...In Shaa Allah...Amin...
tak sempat tengok pun pagi tadi.
ReplyDeleteBetul tu farah..kalau masih bertanggungjawab soal keluarga...mampu nafkah zahir batin insyaAllah..cik akak pun boleh terima..
ReplyDeleteBagi akak Waheedah... 1 dalam 1000 suami yg hendak jadi Suamiku surirumah ni... payah nak cari sekarangkan ehe :)
ReplyDeleteInsha Allah... Akn kongsikan juga topik ni... Sbb suami sy mmg akn kearah itu thn depan... Insha Allah...
ReplyDeleteTahniah Aben ..Heheh bukan senang tu nak jadi SUAMIKU SURIRUMAH hehhehe
ReplyDeleteKerja hari ni. Tak dpt tengok abg beben dlm tv.. Huhh
ReplyDeleteTahniah Abang Ben..semoga terus berjaya
ReplyDeleterespect dengan abg ben sebab berani. kebanyakkan malu dan merasakan diri mereka ni kecil.
ReplyDeletetak tengok pun..;p
ReplyDeleteKak...saya x sempat tgk..abg ben x mention bila dia nk masuk tv tu. Sedihnya. Apa pun saya setuju pndapat kak. Asalkan suami tu tunaikan kwajipan dia x kisah la dia nk kja apa. Janji halal. Suamiku surirumah tp duit kepok2..its ok what..haha
ReplyDeletetak sempat tengok sebab keje..
ReplyDeletesama sama memikul tanggung jawap dalam menjaga dan mendidik anak2, tu yang penting..tak kisah le laki ke bini yang duduk rumah..
ReplyDeleteRespect kt ben ;)
ReplyDeleteSaya setuju je... yang penting suami tahu tanggungjawab dia. ;) apapun kagum dengan ben ashaari sebab boleh jaga 2 anak serentak.
ReplyDeleteSalute dengan abang ben mampu buat
ReplyDeletekan..tabik springdengan lelaki macam ni..toing..
ReplyDeletejemput singgah blog saya
http://dalilablogez.blogspot.com/