Sanggupkah Kita Berjauhan Dengan Anak???

Farah Waheda Wahid
16

Jawapan memang dah sah-sah ada dah... kalau dah tengok mata boolat, pipi sedang-sedang labuh, bibir yang mungil ni lama-lama...jawapannya memang menjurus kepada TIDAK!!!! Huwaaa, mahu tak tidur malam sob sob sob menangis ni kalau terpaksa ditinggalkan seketika atas urusan kerja. Kalau boleh nak bawa bersama dah sah-sah angkut sekali... tapi kalau Mummy nak kerja siapa pula nak jaga Ash yer tak? Takkan nak angkut kerja sama-sama pulak...Kesiannn dia...dan takkan nak angkut Nek Ma Ash sekali pulak? Kalau bukan urusan kerja... memang angkut dahhhh... mana boleh tinggal "Mummy's cutie pie" yang seorang tunggal ni... Macam Mummy dia juga...tunggal... He he he... 

Hakikatnya bukan Farah seorang yang akan berperasaan serta berfikiran begini...semua ibu-ibu pun samaaaa... abah-abah pun tak kurang juga... Rindu pada anak yang menebal di saat berjauhan gitchewsss... Tapi abah-abah ni "cool" sikit, dia tak emosi terlebih macam ibu-ibu...Ibu-ibu ni emosi serta perasaan tu lebih sikit sebab iyalah... anak yang dikandung di dalam rahim selama 9 bulan 9 hari dan anak kan? memang apa-apa pun paling rapat dengan jiwa seorang ibu...selain dari suami... Sebagai ibu bapa bila anak lebih dari seorang kena bahagikan kasih sayang dengan seadilnya... Sebagai ibu... sayang suami, sayang anak...kannn? *_^... Sayanglah suami oiiii...siapa tak sayang suami... ha ha ha... 

Bukan mudah ooo berperang dengan perasaan bila berjauhan dengan anak... Faham sangat-sangat perasaan tu...faham sangat-sangat...walaupun setakat ini Ash belum pernah lagi ditinggalkan atas urusan kerja...Belum lagilah...Akan datang tak taulah lagi kan? Kalau terpaksa tinggalkan dia seketika dengan Nek Ma dia atas urusan kerja...Silap-silap mahunya Mummy yang demam rindu, entah-entah dia "cool" ajer tak ada apa-apa... Ha ha ha... Sebab seronok kann? Tinggal dengan Atuk dan Nek Ma, macam-macam dilayan dan macam-macam boleh dapat... Hu hu hu... 

Walaupun belum pernah mengalami situasi terpaksa meninggalkan Ash seketika atas urusan kerja... (*kerja tu banyak maksud...kerja hakiki, kerja blog)... tetapi dah siap-siap fikir dah tips yang boleh dijadikan sebagai penguat semangat dan penghilang rindu dendam yang teramat tu... Ha ha ha... Antaranya... 

BERFIKIRAN POSITIF
Sentiasa berfikiran positif yang kita terpaksa meninggalkan anak seketika selama beberapa hari atau beberapa minggu disebabkan kita sedang berusaha keras membina kehidupan. Apa yang kita lakukan adalah demi kelangsungan hidup dan demi masa depan anak serta keluarga. Bukannya kita sengaja atau bersuka-suka meninggalkan anak itu tanpa sebab...Makanya positif positif dan positif...Ini sebenarnya membantu kita untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi hari-hari tanpa anak di sisi itu buat seketika... 

SENTIASA BERHUBUNG
Kerja-kerja juga...ingatan pada anak memang tak akan pernah luput... Iya tak? Makanya jangan lupa untuk sentiasa mencuri peluang dan ruang masa yang ada untuk berhubung dengan anak. Tak kira apa juga cara sekalipunlah... Sama ada melalui panggilan telefon ataupun sekarang ni dah canggih manggih dah, tak macam dulu... Skype ajer... Kannn??? Kelassss... anak-anak sekarang main Skype jer dah... Lakukan setiap hari yer...bukan selang-selang atau bukan 2-3 hari sekali... Kalau berada di luar kawasan liputan tu tak dapat nak dibantulah...terpaksa tunggu sehingga berada di kawasan liputanlah yer tak? Itu dimaafkan...Hew hew hew... Kalau di luar negara... "roaming" pun "roaming" lah, janji dapat berhubung dengan anak... (bayangkan tak sanggupnya tu menahan rindu tu...hu hu hu... melampau Farah ni tau)... 

TENGOK GAMBAR ANAK
Iyaaaa...memanglah semakin ditenung semakin ditenung semakin sebak semakin sedih semakin rindu... Tapi sebenarnya kan...situasi dan keadaan begini melatih kita untuk menjadi lebih kuat jika kita telusuri... Kekuatan diri kita itu sendiri... Mau meraung bagai kan? Tapi bagi Farah adalah satu kewajipan setiap hari tengok gambar anak...dan mesti kebanyakkan ibu-ibu pun sama macam ni... Oklah kan? Dari tak tengok langsung? Huh... Itu dah masuk kes lain dah tu... Tapi emosi punnn, jangan biar sampai terganggu fokus dan perasaan terhadap kerja yer? 

BAWA BARANG ANAK BERSAMA
Tak dapat bawa anak... bawa salah satu barang yang mengingatkan mereka kepada kita... Tak kiralah sehelai pakaian mereka ke, kain lampin mereka ke, alat permainan mereka ke... Yang penting janganlah pergi bawa barang-barang yang sentiasa bersama mereka yang mereka dah biasa setiap hari ada...Nanti tak ada pening pula yang menjaga mencari di mana barang tu dan meragam pula anak sebab tak dapat barang yang dia idamkan... Kalau Farah lebih suka bawa sehelai pakaian ataupun sarung batal "papam" dia kot? Sebab ada bau Ash!!! Bila rindu bolehlah cium-cium kan? 

Itulah yang setakat ini yang mampu difikirkan oleh akal fikiran tips yang mungkin boleh digunapakai bila berjauhan dengan anak. Hu hu hu... Kita mungkin rasa lemah...sebab ia berkaitan dengan anak, tapi kita kena lawan perasaan itu juga kan? Fikirkan, setelah habis urusan kita boleh kembali kepada anak... Cuba jadi positif setiap hari dan selepas itu In Shaa Allah, kita akan dapati hari-hari itu akan berlalu dengan cepat dan akhirnya kita dapat kembali bersama anak! Yeay!!!! ^_^... 

Tak adalah Farah kata dengan jadi kuat tu tak akan menitis air mata...Kalau dah jenis macam Farah ni, memang sah-sah, kuat kot celah mana pun... air mata merembes tu tetap merembes...Muahahahaha.... Lebih-lebih lagi kalau tengok gambar muka macam muka kesian kat atas tu kan??? 

*Pinjam gambar dari "semakphone" Abah Ash... semalam tengok...macam aikk, apasal Mummy tak ada gambar ni? Tak boleh jadi ni, nak jugakkk ni... macam kerugian sangat tau rasanya bila tak simpan gambar ni...Ha ha ha... Dah simpan tempek kat blog juga... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nani zaman belajar dulu letak gambar mak ayah bawah meja. rinduuu ^^

    ReplyDelete
  2. memang tak sanggup nak pisah ngan anak

    ReplyDelete
  3. sy xpnh lagi berjauhan dgn anak..so xtahu mcm mn perasaan.tapi sy rasa mmg xblh kot..x sanggup wehhh....xjupe dia time keje pon dh rindu huhu

    ReplyDelete
  4. takde sape pon sanggup kak..dah ada anak ni rasa janggal sangat gi memana dorang takde lain la kalo gi keje..tu dah terpaksa takleh buat ape :(

    ReplyDelete
  5. susah nak berpisah walau kejap pun kan

    ReplyDelete
  6. wpun sy xde anak, tp jawapan dia still no... T.T

    ReplyDelete
  7. Hoho..Saya x sanggup..Cukup la dulu almost 10 bulan berpisah..Every week drive blk KB..kiki

    ReplyDelete
  8. Tak sanggup kak!! Abg pun x bagi sbb ainul nyusu badan. Jaga tgh malam x buka mata pun nganga mulut ja mntak susu.. Macam mana nak tinggal kak.. Ayah dia xpa..besa dah..selang 2,3 hari skli balik dari penang...
    Tp ke depan ni xtau la..kot2 dah dapat kja..paatu kna outstation kak..mmg akan fikir dan buat macam tips2 yg akak bagi..

    ReplyDelete
  9. hr tu hntr anak shari rumah mak mertua pon smpai xlena tdo...blk keja ja rs sunyi ja dia xda...klau hr2 jenuh

    ReplyDelete
  10. anak kecik lagi ke, anak dah besar berpisah tetap akan terasa...hati ibu lagi lah..lembut sangat tapi ayah pula simpan perasaan..lumrah

    ReplyDelete
  11. tengah kerja memang rindu sangat pada anak. lagi2 masa tengah pump susu. teringat sungguh!

    ReplyDelete
  12. Macam tak sanggup berjauhan dengan anak. Tak pernah cuba lagi tinggalkan anak lebih dari sehari..huhu..

    ReplyDelete
  13. Sy jwp soalan di atas.. jawapannya x snggup.. heee tggl pun sbb kerja.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !