Fuh fuh fuh... Kussss semangat... pagi-pagi subuh #ehhh sebelum subuh tadi tiba-tiba Samsung Galaxy Note 8.0 Farah buat hal... Dia kejong seketika buat setengah jam tanpa boleh buat apa-apa pun. Tutup tak berfungsi, selak-selak ("swipe") tak berfungsi... Hamboiiiii, kemain kamu yer? Semua tak nak... Cuak jap tau tak??? Ha ha ha, cuak cuak padan muka... Yelah pertama kali bukan, kedua kali bukan... agak-agak beberapa kali dah jadi macam ni. Dulu kalau jadi macam ni terus hantar "reformat"... Tak terfikir nak "troubleshoot" sendiri...
Ini dah jadi pukul 1.00 pagi lebih, kedai pun tak buka lagi dahhh dik non oiiii. Ha jawab-jawab nak buat macam mana? Takkan esok pagi-pagi nak lari pergi kedai "reformat"... Adehhh, kalau "reformat" tu pepaham jerlah... Terbang melayang RM 50.00 ke RM 80.00 tu dah pasti. Banyak data yang akan hilang tu satu hal yang tak menyanggup tu. Ada yang boleh "recover" akan "recover" balik, ada yang terus hilang pun yer... Hurmmm... habis tu macam mana ada alternatif lain tak?
Bha ha ha... gigih Google cara-cara atau kaedah "troubleshoot" tau tak... Ha waktu-waktu genting macam ni baru terfikir? Dulu sebelum-sebelum ni tak terfikir? Kisahnya...
Google punya Google... alahaiii mudah sangattt caranya...
Mula-mula, tekan butang "on,off" itu serentak dengan butang "volume"... Selepas itu, akan terpapar menu pilihan... bla bla bla... pilih menggunakan butang "volume" itu turun naik dan tekan butang "on,off" untuk pilihan. Pilih "reboot system now"... Tadaaaa.... balik kepada asal!!!
Huh??? Itu sahaja??? Ingatkan apa bendalah yang sampai RM 50.00 ke RM 80.00 tu. Oklah dia ambil jalan mudah, cuci semua yang ada kat dalam, selepas tu hidupkan balik. Data pun semua hilang. Tapi cara ni data pun tak hilang dan duit pun tak melayang. Bila dikenang-kenang balik... rugi jer bayar.... Tapi tak apalah itu semua dah berlalu dulu. Sekarang bergerak ke hadapan... jangan toleh belakang lagi... Selesai masalah... Muahahaha...
Lain kali kalau jadi... errr lain kali??? Gulppp... Buat jer macam ni... Tapikannn, kalau dah kerap sangat berlaku macam ni, macam meminta-minta jer ditukarkan kepada sesuatu yang lain? #ehhh ha ha ha... niat tu dah ada... larikkkk!!!
Samsung Memang suka bikin hati gundah bila di kala nak call dia "hang"
ReplyDeleteohhh baru tahu. saya pun selalau jadi macam ni.
ReplyDeletenasib ade jalan penyelesaiannya kan..kalau tak dah angkat phone baru :)
ReplyDeleteKlau HF lya pndai restart sndiri
ReplyDeleteEraz pernah format Tab sekali sebab kena virus.. Sib baik gambar semua dapat diselamatkan..
ReplyDeleteMmg itulah selalu buat kalaU hang..
ReplyDeleteAritu nad format rm30.. Tapi gmbr mmg hilangla..dh ade cara ni ok la..tkde duit melayanh
ReplyDelete