Sunyi suasana sekeliling hari ni... kawasan taman perumahan pun senyap jer... Jiran tetangga semua dah hilang dengan urusan masing-masing... Kami jer setia menjadi penunggu rumah di kawasan taman perumahan ni... Muahahaha... Al-maklumlah cuti panjang kan? Pasti masing-masing ada rancangan tersendiri... Ash dan Mummy, tak ada perancangan ke mana-mana melainkan berehat di rumah bersama serta menghabiskan waktu berkualiti bersama-sama... Bukan senang nak dapat "moments" macam ni sejak dah mula bekerja kembali pada awal Januari 2015. Jadi gunakanlah dengan sebaiknya.
Tetapi? Ha ha ha... ada tetapi di situ... esok lusa tidak ketahuan lagi... Mungkin akan ke sesuatu tempat juga... Mak dengan anak ni bukan boleh jangka... Tiba-tiba tup tup tup dah sampai ke sesuatu destinasi.. Ikut suka hati dan rasa... Yang pastinya selepas mendapat keizinan lah kan dari Abah Ash...
Hari ni jugalah rasa nak bercuti dari bersilat di dapur... Sekali sekala... bukan selalu kan? Setahun kurang 10 kali tu dah kira ok lah kan? Makanya kamu bersama-sama menuju ker Restoran Nasi Kandar Sempoi Asli Penang di kawasan TESCO yang berdekatan dengan rumah kami... Restoran tu baru dibuka, makanya kami ni merasmikanlah hari ni...
Rasa masakan memang terangkat dan menyelerakan... Ash makan banyak, dia kan memang penggemar nasi beriyani dan nasi hujan panas... Makanya, sangat gembiralah dia... Berselera sungguh makan tau tak... Sampaikan...
Bersandar sebegitu rupa sekali sewaktu mula-mula dimasukkan ke dalam kereta... Ada lagi...
Tengok tu perut Ash muncit!!! Ha ha ha... Ini sememangnya dah betul-betul kekenyangan ni... sampai dah nak angkat bendera putih dah ni... Nampak tertewasnya Ash di situ... Namun ibarat kata-kata biasa yang sering kita dengar...
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati... Sampai Mummy pun "overdose"... ha ha ha... sampai-sampai di rumah bukan setakat Ash dengan Mummy sekali tertewas... Terus tidur dia sesampainya di rumah... Ini Mummy pulak rasa macam nak lelap sama dengan Ash ni... ^_*... Tu dia penangan nasi kandaq weiii.... Ha ha ha....
Msti sdp Sgt ni smpai ash trgelak2
ReplyDeleteamboii sedap sangat lah tuu makan nasi kandar sampai tertido ^^
ReplyDeleteAsh comell >,<
ReplyDeleteAmboi Ash pun dh pandai makan nasi kandaq yer, bukan main lagi dia yek
ReplyDelete