Masih Terbayang, Trauma & Tidak Mampu Untuk Tidur...

Farah Waheda Wahid
12

Sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya tidak berbelah bahagi, tidak bertepi dan sehingga ke Jannah. Apa sahaja yang terjadi kepada anak tidak kira perkara itu besar ataupun kecil, tetap besar kesannya dan maknanya kepada seorang ibu. Jadi ibu yang sebenar dahulu dan kemudiannya pasti seorang wanita itu akan betul-betul merasa apa yang Farah nyatakan serta maksudkan. Farah tidak peduli apa tanggapan masyarakat sekeliling, apa kecaman mahupun sindiran. Yang penting adalah keselamatan serta kesihatan Ash. 

Labelkanlah segala jenis macam sekalipun perkataan... keluarkanlah apa sahaja bentuk kata-kata... Itu semua Farah tidak peduli... Yang penting, Farah lakukan apa yang betul dan apa yang terbaik. 

Rentetan dari peristiwa Ash 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Specialist Hospital, Shah Alam, jujur Farah katakan sehingga ke saat ini, Farah masih terbayang di hadapan mata bagaimana mata Ash naik ke atas dan tubuh Ash kekejangan. Allahuakbar... Ingatan dan bayangan itu seakan tidak boleh hilang dari hadapan mata. "And yesss indeed I am so the very traumatic even up till now!"... Kenyataannya, Farah tidak mampu untuk tidur walau sekelip sekalipun sehingga ke saat ini. Bimbang yang teramat dan risau yang teramat dan berdoa sangat-sangat pada Allah SWT agar jangan sekali-kali berulang apa yang berlaku. Farah sungguh tak sanggup!!! Itulah permata hati, itulah intan payung, itulah nyawa pada Farah. Ash adalah harta serta amanah yang paling berharga pada Farah. Dan dialah satu-satunya. Emosi? Iya, sememangnya sungguh-sungguh emosi pun!!! 

2 hari ini, berulang alik dalam jarak jauh... rumah ke KPJ, KPJ ke rumah, tanpa sebarang lelapan mata... berkejar serta berulang alik, makan entah ke mana semata-mata demi anak kesayangan yang ditahan di wad. Soalan dari Abah Ash... "You tak penat ke?"... Farah tolak semuanya ke tepi... Penat bukan ukuran kepada nyawa Ash. Biarlah penat, biarlah tak makan asalkan Ash baik-baik sahaja... "You all know how much I love Ash aren't you?"... Semua ibu pun sayangkan anak-anak... Tidak mengapa diri penat, tidak mengapa diri letih, tidak mengapa sungguh... Farah pun faham yang Abah Ash agak kegusaran dan risau di situ... 

Kata Abah Ash, perkara yang berlaku masih baru lagi, sebab tu kesannya sangat mendalam sampai begini sekali... Baru atau lama ia tetap akan terpahat dan memberi kesan sampai bila-bila... Perkara lain yang berlaku Farah boleh lupakan dan biarkan. Tetapi tidak sekali-kali berkenaan Ash... "Never!"... 

Semalam, suhu badan Ash turun kepada 36.6 darjah celcius, pagi tadi, naik semula kepada 37.8 darjah celcius. Iya, memang tidak terlalu tinggi, tetapi cukup untuk membuatkan Mummy fobia dan trauma. Moga-moga tak ada apa-apa...Tambahan lagi hati sangat berat hari ini terpaksa masuk ke pejabat seketika dan bergerak di tengah harinya... Ada kerja penting yang perlu diselesaikan dengan segera dan tidak boleh ditunggu. Hanya Farah yang boleh selesaikannya dan bukannya orang lain. Makanya, mahu ataupun tidak, Farah terpaksa juga dengan hati yang amat berat untuk menghadirkan diri seketika ke pejabat. Hati berat, tetapi terpaksa. Hurmm...semua ibu-ibu yang bekerja juga mengalami masalah ini kan sekali sekala?

Dah bertemu Abang Jess, cakap dari hati ke hati ko.. untuk nyatakan minggu ini Farah masih akan meneruskan tugas tetapi secara "on and off" pejabat dan hospital. Ada masanya bekerja di pejabat dan ada masanya dari hospital. Itu tidak menjadi masalah... "laptop" ada dan boleh dibawa ke mana-mana... Kerja secara fleksibel...cumanya yang melibatkan "internal system", Farah harus ada dan hadir ke pejabat seketika... Kalau boleh dibawa Ash itu, sudah semestinya Farah bawa... tetapi, adalah lebih baik dia tinggal seketika di hospital sementara Mummy bekerja seketika. Sekejap sahaja kerana Mummy akan kembali menemani dia di hospital. Kebanyakkan masa Farah, akan Farah pastikan pada waktu dan ketika ini bersama-sama Ash. Sementara, Farah perlu ada di pejabat seketika, biarlah doktor dan jururawat di sana memantau dan menjaga Ash. Kalau tanya kepada Farah, antara kerjaya dan anak, sudah semestinya Farah pilih anak. Tetapi kerjaya juga adalah tanggungjawab serta periuk nasi.

Menyusun atur segalanya sendiri dan cuba yang terbaik demi anak. Dilema biasa ibu-ibu yang bekerja di saat-saat terjadinya insiden sebegini yang melibatkan anak kan?

Memang betul kata orang, Farah kena jaga diri... In Shaa Allah, Farah cuba jaga diri dengan sebaik-baiknya... biarkan tidak makan, tidak tidur, berulang alik ke sana ke mari...tetapi Alhamdulillah, masih lagi mampu, masih lagi terdaya untuk berjalan tegak dan mata masih lagi mampu dibuka... Farah akan kuatkan diri juga demi Ash tidak kira apa pun... ^_^... Bukannya gebang lebih... tetapi berlakunya sebegini kerana ia melibatkan nyawa, anak... Naluri keibuan yang normal kan?

Hurmm... untuk Bubblynotes.Com pula...In Shaa Allah, Farah akan kongsikan segala entri-entri yang tertangguh yang perlu dilunaskan...Secara beransur-ansur dan perlahan-lahan juga Farah akan kembali kepada momentum yang sepatutnya serta menyelesaikan apa yang patut diselesaikan...Ini juga kerja, ini juga sumber rezeki kami anak beranak... In Shaa Allah...

Baiklah... dah puas bebel emo-emo...Muahahahaha... "Got to go for now..."... Nak selesaikan apa yang patut diselesaikan supaya cepat-cepat boleh berada di hospital kembali bersama Ash... *_^ ... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. moga ash cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. take care kak farah..get well soon Ash.

    ReplyDelete
  3. byk bersabar ye Farah...InshaaAllah Ash akan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. CN faham perasaan Farah sebab CN sendiri pernah mengalami bila Irfan susah nak bernafas dan kena pneumonia masa dalam pantang lagi ! mmg trauma smpaikan takmo berjauh dgn Irfan..sabar yer dear

    ReplyDelete
  5. Itulah naluri ibu yg tak boleh dinafikan
    Doa kakak dari jauh moga Farah diberi kekuatan utk menghadapinya.
    Cepat sembuhlah doa buat Ash.

    ReplyDelete
  6. Kasih ibu x pernh brbelah bagi, moga ash cpt sembuh insyallah

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar,moga ash cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. Akk faham situasi farah sbb dh byk kali sgt berlaku haru biru dibuatnya .

    ReplyDelete
  9. owhhh hurmmm sy blh faham betapa risaunya kita dgn keadaan anak2

    ReplyDelete
  10. sabar ye farah.. sangat faham bila kata trauma tu. kalau bab anak ni, perasaan risau, sedih, bersalah memang tak lepas kalau sesuatu terjadi kat anak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !