Boom boom cak! Bangun pagi gosok gigi... Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa semua. Yeehaaa... hari ni cuti lagi bersempena dengan sambutan Thaipusam. Ada yang sambut ke di kalangan pembaca-pembaca Bubblynotes.Com? Jika ada Selamat Menyambut Thaipusam. ^_^.
Haaaa... dah mandi belum? Ash dah mandi dah... Dah wangi-wangi dah ni. Tunggu Mummy bersiap ajer pulak! Ahaksss... Mummy nya sibuk pulak "update" blog yer tak? Biasa lettews Mummy Ash kan?
Phewww... sekarang ni lasak sungguh bila mandi. Mentang-mentang dah boleh berdiri sendiri dan bertatih kan? Bilik air ditawafnya. Dari masa mandi 10 minit boleh jadi 30 minit dah sekarang ni. Lepas tu, tak masuk lagi dia main paip air, duduk dalam besen "fefeeling" dalam kolam. Muahahaha... Kalau duduk dalam besen besar "fefeeling" dalam kolam tu lagilahhh.... Tak nak keluar dari bilik air tu. Dush dush... pengsannnn...
Tak adalah dibiarkan macam tu sahaja...Mummy pantau secara rapat dan masih pegang Ash juga... Apa-apa pun keselamatan mesti diutamakan yer tak?
Kes kanak-kanak lemas dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin.
Sedikit panduan keselamatan di bilik air untuk perkongsian bersama yang dipetik dari SINI...
1. Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang dan terseliuh disebabkan terjatuh.
2. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh terjatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 – 30 sentimeter.
3. Bayi dan kanak-kanak kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa anak kita bersama jika kita terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.
4. Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebabkan kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak.
5. Kanak-kanak harus dimandikan di dalam besen di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh.
Cara-cara memandikan anak, pastinya semua tau kan? Bagaimana hendak memandikan anak... Tapi kalau nak sedikit informasi tentang Cara Betul Memandikan Bayi... bolehlah juga baca di Bubblynotes.Com seperti yang dipautkan ini yer.
Makin besar, makin mencabar pula nak mandikan Ash... Ha ha ha... Kalau tak betul-betul, silap-silap haribulan... Mummy pun mandi lagi sekali sebab Ash suka sangat menyakat Mummy... Air dari getah paip dipancutnya ke Mummy... Lepas tu "giggling" seronok sebab dapat mandikan Mummy...
Bila dah pandai mandi sendiri, mesti rindu waktu dan saat ini kan? ^_*
kat teganu xamek cuti thaipusam.. keje ler arini.. huhu
ReplyDeleteSama la macam Zara, main air, no.1.. Hehe..
ReplyDeleteseronok sangat dia main air tu tak nak keluar. hehehe :P
ReplyDeleteBudak2 time mandi mesti dia excited kan? Takde beli pool main2 utk Ash ke sis? Hehe
ReplyDeleteWahh makin lasak ya ank mummy ni..kat Sabah x cuti huhu
ReplyDeletemmg knahati2kt bilik air...
ReplyDeleteWahh rindu anty kat Ash. Akk ada pengalaman adam ms kecik mandi kt bilik air. Siap kunci pintu dr dlm lg. Huhu nk gugur jantung.
ReplyDeleteBudak2 nampak air die suka..tu pasal kne jenguk die p mandi..
ReplyDelete