KuRebah Jua Akhirnya...

Farah Waheda Wahid
3
Amboi amboi amboi...tajuk sendu melankolik sangatttt tau...puitislah kononnya tu... Ahaksss... tapi pengisian tak adalah sendu melankolik pun... ^_^... Cerita tentang anak manja Mummy yang akhirnya mengalah kalah dengan pujukan serta rayuan mata dan badan yang letih setelah bertawaf satu Sunway Pyramid semalam.

Letih tengok orang, letih teman Mummy "window shopping", letih bermain, letih berkawan... letih duduk dalam "stroller", letih kena gomol dengan Abah... macam-macam letihlah yang ada pada dia tu. 

Jika sepanjang perjalanan ke Sunway Pyramid, Mummy ada teman berborak walaupun dia bercakap di dalam bahasa Jerman ataupun Korea ataupun Thailand dia tu, ada teman menyanyi bersama-sama, teman bergurau segala bagai... tetapi berlainan pula dengan perjalanan balik... Mummy kesepian pula bila dalam perjalanan balik... Ha ha ha... 


Tu dia.... nalaaaa punya tidur... sambil botol susu masih di mulut dan memeluk bantal kesayangan dia yang memang simpan di dalam kereta... bantal "papam" terlupa pula Mummy nak bawa bersama-sama... 

Masuk jer kereta, keluar dari kawasan tempat letak kereta, dia minta susu dari Farah... Yang Mummy pula, sebelah tangan pegang "stereng" , sebelah lagi tepuk-tepuk peha dia dengan lembut... nampak macam dah nak tewas sangat dah tu... Tepuk 2 3 kali... saja kerling... lorrrr... dah begini rupa gayanya...  


Tidurrrr.... ha ha ha... terus tutup radio dan kemudiannya berhenti di tepi jalan seketika. Buat apa? Seperti yang boleh dilihat pada gambar yang di atas, Farah rebahkan kerusi penumpang tu supaya dalam keadaan berbaring. Beri Ash keselesaan dan juga sebagai langkah keselamatan. Langkah keselamatan??? Kenapa? Apa maksud Farah?

Kalau ada yang pernah terbaca entri Farah yang satu ni, pasti ingat sebab apa...


Bukan apa... perjalanan kami berdua beranak ni jauh oiiii... Bukan dekat-dekat... Tak salah rasanya beringat kot? Sedikit petikan daripada entri yang Farah pautkan di atas... 

"The study reviewed 9 infants who suffered life threatening breathing problems while strapped into a car seat they were left asleep outside the car. 

The babies had their heads bent forward while they slept and that restricted their airways.

Janet Brooks with Primary Children's Hospital says the warning about letting babies sleep for long periods of time in car seats is not new, but an important reminder.

Janet Brooks, Child Advocacy Manager, Primary Children's Hospital: Leaving kids in a car seat too long. If you take them out of car, take them into the house. They sleep in it, they nap in it. These are all issues, not only for airways but for curvature of the spine, flatness on the back of the head; these are all issues we look at.

While it's not safe to let babies sleep for a long time in the car seat out of the car, we want to make it clear while in a car, it's a different story. There is no question that infant car seats save lives and researchers say may reduce car accident injuries by as much as 90%".

Memang faham sangat apa yang dimaksudkan, jika anak tidur dalam "car seat" di dalam tempoh yang lama selepas tu bila dah sampai destinasi, anak yang tidur di "car seat" dibawa bersama-sama "car seat" keluar dari kereta... ianya akan membahayakan nyawa anak tersebut. Tetapi yang Farah "concern" adalah perkataan-perkataan yang digariskan kuning. 

Bagi Farah, tak kisahlah sama ada luar kereta ke dalam kereta ke... Farah lebih rasa tenteram sekiranya "car seat" Ash direbahkan begitu seperti dalam keadaan berbaring jika dia tidur semasa di dalam perjalanan. 

Tak apalah biarlah orang nak label Farah sebagai risau tak bertempat dan tak relevan. Apa sahaja yang berkaitan dengan anak... Farah akan ambil serius. Biar secoet pun. Hu hu hu... Lagipun bukan ada sesiapa lagi pun dalam kereta tu... Kami berdua beranak jer kan? 

Itulah cara Farah di dalam langkah keselamatan bila Ash tidur di dalam kereta. Memang bila setiap kali dia tidur, macam tulah yang Farah lakukan, rebahkan kerusi penumpang dan biarkan dia selesa tidur berbaring begitu sampai ke destinasi atau selama mana dia tidur sepanjang perjalanan... 

Sampai ke rumah dia tidur ko... Mengantuk sangat dah tu....Bunyj bising pung pang pung pang pun dia tak terjaga walaupun kebiasaannya dia adalah seorang yang bertelingah lintah... ekekekeke

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !