Pertama sekali sebelum apa-apa, secara berselorohnya tetapi serius... Gambar di kad nama rasmi Bubblynotes.Com di atas itu sila abaikan... Gambar lama tu sewaktu hamilkan Ash... ^_^... Dan keduanya... kad nama rasmi baru Bubblynotes.Com sedang di dalam proses penambahbaikkan dan bakal dicetak tidak lama lagi dengan penjenamaan baru serta seharusnya penambahan logo Kelab Blogger Ben Ashaari kerana di situlah Farah berada sekarang bersama ahli-ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain.
Baiklah sepertimana yang dapat dilihat atau dibaca daripada tajuk entri di atas, Farah sememangnya adalah seorang blogger yang tidak hanya menulis kerana mengisi masa lapang. Blog adalah salah satu sumber lapangan kerjaya separuh masa Farah yang telah Farah usahakan sejak 3 tahun yang lalu. Sebelum itu, Farah hanya menulis tanpa meletakkan blog sebagai kerjaya separuh masa. Tetapi semakin lama, Farah semakin serius membabitkan diri di dalam dunia blog biarpun tidak sehebat blogger-blogger yang mempunyai nama-nama besar di luar sana.
Apa yang Farah ingin kongsikan adalah secara umum dan sekadar peekongsian untuk memaklumkan apakah jenis perkhidmatan pengiklanan yang ditawarkan atau pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan di Bubblynotes.Com.
Pengiklanan "Banner" di Bubblynotes.Com
Sepertimana yang dilihat di bawah "header" blog Bubblynotes.Com, Farah menawarkan penyewaan ruangan iklan bagi "banner" yang bersaiz 728 X 90.
"Advertorial / Reviews Blogpost"
Farah juga menawarkan khidmat "advertorial / reviews blogpost" yang mana ianya tidak terhad kepada produk-produk kecantikkan semata-mata tetapi juga boleh merangkumi "travel and accomodations", makanan, gaya hidup dan lain-lain yang bersesuaian. Ini termasuklah "event coverage / press release" dan sebagainya yang berkaitan.
"Media Shout Out"
Farah menawarkan perkhidmatan "media shout out" di Facebook, Instagram serta Twitter. Kesemua "media shout out" adalah di dalam "mode public" dan bukannya terhad kepada golongan tertentu ataupun "private". "Media Shout Out" ini ditawarkan secara individu juga berkumpulan. Kalau nak tau tentang berkumpulan tu sila tanya Farah dengan lebih lanjut yer?
Itu secara pecahannya dan sebenarnya ianya boleh digabungkan di bawah pakej-pakej "mix and match" yang tertentu. Pilihan adalah terletak di tangan para pengiklan. Sama ada 1, 1+1 ataupun 1+1+1. Untuk rujukan antara pengiklanan yang pernah dilakukan oleh pihak Farah dan juga Bubblynotes.Com, anda boleh merujuk kepada Advertorials & Reviews, My Commercial Shots dan juga Instagram milik Farah di farahwaheda.
Sekiranya, ada di antara yang membaca Bubblynotes.Com yang berminat, bolehlah hubungi Farah secara terus dengan mengisi borang di laman Contact Me yang mana selepas borang tersebut lengkap diisikan ianya akan terus dihantar ke e-mel Farah dan Farah akan meneruskan perbincangan lanjut dengan pihak pengiklan melalui e-mel setelah itu. Di dalam perbincangan tersebut, Farah akan bincangkan mengenai harga pakej pengiklanan yang ditawarkan serta akan memberikan maklumat lengkap mengenai Bubblynotes.Com melalui "media kit" yang boleh menjadi rujukan para pengiklan.
Sekian, terima kasih. ^_^
kad kak Farah warna pink sama macam nani. hehehe ^^
ReplyDeleteterbaiklah farah!! u go girl.. :)
ReplyDeleteCantik kad baru akak..;)
ReplyDeletekad baru comel sokmo
ReplyDeleteterbaik dari bubblynotes :)
ReplyDeleteMoga maju jaya kak farah... Makin busy dh skrg ni...
ReplyDeleteKalau nak pinjam Ash kira camner? kikikiki!
ReplyDeleteAll the best kakak! I knew you'll give the best service to your clients!~
Moga farah makin berjaya!
ReplyDelete