Melainkan jika Ash dah berusia 3 - 4 tahun, itu mungkin Farah akan tegaskan (tegaskan bukan marah pukul atau menengking)... yang mana perbuatan Ash itu salah. Beri dia faham, agar kesilapan yang sama tidak akan berulang semula kembali.
Memarahi anak secara mendadak, tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang akan mendorong anak menjadi kebal hukuman atau jadi lali. Bila dah selalu sangat kena marah atau dihukum, dia tidak lagi takut terkena herdikan, cubitan atau bahkan pukulan yang paling keras sekalipun...
Boleh marah anak tetapi bukan dengan cara menuruti emosi kita... Menurut satu artikel yang Farah pernah baca di SINI...Ada cara bijak untuk memarahi anak...
Cara Bijak Memarahi Anak
Bahagian 1
Kadang-kala kita harus memarahi anak, tetapi ini bukan bermaksud kita perlu meninggalkan kelembutan, sebab memarahi dan sikap lemah-lembut bukanlah dua hal yang bertentangan.
Kita selalunya tidak mampu meredakan emosi tatkala berdepan perilaku anak yang kurang sopan atau kurang kita senangi. Kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahan tetapi kerana ingin meluahkan rasa marah.
Memang bukan mudah untuk menahan tatkala berhadapan situasi ini, namun kita PERLU TERUS MENERUS BELAJAR MEREDAKAN EMOSI saat menghadapi anak, terutama semasa menghadapi perilaku mereka yang membuat kita ingin berteriak dan membesarkan suara. Jika kita tidak berjaya menahan emosi itu, teguran kita tidak akan efektif. Bahkan anak kita akan semakin menunjukkan "kenakalannya"..Betul tak?
Walau sesulit mana dan masih sering gagal untuk menahannya...kita perlu berusaha untuk MENENANGKAN EMOSI saat menghadapi anak sebelum menegur mereka, SEBELUM kita MEMARAHI mereka..
Bahagian 2:
Ajarkan kepada mereka konsekuensi (akibat/kesan), bukan ancaman.
Anak-anak belajar dari kita. Mereka suka mengancam kerana kita sering mengancam. Mereka melihat bahawa dengan cara mengancam, apa yang diinginkannya dapat tercapai.. Dari kita, mereka juga belajar meluahkan kemarahannya untuk menunjukkan "kenakalannya". Namun begitu ada juga banyak faktor luar seperti rakan sebaya yang mempengaruhi yang boleh mengubah tingkahlaku anak.
Cara ancaman pada anak seringkali tidak menghasilkan perubahan yang baik. Ancaman tidak banyak memberi manfaat untuk menghentikan kenakalan anak atau perilaku yang membuatkan sejuk mata memandangnya.
Sebaliknya ancaman akan membuatkan anak merasa ibu bapanya tidak menyayangi mereka ketika kita menenking atau menjeritkan ancaman di telinga mereka. Kita asyik memberi ancaman kepada mereka kita sering lupa menunjukkan apa yang seharusnya dilakukan oleh anak... "Adik jangan kacau abang nak buat kerja sekolah"
"Jangan melompat nanti tumpaaaahh!!!Kan abah tariiiiiiiikk telinga ni"
Apa yang sepatutnya kita lakukan?
1. Pegang pada prinsip adalah buruk menghukum tanpa memberikan penjelasan (qubhunal 'iqab bila bayan). Berbual dan bercerita tentang peraturan/adab, semasa duduk bersama dengan anak-anak dalam SUASANA YANG MESRA.
2. Dalam anak hendak mematuhi peraturan/adab kita boleh berkerjasama dengan anak-anak. Contohnya minta anak agar tenang ketika ada tetamu, jika anak meninginkan sesuatu hendaklah dia sampaikan kepada ibu bapanya dengan baik-baik dan bersabar apabila permintaan anak belum dipenuhi.
Kita boleh menceritakan pada anak tentang akibat/kesan apa yang akan berlaku apabila anak-anak mengamuk semasa ada tetamu. Ini disampaikan dengan nada yang sangat mesra dan rapat. Bukan secara nada ancaman.
Bila anak melakukan hal negatif yang sangat mengganggu, ibubapa boleh mengingatkan kembali anak tentang peraturan dan sekali lagi dalam nada yang bukan ancaman. Ibu bapa perlu berusaha untuk konsisten melakukan ini...walaupun ia sangaaaaaat susah.
Di sinilah sangat sukar...kita seringkali mudah hilang kawalan emosi. Kita lebih mudah meninggikan suara / menjerit dan sewaktu dengannya saat marah, tetapi LUPA untu KONSISTEN...
Astagfirullahal a'zim....
Bahagian 3:
"Kan Mummy dah cakap banyak kali"
Tingkahlaku yang kurang sopan atau kurang disenangi mudah diingat, lebih membekas dan cenderung menggerakkan kita segera bertindak. Sebaliknya tingkahlaku positif cenderung untuk kita kurang memberi komen/balasan, kecuali jika tingkahlaku tersebut benar-benar mengesankan kita...Kita mudah ingat tingkahlaku negatif anak, sementara anak mungkin tidak boleh melupakan tindakan kita yang menyakitkan hatinya...
Salah satu kebiasaan umum kita yang menyakitkan hati anak sehingga melemahkan jati dirinya adalah ungkapan,"Kan Mummy dah cakap banyak kali, tapi kamu tak nak dengar! Degil!"
Ungkapan ini memang berkesan untuk membuatkan anak duduk diam. Tetapi dia diam kerana harga dirinya jatuh,bukan kerana menyedari kesalahan.
Jika ini sering terjadi, anak akan memiliki jati diri yang buruk. Kesan seterusnya, konsep diri dan harga diri (self esteem) anak akan lemah. Anak belajar memandang dirinya secara negatif, sehingga lupa dengan kebaikan dan kehebatan yang dia miliki...
Begitu juga kesan pada kita, semakin sering kita berkata seperti itu kepada anak, kita akan semakin mudah bereaksi secara impulsif. Kita telah menanam dalam separa minda kita bahawa anak-anak kita memang degil dan susah nak dengar cakap dan dinasihati.
Jom kita sama-sama bermula dari saat ini kita "DELETE" ungkapan seperti...
"Tu lah kan abah dah pesan, degil..."
"Padan muka"
"Rasakan"
"Kan Mummy dah cakap banyak kali, nakal sangat..." dan sewaktu dengannya...
Kuatkan TEKAD untuk berkata yang lebih positif..
"Bertuahnya anak ni..."
"Solehnya anak ni..."
"Hebatnya anak ni..."
Barang yang musnah, barang yang rosak boleh diganti... anak itu tiada galang gantinya... Yang penting keselamatan anak.. Kalau melibatkan keselamatan anak, memang harus kena marah supaya dia sedar perkara itu adalah satu kesalahan yang membahayakan dirinya. Tapi sekiranya perkara-perkara yang boleh ditimbal balik... Kenalah fikir-fikirkan cara terbaik untuk mendidik anak.
Tapi netbook tu...........
ReplyDeleteAlahai Ash...xpelah mommy, hilang netbook boleh beli lagi ;p
ReplyDeletenak marahkan anak2 mmg ada caranya..yg penting, kena banyak SABARRRR huhu
X pela bukan mslh bsr pun kan sis, brg blh d bli kan
ReplyDeleteMarah tidak semestinya meninggikan suara.... Untung Ash dapat Mummy berjiwa lembut dan "marah" secara disiplin... iolsss tak merasa... hahaha
ReplyDeletexpelah....rezeki mummy nk beli yg baru..hehheh
ReplyDeletetak elok kan marah anak ni ^^
ReplyDeletenasihat yg bgus dan klau ada ank2 kecil mmng akn ada berlaku camni kan. pengalaman tgk handset & tv abg sy pecah berderai dbuat anaknya. haha sabar jealh
ReplyDeletehehehehehehe sy pun pernah kena ;p
ReplyDeletetips bagus farah. Terbaikkkk...TERBAIKKKK...
ReplyDelete