Hasil Tangkapan Laut Dari Pasar Pasir Penambang...

Farah Waheda Wahid
4

Hujung minggu sememangnya waktu stok semula barang-barang basahan di dalam peti ais. Ada orang tak suka beli stok untuk seminggu atau 2 minggu, katanya nanti tak segar dan tak manis rasanya. Ada orang memang jenis menyimpan stok barang-barang basahan secara mingguan macam Farah. Terpulang pada pandangan mading-masing. Dahulunya Farah pernah juga berkongsi cerita tentang stok barang basahan ini di dalam entri: 


Setakat pada ini, Farah belum pernah lagi mengalami masalah kesegaran bahan-bahan basah yang Farah simpan di dalam stok mingguan. Sebenarnya kan lah, bagi Farah, kalau betul cara penyimpanannya, maka kesegarannya tidak akan hilang. Teorinya ringkas sahaja... mana kita tahu kalau kita membeli barangan basah untuk dimasak itu di kedai adalah betul-betul segar? Walaupun pada hakikatnya kita diberitahu oleh pekedai, barangan basah itu adalah yang baru sampai hari ini? Kadang-kadang ikan semalam atau 2 hari lepas pun dikatakan ikan hari ini. Tetapi bila melihatkan insang yang dah lebam pun, kita tahu yang ikan itu adalah ikan yang sudah lama! Jangan main percaya dan jangan main beli yer? Nanti diri sendiri tertipu jangan nak salahkan orang lain pulak... Lebih kepada peringatan diri sendiri... belajar-belajarlah untuk tidak menunding jari pada orang lain dan belajar-belajarlah menerima kesalahan diri sendiri... Hidup kita ni tak bermakna kita sentisa di pihak yang betul ye tak? Walaupun kita berada di situasi yang mana kita ditipu oleh peniaga bahawa ikan itu adalah ikan yang segar... Buat "post-mortem" pada diri sendiri sama ada kita dah periksa sendiri sebelum main beli jer atau tidak? Macam tulah lebih kurang...

Nak beli barang basah pun ada ilmu pengetahuan yang perlu diketahui bukannya main beli sahaja. Semua dalam aspek kehidupan ni ada ilmu pengetahuan yang perlu diketahui serta dipelajari tak banyak sedikit. Itu yang Farah belajar dari kehidupan ini. Semua aspek kehidupan itu ada ilmunya... 

Kenapa perlu simpan stok barang basah dan kenapa Farah tidak membeli secara harian? Salah satu dari sebabnya kekangan masa. Manalah ada kesempatan masa di hari bekerja untuk Farah yang dah keluar dari rumah seawal sesudah Subuh ni serta pulang petang? Kalau singgah kedai pun hasilnya kurang semengah... Agak mengecewakan... Yang tinggalnya "leftover" yang dah tak berapa cantik. 

Ada juga yang mempersoalkan, sama ada segar atau tidak, hasil masakannya sama... rasanya sama dan masuk ke perut juga. Janji dapat makan. Iya memang betul... syukur Alhamdulillah masih ada makanan yang dapat dimakan, dan masih dapat memasak. Tetapi bagi Farah rasanya tidak sama. Rasa segar dan kurang segar itu lain. Ho ho ho, mak aiii, cerewet betul Farah tentang makanan kan? Hu hu hu... nak jamu ahli keluarga haruslah segalanya tip top kaedahnya. 

Kekangan masa dan pengurusan masa itulah yang mengakibatkan Farah lebih suka simpan stok barang basah dari membeli secara harian. Sekurang-kurangnya bila nak memasak dah siap sedia bahan-bahan yang dikehendaki untuk memasak. Apa yang perlu difikirkan adalah menu apa yang patut diolah dari barangan yang ada. Macam tulah. Tak nak tambah sakit kepala memikirkan nak beli barang basah apa dan disebabkan nak masak apa. Yang perlu adalah olah apa sahaja yang berada di dalam peti sejuk beku. Selesai masalah. Lebih-lebih lagi bila Ash pun memang makan nasi dan berlauk. Bukan setakat menu dewasa sahaja yamg nak difikirkan tau... menu si cilik pun kenalah difikirkan juga. Sedap di tekak kita tidak semestinya selera atau sesuai pada si anak yer tak? Nanti kita sedap-sedap menjamu selera anak pula tidak merasai kepuasan untuk makan. Salah satu faktor yang kadang-kadang mengakibatkan anak kurang selera makan atau tidak mahu makan. Boleh jadi kan? 

Tempat pilihan Farah untuk membeli stok mingguan barang-barang basah adalah Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor. Waktu yang Farah pergi adalah sama ada pada waktu pagi-pagi ataupun selepas pukul 2 petang sewaktu hasil tangkapan baru naik dari laut. Memang diakui pada waktu ini kita boleh melihat ikan masih menggelitik kerana baru naik ke darat dan ketam masih lagi hidup. Nak membeli pun rasa suka. He he he. Manisnya terasa bila dimasak. Dan harga pun lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Langkah penjimatan kaedahnya. 

Dah simpan seminggu segar lagi? Macam Farah katakan, ada kaedahnya untuk menyimpan. Kalau kena gayanya, memang segar. 

Murah? Bagaimana harga petrol ke sana? Hurmm... mungkin bagi Farah kurang masalah itu sebab destinasi tidaklah berapa jauh. Bagi yang lain-lain mungkin masih ada lokasi barang-barang segar yang lain kan? Takkanlah Pasar Pasir Penambang ni satu jer kan? Berfikirlah secara positif yer kawan-kawan? 

Ini cuma salah satu cadangan lokasi pembelian barang-barang basah segar... Tetapi kalau nak pergi pun tak ada salahnya kerana harga petrol RON95 dan Diesel turun lagi kan? ^_^... Kalau pergi berjalan boleh habiskan dan isikan petrol, setakat Pasir Penambang ni apalah sangat kan? Errr... "just saying"... Kalau yang betul-betul jauh tu, macam Farah nyatakan tadi, pasti ada lokasi alternatif lain.

Apapun Farah tetap suka membeli di sini. Pasarnya pun bersih. Selamat berhujung minggu! 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh banyak kak farah membeli lauk tuu :)

    ReplyDelete
  2. Suka gak makan yang segar bugar nie farah.tapi tulah masa nak beli tu jarang ada..hihi..ambil jalan mudah sahaja...beli yang berais..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !