![]() |
Sumber dari Google |
2 hari yang lepas pihak Tenaga Nasional Berhad ada hantar notis pemberitahuan di rumah yang menyatakan bahawa akan berlaku gangguan elektrik di kawasan taman perumahan Farah pada hari ini iaitu Sabtu, 7 Februari 2015 bermula dari pukul 10.00 pagi ini sehinggalah ke 8.00 malam hari ini juga... Phewwww... lama gila... Untuk dan atas sebab apa Farah tak berapa nak "recall" pula...Muahahahaa...Banyak lagi perkara lain yang perlu diingatkan sebenarnya... tu yang tak berapa nak ingat sangat tu...
Mana hala tuju dan mana nak pergi ni...bila elektrik tak ada ni, memang apa pun tak boleh nak buat... hurmm...oh ya, tengah-tengah menaip ni elok-eloklah bawa-bawa caj "semakphone" dan juga "powerbank" kasi penuh-penuh yer? Ha ha ha, mana mungkin seorang blogger hidup tanpa gajet? Mau mati kutu jadinya nanti...Itu satu hal, makanya kena menggunakan segala gajet dengan penuh berhemah semasa tempoh gangguan bekalan elektrik ini berlangsung. Ha ha ha...
Itu satu hal... anak manja Mummy ni pun satu hal juga...Dia mana boleh kalau kurang air-cond... kurang kipas... hurmm... pelik pun ada juga...kalau setakat pasang kipas sahaja mulalah dia meragam tak selesa, selepas itu berpeluh-peluh macam orang angkat besi di gimnasium rupa parasnya... Tak tahan panas betul... Macam mana ni? Ha ha ha... Nak kena bawa berjalan dan beriadah sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik tu ke? Tak cukup tidur pun boleh jadi hal Ash ni...Biasalah kanak-kanak kan? Bila tak cukup tidur mulalah meragam...Kalau dah berjalan dan beriadah tu, bila tiba masa nak tidur rasanya ok kot? Sebab mata Ash akan segar bugar seadanya...Boleh tahan mata dia tu...Kalau kat rumah memang meragam...Amboiiii, nak berjalan ajer kerjanya yer? Ha ha ha...
Tengoklah macam mana keputusan Abah Ash nanti...sama ada bawa dia berjalan ataupun duduk di rumah sahaja... Kalau apa pun, Mummy akan pujuk Abah juga kan Ash kan? Ha ha ha...mohon simpati lettew nak bawa Ash berjalan ke sana ke mari sendiri kalau Abah sibuk dan keadaan tidak mengizinkan. Biasalah Abah memang sibuk sikit dan terdapat kekangan masa untuk Abah... Kami pun faham...#ehhh...Mummy pun faham... Mummy kan "understanding" orang...Dah faham sangat-sangat dah...Faham sangat-sangat...Ha ha ha... Tapi Mummy ok jer... Tak ada apa pun... Kalau Abah tak dapat bawa, Mummy pun boleh bawa... Biasalah tu, bukan masalah besar... masalah kecil jer pun... Ekekekeke... Jujur...memang bukan masalah besar pun...
Harap-harapnya nanti bila berlaku gangguan bekalan elektrik sementara, tidaklah terjadi insiden meragam-ragam ni yer Ash... Errrrr...masak lauk masih boleh lagi kerana gunakan dapur gas kan? Masak nasi? Tak boleh pakai periuk nasi...Makanya kena tanak nasi atas dapur gaslah nampak gayanya...Tak pun apa kata tak perlu menu nasi hari ini, kita makan mee ke? beehoon ke? Ok jugak kan?
Sampai 8.00 malam tu harap dikota seperti yang dikatalah... Kalau gelap, terpaksa "candlelight" pula kami anak beranak...Ha ha ha, romantik gittchews... "Candlelight" tu tak apa, cuma harapnya anak manja Mummy tak menangis ketakutanlah sebab terlalu gelap... Muahahaha...
Semoga dipemudahkan urusan farah...seronok tu ash bawak berjalan harini...ambil udara segar di taman...^_^
ReplyDeletejom g jalan-jalan :D
ReplyDeleteAmboi ash..over plak kamu eh...x leh panas langsung....ptg pi la shopping mall dik..pujuk je abahnya tu...
ReplyDeleteamboii ashh. tak boleh ye tak dek aircond. heheh
ReplyDeletekalau kat rumah saya ni tak de elktrik semua mati kutu..tak tau nak buat apa...selalunya kami main kad je...jarang elektrik tak de..setahun sekali dua je la..kalau siang ok lagi..tapi kalau malam..erm..nyamuk banyak la..
ReplyDeleteApe lagi Ash ... Tido dlm kete ler leh pasang aircond ... Huhuhu ...
ReplyDeleteApa mummy dan ash buat masa takde letrik semalam?
ReplyDeletekalau takde letrik siang memang keluar rumah lah pergi mall ke..kalau malam tu kena hadap je la main lilin..huhu..tapi bab panas tu yg tak tahannya kan..
ReplyDeleteMmg mncabar xde letrik kllau de anak kecil ni..
ReplyDelete