Dia Yang Pandai Mencuri Hati...

Farah Waheda Wahid
4

Selalunya Farah memang akan "melting" ataupun dalam bahasa mudahnya cair dengan beberapa aksi atau perilaku Ash terhadap Farah. Walaupun, masih berusia 1 tahun 3 bulan, masih kecil untuk mengerti makna kehidupan... tetapi dia seakan faham serta merasakan "chemistry" itu di antara kami. Anak... tentulah mencari ibunya kan? Dan anak tentulah tahu ibunya kan? 

Apakah perkara-perkara yang membuatkan Farah cair dengan Ash dan apakah yang menyebabkan bila ianya berlaku, Farah rasakan seolah-olah bergenang air mata ini dan cepat-cepat peluk dan cium dia erat-erat? 

Bila Minum dan Makan
Sekiranya Ash sedang memegang sesuatu makanan atau minuman, Ash tidak pernah lupa cuba untuk menyuap Farah dan menyuakan minuman kepada Farah. Setiap kali begitulah... lagak dan gayanya seolah-olah ingin berkongsi apa yang dia ada di tangan bersama Mummy dia. Ha ha ha, bagus-bagus... ni maknanya ketika dia menikmati sesuatu dia tak lupakan Mummy. Harap "sense" ini tidak berubah dan akan kekal sehingga bila-bila. 

Bila Tidur Malam
Ash pasti akan cari Mummy... errr dan jadikan Mummy bantal peluk dia. Muahahaha... taulah badan Mummy ni "chubby" yer tak... Sedap peluk kaedahnya tu... Hurmm, sebab tu tak dapat nak bayangkam kalau-kalau Mummy terpaksa "travel" ke sesuatu destinasi atas urusan kerja dan tidur tanpa Ash di sisi. Setakat ini belum pernah semalam pun tidur tanpa Ash. Hishh... tal dapat bayangkan kalau terpaksa pergi ke sesuatu tempat dan tidur malam tanpa Ash. 

Bila Pulang Dari Pejabat atau Mana-Mana, Bila Mummy Marah/Tegur
Dia akan laju-laju dapatkan Mummy dan terhuyung hayang bangun, peluk Mummy dan cium pipi Mummy... Alahaiii, manisnya perasaan itu... 

Bila Mummy Bergenang Air Mata atau Sedang Marah atau Sedang Sedih atau Susah Hati
Ini sesungguhnya magis sentuhannya... Farah tidak pernah mengekspresikan diri sedih, serabut atau marah kepada sesuatu di hadapan Ash. Di hadapan Ash, Farah bereaksi seperti buasa, ceria dan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi, sudah banyak kali berlaku keadaan ini, dan setiap kali itu, Ash secara spontan akan mengusap-usap pipi Farah dengan perlahan dengan jari jemari comel itu, dan kemudiannya cium pipi Fafah, mulut Farah berulang-ulang kali... Oh anak!!! Kenapa kamu begitu "sweet" sekali? Ha ha ha, ada tokoh jadi lelaki yang sungguh romantik, "caring and loving" ni Ash ni... Untunglah sesiapa yang bakal jadi menantu "I is"... Ahakss... cepat-cepat isi borang ok? ^_*... ekekeke...

Setakat ini, itulah yang paling terkesan di hati Farah... "Uolss" semua pun pasti ada tingkahlaku anak-anak yang membuatkan "uolss" rasa apa yang Farah rasa dan ekspresi di dalam entri ini. Pasti ada... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    tomeinya

    ReplyDelete
  2. Nak cop buat menantu. hahaha :P sweet sangat budak ash ni rupanyaaa

    ReplyDelete
  3. alahai... comey je ash nmpk gg putih mcm momy dia hihi.. morning farah !

    ReplyDelete
  4. memang anak anak ni permata..sama la, tak pernah lagi la dia tidur tanpa ibu disisi..maklumler,breastfeed..maunya melalak kalau tak dapat botol susu cap gantung ni..kuikui

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !