"Body Cutting" Abah???

Farah Waheda Wahid
9

Memandangkan Abah Ash memfailkan aduan bahawasanya Mummy asyik cerita tentang Ash dan Mummy sahaja di Bubblynotes.Com... #ehhh... gurau-gurau... Abah Ash cakap sahaja... ekekekeke... Tak failkan aduan pun... cakap ok cakap... tapi Mummy fahamlah maksud Abah tu... Ok ok... kita ceritalah sekala sekala tentang Ash dan Abah... Boleh yer? Ash juga punya Abah. ^_^... 

Rata-rata kebanyakkan orang akan melabelkan Ash mempunyai rupa paras, bentuk muka dan juga mata seperti Mummy. Tetapi disebabkan ramai yang jarang melihat Abah Ash muncul di Bubblynotes.Com, Facebook Farah, Instagram mahupun Twitter milik Farah... makanya ramai yang tidak tahu apakah yang Ash ikut dari Abah Ash. Hurmmm... 

Beberapa orang kenalan rapat serta Nek Ma Ash sendiri mengakui bahawa Ash mempunyai susuk tubuh atau "body cutting" mengikut Abah Ash. Bila diperhati-perhatikan semula, bila ditenung-tenung semula, mungkin ada kebenarannya di situ. Kenapa? Sebab Ash orangnya bukanlah rendang dan tembun seperti Mummy... Muahahaha... Ash orangnya yang "maintain" dekat situ jer susuk tubuh atau "body cutting" dia walaupun minum susu sebanyak mana pun ataupun makan sebanyak atau sekuat mana pun. 

Farah boleh kategorikan Ash jatuh di dalam kategori-kategori yang berada di kalangan yang boleh dikatakan badan sedang-sedang dan tinggi. Di usia setahun 2 bulan... ketinggian Ash telah mencecah... 


Sikit lagiiii.... sikiiiit sangat lagi seumpama 1 ruas jari kelingking... kan bila kita lihat jari kita ada 3 garisan kan? Yang membahagikan jari kepada 3 bahagian? Ha satu bahagian dari hujung jari sampai ke garisan yang pertama itulah ketinggian Ash dengan meja makan kami... Ha ha ha... begitu sekali nak membayangkan kan??? Itupun baru terperasan semalam bila Ash sibuk berdiri dan bermain di bawah meja makan tu. Phewwww.... nasib baik tak terhantuk kepala pada meja tu... Berpeluh-peluh Mummy pantau ok? Keaktifannya ya ampunnnn.... Biasalah anak lelaki kan??? 

Itupun bila Nek Ma Ash tegur... " Tingginya anak ko dik? Sikit lagi dah nak sama tinggi dengan meja makan tu..."... Iya... Hu hu hu... Nak jawab apa? Senyum jerlah... Nek Ma Ash sambung lagi... " Ke ikut Abah ni Ash?"... Lepas tu mulut dia pun becoklah sebut "Babah... babah..."... sambil pandang ke pintu... Hu hu hu... Kekonon cari Abah dialah tu... 

Disebabkan ketinggian itu... dengan jayanya dia telah berjaya menguasai permainan baru bagi dia yang sangat sedang aktif itu... iaitu... 


"Port" kegemaran terbaru Ash... panjat memanjat sofa yang entah dari mana datangnya kepandaian itu... Datang sendirilah kan? Ha ha ha... Nama pun sel-sel otak sedang berkembang dan Ash di dalam fasa bereksplorasi itu ini. Perkembangan normal kanak-kanak di usia begini... Sangat mudah bagi dia untuk memanjat naik ke sofa dan sangat mudah bagi dia untuk turun. Sengaja Farah tidak letakkan meja kopi di situ... sebab bahaya! Itu pun panjat turun panjat turun sofa tu pun Farah dah cuak... Memang sekarang ni tak boleh lepa dan tak boleh dibiarkan sendirian. Kena sentiasa ada yang memerhatikan... Takut-takut berlaku kejadian yang tidak diingini. Eloklah beringat sebelum terkena. Mudah-mudahan dijauhilah segala yang tidak diingini... In Shaa Allah... Amin... 

Ha tapi tulah... Memang Ash ni nampak gaya tata caranya mengikut susuk tubuh Abah Ash. Errr dah nama pun anak Abah kan? Bukan anak orang lain. Tak banyak sedikit pasti ada yang mengikut Abah. Tak kan lah tak ada langsung kan? Mesti ada...

Dah alang-alang bercerita tu kita selit sedikit lagi tentang Ash dan Abah... Ash minat tonton lelaki bersenam di gimnasium serta angkat besi di televisyen. Abah memang suka ke gimnasium bersenam dan angkat besi. Di situ jugalah kami banyak menghabiskan masa bersama-sama 2 tahun yang pertama... Sebelum bernikah dan sebelum hamilkan Ash... Jadi memang bila Ash minat tu tak dapat nak kata apalah kan? Dah tentu-tentu ikut Abah Ash. 

Ada lagi satu... hu hu hu... Ash kalau baring atau tidur suka seluk-seluk kaki bawah bantal atau bawah badan Mummy atau bawah kaki Mummy. Seluk punya seluk sampaikan tertidur... Hurmm... tiada komen untuk itu... 

Begitulah serba sedikit tentang Ash dengan Abahnya... ^_^... Anak itu kan hasil perkongsian hidup suami dan juga isteri... makanya bila dilahirkan serta membesar peringkat demi peringkat pastinya ada "inherit" kegemaran serta sikap dengan kombinasi ibu dan juga bapa... Dan semestinya bukanlah Ash seorang sahaja... Yang lain-lain di luar sana pasti ada yang mengikut ibu serta bapa juga kan? Betul tak? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ash dah ada hobi baru ni. turun naik sofa. hehe ^^

    ReplyDelete
  2. JM IKUT IBU...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. mesti abah ash senyum lebar hikhikhik

    ReplyDelete
  4. Aqil pon mcm Ash dh...dok naik turun katil.excercise kaki kot...hihihihi

    ReplyDelete
  5. Hihihi nak failkan lagi abah ash tu ye... Cantik decoration tu waheedah..

    ReplyDelete
  6. Kak Farah share la gmbr abah ash diri sblh sblh. . nak tgk abh ash gak.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Hehe... mestilah ikut juga sikit2 kn..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !