Blogger Tak Bosan Ke Hadap Blog???

Farah Waheda Wahid
21

Motifff??? Letak gambar sendiri??? Ha ha ha, motif sangattt tau... Motifnya adalah kerana entri ini mengisahkan tentang blogger dan Farah juga adalah seorang blogger. Takkan nak letak gambar suami ataupun orang lain pula kan? Tapi boleh ajer kalau nak letak gambar bersama-sama... Ahaksss... 

Sudah lebih dari angka 3600 dan hampir ke 4000 dah entri-entri di Bubblynotes.Com semenjak Bubblynotes.Com memulakan karya-karyanya di alam maya ini. Dari "follower" sebelah tapak tangan kini sudahpun bertambah jumlahnya... dari rasa blog ini sebagai jurnal seorang diri, kini sudahpun mempunyai ramai rakan-rakan serta mereka-mereka yang sudi baca lalutan Farah di Bubblynotes.Com. Tapi tak adalah berpuluh ribu riban "follower" Bubblynotes.Com pun... muahahahaha... biasa-biasa sahaja... bagi Farah, Farah berterima kasih serta bersyukur seadanya. Asalkan ada yang sudi membaca dan menyinggah tu pun dah cukup besar dah bagi Farah ertinya. Terima kasih semua. 

Bermula dengan suka hati "I is" bila nak paparkan entri ataupun tidak... Ada hari yang ada entri, ada hari yang senyap sepi. Kemudiannya beralih kepada 2 entri sehari, 3 entri sehari, 4 entri sehari, 5 entri sehari... kembali kepada 4 entri semula. Cuma kebelakangan ini sejak bermula kerja di tempat baru disebabkan kesibukkan tahap ekstrem, entri di Bubblynotes.Com seakan tidak berapa konsisten dan tidak mencapai tahap bilangan entri yang Farah sudahpun tetapkan untuk Bubblynotes.Com... Kalau "year end performance review" di pejabat ni dah banyak komen "boss" dah ni... mesti bonus dari elok-elok dapat 4 bulan jadi 2 bulan. Huwaaa... tetapi walaubagaimanapun Farah tetap berusaha dengan sebaiknya untuk tidak menghilangkan konsistensi itu. In Shaa Allah... mudah-mudahan... Amin... 

Persoalannya adalah... sebagai blogger untuk menghasilkan lambakan-lambakan entri setiap hari... di dalam konteks ini bermaksud lebih dari satu entri sehari... Tak bosan ke hadap blog sahaja??? Soalan ini boleh diterima dari yang bukan blogger dan juga kadang-kadang blogger itu sendiri. 

Seorang blogger itu manusia biasa juga... ada perasaan bosan yang akan menjengah sekali sekala. Kita bukannya sempurna 100% ataupun 200% pun untuk tidak pernah merasa bosan di dalam hidup terhadap sesuatu perkara. Bagi Farah setakat ini, perasaan bosan hadap blog tu tak pernah wujud di dalam kamus blog Farah. Seorang blogger yang sebenar, tidak akan pernah merasa bosan terhadap blog... tetapi cumanya akan bosan bila tiada idea yang menjengah ataupun bosan dengan kerenah serta perwatakkan manusia itu sendiri di dalam arena blog. Itu ajer... percayalah blogger-blogger yang pernah satu ketika aktif tiba-tiba senyap ataupun tutup blog, sekali sekala akan timbul rasa rindu kepada blog. 

Secara logika, kalau menghadap blog selama 24 jam sehari tanpa berbuat apa-apa... tidak makan, tidak tidur, tidak berehat, tidak itu, tidak ini... bosan seyyy hidup... Yang taunya hadap blog dan tak berganjak-ganjak... huishhh itu memang bosan... Dah macam tak ada fungsi pula hidup rasanya kalau macam tu... Blogger pun ada kehidupan yang tersendiri, makan, minum, tidur, beriadah, menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Kalau tak ada kehidupan mana wujudnya karya-karya agung blogger di blog? Muahahaha... Tak ada kehidupan yang normal menjadikan blogger itu kekurangan sumber atau bahan dari satu sudut. Anti-sosial pun yer juga. 

Farah akan bosan bila mana... ha ha ha tulah nyatakan tadi, idea tidak kunjung tiba. Bila terjadinya situasi begini... ha faham-faham sahajalah kalau secara tiba-tiba senyap beberapa ketika atau jam. Ermmm, tapi tak juga... sekarang ni berhenti bebel selama beberapa jam itu tandanya SIBUK!!! Tak berkesempatan nak mencelah di Bubblynotes.Com bila mana sewaktu malamnya Farah ada kalanya terus merehatkan diri untuk pulihkan tenaga keesokkan harinya. Ada kala, tetapi kebanyakkan pada waktu... Farah adalah burung pungguk yang berjaga malam untuk menyiapkan draf entri untuk keesokkan harinya... Ikut keterlaratan diri sendiri... Kadang-kadang lepas 4 entri, kadang-kadang 3, kadang-kadang 2... kalau yang 2 - 3 tu sahaja yang sempat draf, Farah akan sambung draf sewaktu waktu makan tengah hari di pejabat. Bayangkan dedikasinya pada blog, sampaikan kebanyakkan pada waktu Farah korbankan kenikmatan waktu makan tengah hari, santapan tengah hari... Muahaha, tak apa makan tu balik kerja pun boleh... Makan bersama suami itu lebih berselera... Itu yang tembun tak kurus-kurus tu... Hua hua hua... 

Kalau dah bosan hadap blog itu bermakna dah ada tanda-tanda nak bersaralah tu dari dunia blog... Errr ye ker? Ekekeke... main tibai jer keluarkan "statement". Macam kita sekolah, uni, kolej dan bekerja juga, ada masa diri perlu bercuti dari berblog ye tak? Setakat ni cuti Farah yang paling lama dari Bubblynotes.Com adalah sewaktu melahirkan Ash iaitu selama 4 hari. Ngee... Tak pernah cuti lama dan panjang-panjang lagi. 

Blog adalah satu komitmen yang Farah dah tetapkan pada diri Farah. Mana mungkin bosan? Hadap blog dalam jurnal hidup Farah bukan 24 jam... tetapi Farah hadap blog di antara celahan-celahan waktu yang "available"... Kalau sesiapa tahu jadual seharian hidup Farah... Farah adalah orang yang sangat sibuk dsn "occupied"... Tambah-tambah lagi sekarang. Banyak perkara yang menuntut perhatian serta fokus Farah. Ibarat suami yang berkahwin dua. Ho ho ho... Semuanya tanggungjawab yang besar serta berat di bahu. Begitulah ibaratnya... maka kenalah mengekalkan keseimbangan di dalam semua perkara. Bukan mudah, tetapi boleh dan ada caranya. "I barely have enough rest for my own"... Sebab itu spa itu terbaik ooo....

Blogger bosan hadap blog tu taklah... sebab ada waktu-waktunya yang blogger akan hadap blog... ada waktu-waktunya untuk diri sendiri serta keluarga. Bukan bermakna hari-hari entri melambak atau lebih dari satu, blogger tu tak ada kerja lain selain dari hadap blog. Salah jangkaan tu... Hew hew hew... Pengurusan masa itu adalah sangat-sangat penting... 

Oklah, berhenti membebel di sini... nak bersiap dan keluar untuk kerja blog juga bersama Ash sambil-sambil beriadah... Sambil menyelam minum air kata ko... Pengurusan masa kaedahnya... Hik hik hik....

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum akak.
    tak bosan...
    tambahan secantik akak...
    hehehe...
    gurauan pagi...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wahhh Putihnyaa gigi Farah... kongsi tips boleh tak? :D

    ReplyDelete
  3. hihihihi mmg takkan bosan kan hehehehe xD

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak... sy hadap blog sejam je... entry siap autopublish... xde mkna nk ngadap blog 24jam.. tepu otak kot...

    ReplyDelete
  5. Hahaha...cik akak ikut mood la dear..,hadap blog boleh jemu tahap gaban..,

    ReplyDelete
  6. hahaaha samalah kak..kalau tak idea..perghh tekanan ..tapi acik mmg autopost my blog setiap hari 😃

    ReplyDelete
  7. tak bosan . lagi2 kalau blog lincah masuk reramai. lagi semnagat nak menulis

    ReplyDelete
  8. Hahhahhahah... mmg klu hdapp bjam bjam... jd blur ...

    ReplyDelete
  9. hadap blog yg buat jadi lama rasanya sbb blogwalking kot :) hehe hadap blog sendiri memang sy takde la lama mana pun, lagi2 kalau takde idea nak tulis apa.

    ReplyDelete
  10. saya suka ngadap blog, baca2 entry blogger lain..
    so xde bosan la akak...

    ReplyDelete
  11. Sepakat... nice share cik Farah...

    ReplyDelete
  12. Assalam kak ,

    singgah sini ,

    serius xbosan berblogging lagi ramai follower lagi best lagi ramai kite follow org lagi best., sebab ? dapat bace entry org lain juga :)

    ReplyDelete
  13. betul tu. entri yg sungguh bermakna. x akan bosan bg blogger.

    ReplyDelete
  14. Yup, blogger pun ada kehidupannya tersendiri .. sama macam pengguna fb.. cuma bezanya blogger lebih fokus pada blog dan yg lain lebih fokus pada fb gituw.. :D

    ReplyDelete
  15. Kalau mood datang, banyaklah entry. Kalau mood takde, memang satu je entry. Hihihi

    ReplyDelete
  16. Saya pernah bosan hadap blog..masa mengandung anak kedua.lepas habis je pantang terus rindu nak menulis balik..tapi sekarang ni tak de bosan la sebab kita menulis pun time2 tertentu je..bukan 24 jam online.. Ada banyak benda penting selain blog yang kita kena buat..lagi2 bila dah bergelar isteri dan ibu..kan??

    ReplyDelete
  17. setuju kak..mana boleh bosan..kan dah minat .hehe..betul,time management tu penting..

    ReplyDelete
  18. Akak bila bosan jer ngadap blog, huhuhu, so memang tak bosan lah kan ...

    ReplyDelete
  19. kalau byk idea menghadap blog lama2 pun xpe..hihi tp sy ni selalu blank je kepala asal buka blog..;p

    ReplyDelete
  20. tak pernah bosan hadap blog. hehehe ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !