Bilik Bayi Terkini Dan Dinaiktaraf Di Sunway Pyramid Shopping Mall!!!

Farah Waheda Wahid
7

Hujung minggu adalah waktu dan saat-saat yang amat berharga untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. Sebenarnya setiap saat bersama keluarga itu adalah saat yang berharga, cumanya bagi kita-kita yang bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup ini, hujung minggu itu adalah waktu yang paling lama serta paling panjang untuk kita luangkan serta betul-betul fokus kepada keluarga. Yang lain semuanya tolak ketepi dahulu. Sebab di hari bekerja kita sibuk dengan perkara-perkara yang lain kebanyakkan pada masanya.

Ada pelbagai rentak aktiviti serta cara sesebuah keluarga itu menghabiskan waktu yang berharga ini. Setiap minggu pastinya kita ternanti-nanti bilakah hujung minggu bakal menjelma. Ahakss... ini pun fikir ni, tak sabar tunggu hari Rabu sebabnya Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad... cuti panjang oooo... Seronoknya dapat mengulit Ash 4 hari... Hik hik hik... Haippp... Baru hari Isnin dah fikir hari Rabu... Muahahaha... 

Ada keluarga yang gemar menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, ada keluarga yang setiap hujung minggunya memang tak lekat di rumah ke sana ke sini ke sinun ke mari ke situ... asal berjalan... bosan kaedahnya duduk di rumah... , ada keluarga yang setiap kali hujung minggu akan pulang ke kampung melawat ibu, bapa, atuk, nenek masing-masing, ada keluarga yang rutinnya melawat anak-anak yang duduk di asrama... macam-macam kan? Ada keluarga yang seimbang semua aktivitinya... minggu ni lakukan ini, minggu depan lakukan itu, minggu lagi satu lakukan perkara lain pula... Ikut selesa dan suka masing-masing... 

Bagi Farah pula, Farah lebih suka bertukar-tukar... minggu ini sesuatu yang ini, minggu depan sesuatu yang itu. Haaaa... barulah ada kelainan, tak adalah bosan asyik lakukan perkara yang sama sahaja... Baru ada warna, corak dan rentak... Farah kan suka warna warnikan kehidupan Farah... 

Salah satunya adalah aktiviti "window shopping"... dari zaman mula-mula kerja, belum berkahwin, sudah berkahwin dan sehinggalah kini adanya Ash... memang "window shopping" itu tak pernah ketinggalan di dalam senarai. Namun... ada bezanya "window shopping" secara solo berbanding dengan adanya Ash... biasalah bukan mudah bila "window shopping" dengan anak kecil ni yer tak? Kalau solo, jalan sahaja ikut suka hati dan ikut suka tekak... 

Tetapi kalau bawa anak kecil ni... macam-macam perkara perlu difikirkan serta dibawa bersama-sama... Pendek kata dari kita membawa diri sendiri dan beg tangan sahaja bersama-sama... kini kita perlu membawa anak kecil dan "extra baggage" barang-barang keperluan anak kecil kita seperti susu, lampin, baju, sapu tangan dan sebagainya. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak melalui penyusuan susu ibu, mungkin ada yang tidak perlu membawa botol susu serta membancuh susu pun. Bagi anak-anak kecil yang menyusu melalui susu formula... memang banyak ooo nak kena bawa... air suam, air panas (ada yang tak bawa serta cari air panas di tempat-tempat tertentu... tetapi tidak bagi Farah... Farah lebih suka bawa sendiri... senang nak guna terus ambil jer...), serbuk susu formula yang diletakkan di dalam bekas khas... ha ha ha... macam-macam lah... 

Jadi, sememangnya penting untuk membeli-belah dalam keadaan yang selesa bagi si anak dan si ibu. Kalau tak selesa mulalah anak menunjukkan ragam yang tidak diingini. Sudahnya "shopping" dah ke mana, kita pun akhirnya terpaksa keluar untuk mencari keselesaan bagi anak-anak kecil kita. Biasalah, anak-anak kecil bila lampin basah serta dah berat, perut lapar mana nak selesa yer tak? Jadinya tak selesalah... Betul tak? Hakikat ini semua ibu-ibu pun tahu. Penting sebenarnya ada kemudahan serta fasiliti yang mesra bayi di pusat membeli-belah ni. 

Baru-baru ini, Farah telah dijemput selaku media ataupun blogger untuk berkongsi di Bubblynotes.Com tentang bilik bayi yang baru serta telah dinaiktaraf di Sunway Pyramid Shopping Mall oleh pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut. Apa yang menarik dari hasil tinjauan Farah pada hari Sabtu yang baru sahaja berlalu. Jom kita eksplorasi bersama-sama... 


Ruangan menyalin lampin yang beralaskan kusyen atau tilam yang sangat lembut serta empuk untuk bayi merasa selesa. Dilengkapi dengan "hand sanitizer", minyak bayi dan losyen bayi yang mana ianya adalah disediakan secara percuma tanpa sebarang bayaran. 


Terdapat bilik-bilik untuk penyusuan oleh ibu kepada anak kecil yang menyusu susu ibu. Ringkas dan privasi. Kerana setiap ibu yang menyusukan anak boleh berada di bilik masing-masing dan menyusukan anak-anak kecil di dalam keadaan yang selesa serta berpenghawa dingin. Suasana yang senyap serta sunyi yang menyelesakan anak kecil itu sendiri. 

Ruangan sinki untuk membasuh apa-apa yang perlu juga disediakan mesin untuk mendapatkan air panas dan air sejuk bagi ibu-ibu yang perlu membancuh susu formula seperti Farah. ^_^... Ngee... Kebersihan yang terjamin... 


Oopsss... "smexy"nya anak manja Mummy... Kebetulan tiba masa untuk mengganti lampin pakai buang Ash... Farah sendiri telah menggunakan fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat membeli belah Sunway Pyramid. Lihatlah, betapa gembiranya beliau bereksplorasi di dalam bilik bayi tersebut. Habis semua nak dirasa, habis semua nak dicuba... Losyen bayi pula memang letak di dalam "dispenser" di dinding... kegemaran dia main losyen... maka dengan mudah dia main tekan-tekan... seronok yer? Tapi memang Mummy tak bagilah dia main... terus alihkan dia... ho ho ho... takkan nak biarkan anak "I is" habiskan losyen di dinding tu kan??? Orang lain pun nak pakai juga... Jadi fikir secara logik sudahlah... Abah, hanya mampu tersenyum dan mengawasi Ash. Haaa, baru Abah tau betapa aktifnya Ash... 

Di manakah lokasinya di Sunway Pyramid Shopping Mall??? 


Ianya terletak di LG1 bersebelahan dengan Bonita di "Orange Zone"... ^_^...Ingat tau lokasi ini... Bila nanti anda berkunjung ke Sunway Pyramid Shopping Mall, sekiranya perlu untuk anda menggunakan bilik bayi... bolehlah menuju terus ke sini yer? 


Ash ceria, Mummy pun lapang dada nak tawaf satu Sunway Pyramid Shopping Mall... ^_^

Untuk Maklumat Lanjut



Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kemas dan selesa..

    alangkah baiknya kalau semua shopping mall buat renovation mcm ni.. hehe.. mesti best! :)
    selesa pun selesa dan lebih banyak kemudahan..

    ReplyDelete
  2. bagus ada tempat macam ni. selesa jugak bila bawak anak anak kann ^^

    ReplyDelete
  3. tempat2 macam ni memudahkan pengunjung..by the way best tengok ada tempat2 macam ni :)

    ReplyDelete
  4. selesanya..kompem tak nak keluar ni..bukan anak yang tak nak keluar,mak yang tak nak keluar..eheheh

    ReplyDelete
  5. Mmg syok klu semua shopping mall cmni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !