Sepatutnya Farah ingin berkongsi cerita tentang kemunculan kami berdua beranak di Majalah Pa &Ma ini semalam. Tetapi disebabkan kekangan masa di pejabat yang membataskan serta tidak memungkinkan Farah untuk berkongsi. Makanya, kita berkongsi hari ini sajalah yer? ^_^
Tidak terlintas niat di hati untuk menunjuk-nunjuk ataupun berbangga ataupun riak. Sungguh... tetapi sekadar berkongsi kegembiraan Farah di atas kesudian pihak editorial Majalah Pa & Ma menjemput Farah untuk menyumbangkan artikel yang tidak seberapa di majalah mereka. Terima kasih Majalah Pa & Ma kerana sudi menjemput Farah untuk mengetuk papan kekunci di komputer bagi memenuhi ruangan Diari Blogger.
Pada mulanya, Farah agak terkejut apabila menerima panggilan dari wakil editorial Majalah Pa & Ma pada akhir Disember 2014 yang lalu berkenaan dengan tawaran ini. Tetapi sungguhpun terkejut, Farah terus menyatakan persetujuan untuk tawaran ini. Setelah lebih dari 8 tahun berblog, inilah kali pertama Farah diberikan peluang seumpama ini. Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas peluang yang telah diberikan.
Bukan bersifat mengejar populariti yang menjadi asas persetujuan Farah pada hari yang tersebut. Ahaksss... Farah tidak merasakan sekalipun diri Farah ini sudah cukup hebat, popular ataupun artis di dalam dunia blog. Sungguh. Hanya Allah SWT yang tahu. Farah masih seorang blogger biasa, di dalam dunia blog. Masih banyak perkara yang perlu Farah perbaiki, masih banyak perkara yang perlu Farah pelajari dan masih panjang perjalanan serta cabaran di dalam dunia blog yang perlu Farah tempuh. Ini bukanlah pembukaan pertama aktiviti ber-blog Farah di tahun 2015 ini, tetapi ianya adalah satu kegembiraan bagi Farah di dalam perjalanan dunia blog Farah.
Untuk berbangga diri, jauh sekali. Tidak ada di dalam kamus Farah. Jujur Farah nyatakan, ianya lebih bercorak kepada kepuasan bagi diri Farah di dalam arena penulisan blog ataupun penulisan maya. Tidak pernah terfikir serta terbayang dalam diri Farah, sehingga ke sini penulisan blog membawa Farah. Alhamdulillah, syukran Ya Allah atas nikmatMu... Engkau tarik satu nikmat kehidupan dariku, Engkau beri satu nikmat yang lain padaKu... Hanya padaMu, hanya Engkau yang tahu serta memahaminya... ^_^... Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Adil...
Maka dengan itu, terhasillah artikel pertama dari Farah di Majalah Pa &Ma untuk keluaran Mac 2015 sepanjang satu muka surat penuh sebagai perkongsian nukilan dari seorang blogger bernama Farah Waheda Wahid yang mendukung Bubblynotes.Com bersamanya selama ini.
Tidaklah pula Farah mengangkat ini sebagai penulisan terbaik Farah dan tidaklah pula Farah berniat ingin mengangkat penulisan-penulisan Farah adalah hebat... Tidak sekali-kali. Orang lain juga mampu dan siapa tahu lebih lagi dari Farah kan?
Yang pastinya ia adalah satu pencapaian bagi Farah di dalam arena penulisan dan nawaitu Farah sebagai seorang blogger yang salah satunya telah dipenuhi. Alhamdulillah.
Selesai sudah artikel pertama... nantikan artikel kedua yang bakal menyusul.
*Atas matlamat-matlamat yang pernah Farah kongsikan bersama seorang blogger yang dikenali ramai... Haippp!!! Matlamat yang positif lah bukan negatif... Muahahaha.... In Shaa Allah, Farah akan teruskan penulisan blog selagi Farah berjodoh dengan dunia blog... Amin...
singgah pagi :)
ReplyDeleteDah lama tak beli majalah Pa & Ma..kalau dulu sejak preggy sampai lah Rifqi umur 3 tahun..mmg tak pernah miss :)
ReplyDeleteTerbaikla Mama Ash!!! Keep in up....
ReplyDeleteal-hamdulillah ;)
ReplyDeletesemoga success selalu Farah
Terbaekkk! tahniah farah dan bubblynotes.com. Teruskan berkongsi kebaikan walau dimana jua Farah berada :)
ReplyDeletetahniah.. rezeki si kecil lettuw
ReplyDeleteTerbaik lah! Tahniah.
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah mummy ash!
ReplyDeletekeep writing okeh! :)
suka baca tips farah... hehe
tahniah mummy :)
ReplyDeletealhamdulillah mummy ash..syukur..rezeki..
ReplyDelete8 tahun dah akak berblogging. lamanyaaa. kak farah ^^ petang nanti nak cari lah majalah ni. heheh :D
ReplyDeleteWah..Tahniah Farah & Ash..Fofular la Ash lepas ni..haha
ReplyDeleteterbaikkk!! ^,^
ReplyDeleteTahniah farah!
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeletewow! hebat ni!
ReplyDeleteTahniah Kak! :D
Rezeki Ash tu sis ;:)
ReplyDeleteTahniah Mummy n Ash :)
ReplyDeleteTahniah kak...rezeki anak...
ReplyDeleteTahniah kak..moga wanie akan terus dapat baca tulisan akak di blog ini..happy blogging!
ReplyDeleteTahniah kak farah
ReplyDeleteTahniah Farah.
ReplyDeleteTahniah farah......
ReplyDeletelepas ni glamour u...hihi
ReplyDeletetahniah
tahniah..Farah, semakin maju dan berjaya
ReplyDeletetahniah melangkah seterusnya ke hadapan..alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletetahniah akak
saya beli setiap bulan..
mac punya pon ada.. hihi
wahh.. tahniah Farah dan budak comel Ash...
ReplyDelete