Tips Masa Berblog???

Farah Waheda Wahid
21
Sumber dari Google
Bersempena dengan "1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com", Farah sempat membaca entri-entri penyertaan dari rakan-rakan blogger yang ada buat masa yang terkini pada waktu makan tengah hari tadi... Dan salah satu daripada entri tersebut ada meminta agar Farah kongsikan entri tentang tips masa berblog Farah... Hu hu hu... 

Aduhaiii alahaiii...Katanya beliau hairan bila mana Bubblynotes.Com sentiasa ada entri-entri terkini dan Farah ada masa untuk meninggalkan komen-komen di blog rakan-rakan blogger yang lain. Phewww... berpeluh nak jawab ni sebenarnya. ^_^ ngeee... Mesti senyum yang empunya soalan ni baca entri ni... Ekekekeke... 

Diakui, memegang status isteri, Mummy, pekerja bukan mudah untuk Farah betul-betul bahagikan masa yang khas untuk berblog. Tapi sebab memang dah minat kan? Apa pun boleh...Ha ha ha... Caranya, kalau boleh diikut, ikutlah, kalau rasa terbeban, jangan diikut... Hik hik hik... 

1. Berblog Di Waktu Pagi
Jika hari bekerja, seawal 4 pagi Farah dah bangun dah. Kadang-kadang tu, pukul 3.30 pagi. Ikut mata jugaklah. Kalau letih sangat memang pukul 4 pagi Farah bangun. Kalau rasa ok, tak berapa letih, pukul 3.30 pagi Farah dah terjaga. Selepas tu, bangun, salinkan lampin pakai buang Ash. Bancuh susu dia, bagi Ash menyusu. Dalam lebih kurang 4.30 pagi macam tu, Farah akan siap-siap mandi dan selepas itu siapkan apa-apa yang patut, kemudian duduk berblog seketika. Itu untuk entri pertama pagi ataupun entri kedua pada lebih kurang pukul 10 lebih ataupun 11 lebih. Masuk azan Subuh, solat, siap-siap ke pejabat...sampai ke pejabat dalam pukul 7.00 pagi. Duduk dalam kereta sementara naik ke pejabat dan sambung kemaskini blog... kemaskini blog bermaksud buat draf entri apa yang patut. 

2. "Blogwalking" Seketika Jika Ke Tandas (5-8 Minit)
Ho ho ho, tak semengah dan tak senonoh, sila jangan ikut...haipp tapi tak adalah masa urusan perniagaan dalam tandas tu Farah "blogwalking" yer... Farah "blogwalking" seketika sementara menunggu giliran masuk ke tandas ke, atau berdiri sekejap dalam tandas tu ke, semata-mata nak "blogwalking". Pakai tablet. Tak lebih dari 8 minit.

3. Berblog & "Blogwalking" Di Waktu Makan Tengah Hari
Inilah masanya Farah pulun "blogwalking" dan sambung draf entri kalau tak sempat buat di waktu pagi. Kebiasaannya Farah gunakan tablet ajer... "desktop" pejabat sangat jarang...  Bagi Farah, tiada keperluan setakat ini sebab tablet Farah sendiri ada papan kekunci yang memang Farah beli khas untuk tujuan berblog. Hu hu hu... Boleh rujuk di entri INI. Ikut angin jugaklah, kadang-kadang cuma bermain dengan skrin sesentuh sahaja menaip entri, kekadang menaip dengan menggunakan papan kekunci. Yang mana cepat dan yang mana bersesuaian. Tapi tak adalah Farah tak gunakan langsung "dekstop" pejabat...hu hu hu, ada waktu-waktu yang memerlukan Farah akan gunakan, itupun kalau betul-betul terluang masa. Kalau sibuk memang tak jenguk langsunglah Bubblynotes.Com. Hua hua hua... Apakan jenguk Bubblynotes.Com nak "blogwalking" pun takkan sempat. Makanya, alternatif lain, adalah qada'.

4. Berblog & "Blogwalking" Bila kerja Telah Betul-Betul Selesai
Kalau ada kelapangan dan waktu, 15 minit sebelum waktu balik Farah akan berblog ataupun "blogwalking" sebentar sekali lagi dengan menggunakan tablet juga. ^_^... Mana yang sempat dan mana yang terlintas ajerler... Hu hu hu... 

5. Draf Entri atau "Blogwalking" Sewaktu "Complete Standstill" Di Atas Jalan Raya
Tolong jangan ikut yang ini... hu hu hu, bahaya sebenarnya... tapi disebabkan tahap kebosanan yang melampau tahap "heavy metal", kadang-kadang terlepas juga draf sebarang seketul dua ketul entri. Dan kadang-kadang sempat jugak "blogwalking". Kalau "I is" bergayut di telefon bersama dot dot dot...ha ha ha...sengal...bergayut di telefon bersama Abah Ash ataupun BFF Farah... memang tak adalah semua kala aktiviti ini. 

6. Draf Entri atau "Blogwalking" Sewaktu Selepas Solat Maghrib atau Solat Isya'
"Either or" lah... ikut yang mana bersesuaian dengan situasi dan masa, tak boleh lama-lama sangat... sebab nak uruskan Ash pula. 

7. Draf Entri atau "Blogwalking" Bila Semua Orang Dalam Rumah Dah Tidur
Bha ha ha, orang tidur sedap-sedap, Farah berjaga jadi burung pungguk. Kalau hari cuti memang "extended hours" lah... dari pukul 12.00 pagi sampailah ke pukul 4 pagi. Masa nilah kemas rumah apa yang patut.Tapi kalau ada "benda lain", blog cuti ok? Ha ha ha... Sambil-sambil tu jaga anaklah, dia nak susu ke nak apa ke... 

Yang pastinya rumah tak macam kapal karam...Tak adalah sampai "lagha" benau...Masih terkawal lagi... Masak masih masak, kemas rumah masih kemas rumah... jaga Ash dan fokus pada Ash masih fokus, "outing" masih "outing", pergi "market" masih pergi... "life" masih ada giteww... cuma yang boleh Farah kongsikan... kena pandai curi masa...bukan curi-curi yer... hu hu hu... pandai-pandailah masing-masing nak atur masa masing-masing...Itu jer yang Farah boleh cakap... Harapnya membantu untuk menghilangkan kehairanan rakan-rakan blogger yang mungkin tertanya-tanya dengan entri penjelasan ini... 

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perkongsian yang bagus....memang kena curi masa kan farah...demi minat...^_^

    ReplyDelete
  2. Wah dalam masa beberapa jam N request entry ni pun siap panjang berjela kak farah bagi tips.. Memang minat akak ni menulis sungguh, tak boleh nak pertikaikan dah.. thanks kak farah menjawab soklan N.. Hebat betul!!

    ReplyDelete
  3. Thank u so much for the tips kak farah!!! ehehehe.
    Hebak!!!! keep iit up kak farah awet muda!!!!

    Eh eh speeaking about that hehe.
    Tips awetmuda plessss hihi

    ReplyDelete
  4. mak aiii..pagi sungguh farah bangun.. tido nye pukul brapa tuu.. huhuhu.. ye laa..kerja pukul 7 pon dah smpai opis.. thumbs up farah..boleh dapat award iron woman nihh.. =)

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang cm tu la masa sy berblog...

    ReplyDelete
  6. hebat betul kak farah..sentiasa ada masa tu kan..good job kak! barulah blogger tegar namanya ni

    ReplyDelete
  7. biasa buat no 1 dan 7 jugak kak..hehe

    ReplyDelete
  8. Dulu sy pun petnah kongsi waktu berblog ni...masa tu ainul xdak lg..now ainul dh ada 100% berubah..

    ReplyDelete
  9. thanks perkongsian farah :)
    membantu sangat pada nana yang baru dalam dunia blog ni

    jemput ke blog :)

    ReplyDelete
  10. Saya akui, amat kagum dengan komitmen Farah... seorang wanita berkerjaya, punya keluarga dan tugas rumahtangga, malah ada anak kecil tetapi blog tetap aktif dan ada masa utk bw! Kalau saya...terus terang...xmampu!

    ReplyDelete
  11. Kagum rasanya bila baca akak dapat manage masa. Terfikir juga! Dalam pada sibuk mengurus family, masih lagi sempat dan kerap publish post baru. Terima kasih atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  12. SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
    JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

    ReplyDelete
  13. Draft entry..benda ni saya yang tak kerja dok goyang kaki kat rumah pun memang buat..penting..kalau tak memang terkial2 sendiri depan laptop mencari idea..kan??

    ReplyDelete
  14. saya selalu spend masa 2 jam untuk draft 10-14 entry terus.. bw masa anak-anak tidur., anywaym tq for the tips dear! :))

    ReplyDelete
  15. baguslah kak farah.... walaupon sibuk ja nmpk... masih sempat lagi..update byk entry...

    ReplyDelete
  16. Ya btl tu sis..lya pun kekdg curi2 mass bw, buat entri siap2..hhe

    ReplyDelete
  17. Akak if ada mas free,x pun sediakan post auto publish...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !