SSPN-i Untuk Ash???

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google 
Jauh lagi perjalanan Ash ke arah ini, tapi tak salah pun kalau menggali informasi untuk kegunaan di masa hadapan. Sebagai ibu bapa, kita tak boleh membiarkan diri "kosong" tanpa pengetahuan semasa yang berkaitan dengan anak kerana membesarkan, menjaga dan mendidik anak adalah tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT. Walaupun ada cacat celanya sana sini kita sebagai ibu bapa sama ada yang kelihatan secara zahirnya atau tidak kelihatan sama sekali di mata manusia lain, jangan pernah berhenti berusaha untuk mencuba memberikan yang terbaik. Janganlah sampai dalam hidup ini kita dah terhantuk baru terngadah. Seboleh-bolehnya janganlah yer? In Shaa Allah, kita semua bukan sebegitu orangnya. 

Entri pada kali ini mungkin panjangnya luar biasa tetapi diharapkan agar ianya bermanfaat kepada ibu bapa ibu bapa baru serta yang mempunyai anak yang telahpun melangkah ke alam persekolahan. Farah pun belajar memahami mekanisme serta mencari sisi pro dan kontranya. Melalui sumber di SINI.

Apa Itu SSPN-i? 

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.

Apakah Jenis-Jenis Akaun Yang Boleh Dibuka? 

Kategori 1
Akaun dibuka oleh ibu bapa / penjaga yang sah / warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun. - oh maknanya walaupun belum bersekolah dan masih bayi dah boleh buka akaun ni lah ek? Ke macam mana sebenarnya? 

Kategori 2
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa / penjaga yang sah / warganegara Malaysia yang lain.

Kategori 3: Akaun Individu
Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.


Bagaimanakah Caranya Untuk Membuka Akaun SSPN-i?

Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter PTPTN dan ajen SSPN-i di seluruh negara. Dokumen – dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun:
(i) Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera pemohon.
(ii) Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad anak.
(iii) Surat Akuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

Apakah Keistimewaan Menyimpan?

SSPN-menawarkan keistimewaan berikut:
  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
     
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
     
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
     
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
     
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
     
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan;
  • Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i;
     
Nota :
  • Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
      * Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
  • Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Dimanakah Saya Boleh Membuat Pembukaan Akaun SSPN-i?
Pembukaan akaun boleh dilakukan melalui saluran- saluran berikut:
BIL
SALURAN
AGENSI/ EJEN

1.

Kaunter
•    PTPTN
•    Maybank
•    Bank Islam
•    Bank Simpanan Nasional
•    CIMB Bank 
•    Agro Bank
•    Bank Rakyat
•    RHB Bank
2.
Potongan Gaji
•    Kakitangan Awam:
      -   Jabatan Akauntan Negara Malaysia
           (JANM)
      -   Perbendaharaan Negeri
      -   Badan Berkanun
      -   Pihak Berkuasa Tempatan
•    Kakitangan Swasta:
      -   Persetujuan majikan masing-masing
3.
Portal Rasmi PTPTN
(e-SSPN-i) Melalui
Financial Processing
Exchange (FPX)

•    Maybank
•    CIMB Bank
•    Bank Islam
•    Hong Leong Bank
•    Public Bank
4.
Perbankan Internet
•    Maybank
•    CIMB Bank
5.
Automated Teller
Machine (ATM) dan
Cash Deposit Machine (CDM)
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional

6.
Arahan Tetap
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional
7.
Phone Banking
•    Maybank
8.
Autodebit
•    Agro Bank
9.Electronik Data Capture (EDC) Terminal• Kaunter Pejabat PTPTN Negeri seluruh negara. Kemudahan ini membolehkan penggunaan Kad ATM atau Kad Debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS.

Nota : Penambahan deposit juga boleh dibuat melalui "Terminal One Pay" di 400 lokasi seluruh negara. Klik di sini.

Bolehkah Penerima Manfaat Mempunyai Lebih Daripada Satu Akaun?
Seseorang penerima manfaat boleh mempunyai lebih daripada satu akaun iaitu akaun yang dibuka oleh ibu/ bapa/ penjaga/ mana-mana warganegara Malaysia yang lain.

Perlukah Pendeposit Dan Penerima Manfaat Terdiri Daripada Ahli Keluarga Terdekat?
Tidak semestinya kerana mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain.

Sekiranya Penerima Manfaat Telah Mencapai Umur 29 Tahun, Adakah Akaun SSPN-i Perlu Ditukar Ke Akaun Diri Sendiri?
Ya.

Berapa Lamakah Proses Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i?
Proses permohonan pembukaan akaun SSPN-i mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Adakah Kad SSPN-i berfungsi seperti kad ATM bank?
Tidak.
Bagaimanakah Cara Untuk Menggantikan Kad SSPN-i?
Pendeposit boleh menghubungi hotline PTPTN atau hadir di Pejabat PTPTN Negeri yang berhampiran.

Apakah Kelebihan Simpanan Secara Potongan Gaji?

(i) Memastikan simpanan secara tetap dan konsisten.
(ii) Menjimatkan masa dan kos.
(iii) Menggalakkan budaya menabung.

Bagaimanakah Potongan Gaji Dilaksanakan?
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN-i. (Klik di sini).

Adakah Simpanan SSPN-i Boleh Dikeluarkan Untuk Kegunaan Lain?
Ya, boleh.
Adakah Simpanan SSPN-i Dipotong Secara Automatik Sekiranya Penerima Biaya Tidak Membuat Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN Mengikut Tempoh Yang Telah Ditetapkan?
Tidak.

Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Jumlah Simpanan SSPN-i?
  • Hubungi hotline PTPTN.

Bolehkah Pengeluaran SSPN-i Dilakukan Oleh Orang Lain Selain Pendeposit?
Tidak. - maka jangan mimpi atau berangan-anganlah ek? sesiapa yang tak menyumbang tu... bha ha ha... 
Adakah Caj Dikenakan Jika Ingin Mengeluarkan Simpanan SSPN-i?
Tiada.
Bagaimanakah Caranya Untuk Mengeluarkan Simpanan SSPN-i?
Pendeposit hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
(i) Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
(ii) Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. (Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama).
Nota :
  • Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama dengan tandatangan pada Borang Pembukaan Akaun SSPN-i. 
Berapa Lamakah Proses Pengeluaran Deposit/ Penutupan Akaun SSPN-i?
Proses permohonan pengeluaran deposit/ penutupan akaun SSPN-imengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia, Bagaimanakah Proses Penutupan Akaun SSPN-i?
Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM3,000.00, waris hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris.
iii. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
iv. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (simati).
v. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00.
vi.Salinan muka hadapan buku akaun simpanan/ penyata akaun waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.
Manakala sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM3,000.00 dan ke atas, waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut serta mengemukakan melalui ejen SSPN-atau diposkan terus kepada PTPTN:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
iii. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
iv. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
  • Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan / Arahan)
Begitulah ceritanya sedikit sebanyak tentang SSPN-i ini... Untuk maklumat lebih terperinci dan lanjut bolehlah kira-kiranya "uolss" melawat-lawat laman web SSPN-i PTPTN

Belum ambil keputusan lagi sama ada nak bermula akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk Ash sekarang atau kemudian sikit... Sebab buat masa sekarang Ash sememang dah ada akaun simpanan dia yang tersendiri yang Farah kendalikan. Kalau ikutkan Farah, dahulunya Farah adalah pelajar tajaan MARA... Bukan di bawah PTPTN... Dapat tetapi Farah menolak, Farah pilih MARA. Memandangkan "trending" dan tata cara pinjaman pendidikan PTPTN sekarang sebegitu... Memang ada keperluan untuk Ash dibukakan akaun SSPN-i. Farah sedar tu. Makanya, akan dibuka tetapi tak tahu masanya bila... Hik hik hik... Jawapannya pastilah tu... Masa jer tak tau bila lagi.... 

Iyalah, masa depan kita tak tau bagaimana... sedangkan sekarang kos pembelajaran pun dah tinggi yer tak? Apakan lagi di masa akan datang... Tak mustahil segalanya akan tinggi. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau-kalau ada rezeki Ash melanjutkan pelajaran... In Shaa Allah...Yang lebih tinggi dari Mummy dia... tentu-tentu nak pakai duit banyak kan? Kaedahnya...Mummy kena beringat dan kena menabung daripada sekarang... Begitulah seadaanya... Lainlah kalau Mummy dia ni "millionaire" yer tak? ^_*

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. buat awal pon xpa.. utk masa depan anak.

    ReplyDelete
  2. bagus menabung untuk pendidikan dan masa depan anak-anak

    ReplyDelete
  3. rupanya blh jugak bukak erk utk anak kecik. selalu tgk iklan sspn ni kat tv. x pernah baca lebih lanjut. tggu baby lahir nanti blh bukakkan akaun sspn utk dia. excited :)

    ReplyDelete
  4. Berita terkini! Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat secara online di laman web SSPN-i.com. Buka sebelum 31/05/2016 untuk merebut peluang memenangi Honda HRV, BMW 320i dan apartment bernilai RM500 ribu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !