Haippp "I is" bukan kerja di tapak pembinaan ke apa... Tak apalah biarlah rahsia... Ha ha ha... Yang dah tau tu shhhh jer... "I is" tak suka sangat nak kongsi tentang pekerjaan bukan sebab rasa malu ataupun apa... tapi sebab rasanya itu adalah perkara peribadi yang tidak perlu diceritakan... Cukup sekadar "uolss" tahu yang Farah bekerja dan Farah bekerja rapat Abang Jess yang merupakan "Operations Director"... "Very very the closely" tau... Kalau tak rapat masakan dapat merasa BMW dia seperti yang Farah borak semalam... di dalam entri INI.
Disebabkan tadi kekonon "fefeeling" nak kasual... Memang pakai seluar denim jerlah... hew hew hew... Lepas tu saja-saja padankan dengan "sneakers" sepertimana yang kelihatan di dalam gambar di atas. "Sneakers" tu ada sejarahnya sendiri. Atuk Ash belikan untuk Farah semasa di Tingkatan 2 dulu... Haaa bayangkan... saiz kaki 6 tu tak berubah-ubah sampai la ni... Muahahaha...
"Sneakers" ni Farah sering pakai untuk latihan pasukan sorak selepas sekolah, pergi jenjalan dengan kawan-kawan sekolah, jenjalan dengan Nek Ma Ash dan Atuk Ash. Dan harganya cumalah lebih kurang RM 130 kot dulu. Hurmm... lama tak dari Tingkatan 2 sampailah ke sekarang kewujudan "sneakers" ni? Masa tu Sketchers tak keluar lagi rasanya...
Alhamdulillah, wujud lagi dan masih elok lagi sehingga dah beranak satu. Memang jujur, ini adalah "sneakers" yang paling lama dalam simpanan Farah dan kondisi masih elok seperti baru.... Ngeee...wink wink wink...
Tiba-tiba rasa puas hati betul sebab "sneakers" ni wujud serta masih berfungsi dengan baik... "Sneakers" kesayangan pulak tu... Kalau kira-kira ada 19 tahun dah ni... Huh memang puas hati betul...
lamanyaa dah kak farah. tahan sampai sekarang tuu. cayalahhh :D
ReplyDeletepehhhhh hihihi
ReplyDeletelama gila tahan kak farah :O
wowwww!!!
hihi
comel nampak sneakers tu..
ReplyDeleteada jugak simpan yang lama2. tapi dah bekulat. kui2...
ReplyDeletecomel! mcm tuan dia jugak..:-))
ReplyDeleteso cute
ReplyDeleteproduk yg berkualiti dan tahan lama :)
ReplyDeleteselesa pakai sneaker..senang nak bergerak buat kerja kan :)
ReplyDelete