![]() |
Sumber dari Google |
Selain daripada Bilik "Mothercare" Di Pejabat? yang Farah kongsikan tempoh hari. Lagi satu yang Farah ingin kongsikan adalah tentang rekod kedatangan di pejabat menggunakan sistem biometrik. ^_^... Sebenarnya... Farah bukanlah "jakun" sangat dengan sistem rekod kehadiran di pejabat menggunakan biometrik ni. Sebelum ni, Farah pernah terbaca juga tentang perakam waktu biometrik ni di beberapa artikel dan juga beberapa blog yang lain. Di Malaysia, memang ada dipraktikkan di syarikat-syarikat yang memilih untuk menggunakan sistem ini untuk rekod kehadiran pekerja-pekerja mereka. Makanya, mesej yang ingin disampaikan di sini adalah Farah bukan "jakun" ek? Muahahaha...
Sistem biometrik fungsinya sama dengan kad perakam waktu (ini cara tradisi) ataupun "access card" yang banyak digunakan di syarikat-syarikat di Malaysia. Tetapi berbeza dengan kad perakam waktu ataupun "access card", ianya mengenal pasti kakitangan yang masuk/keluar yang tidak memerlukan sebarang kata laluan mahupun kad dalam sesaat sahaja. Ianya amat mudah dan praktikal sebab walaupun seseorang pekerja itu tidak mahir tentang IT, dia masih mampu untuk menggunakannya.
Bagi Farah ianya juga sebagai salah satu cara dan alternatif syarikat bagi memastikan tiada sesiapa pun yang mengelat atau menipu tentang kedatangan mereka. Kalau "punch card", kita boleh suruh orang lain tolong ketukkan... kalau "access card" kita boleh suruh orang lain "swipe"kan... Tapi tidak dengan sistem biometrik... Haipp... Farah tak pernah buat kerja macam tu ek? Setakat bekerja selama 11 tahun lebih ni tak pernah lagi tau... Hu hu hu... Sistem biometrik ni memerlukan cap jari... habis tu takkanlah seseorang tu nak kerat jari sendiri semata-mata nak suruh orang lain imbas kan?
Cerita punya cerita... muahahaha... sebenarnya pejabat baru Farah menggunakan sistem biometrik ni... Makanya setiap pagi... kenalah imbas kedua-dua belah jari telunjuk untuk rekod kehadiran ke pejabat pada hari itu... ^_*...
*Kalau sekolah-sekolah semua dan universiti "impose" sistem biometrik ni pada para pelajar pun bagus ni... dari cara konvensional cikgu cikgi tanda kehadiran kelas setiap hari tukar kepada digital. Tugas cikgu cikgi mungkin dapat diringankan sedikit, dari konvensional kepada digital. Cukup bulan cetak sahaja rekod kedatangan... errr boleh pakai tak cadangan ni agak-agaknya? Agagagaga...
bagus gak kalau camni.. takde sape leh neglat.. hee
ReplyDeleteAssalamualaikum farah, morning!
ReplyDeletetempat kje lama zaza pernah guna sistem ni.. tpi ada jugak jari kwn zaza yg xboleh nk scan muahaha.. jari hantu kot!. tpi tmpt kje skrg msih guna sistem punch card.. itupun kadang2 merah jugak agagaaaaaa..
Papaglamz guna excess kad.. Klu guna sistem biometrix ni msti company high klazz jer. Huhu
ReplyDeleteyg x best nye sistem ni kadang2 susah nak baca jari. hohoho
ReplyDeletekt tempat kerja saya guna kat sistem ni tahun lepas... mmg tak boleh ngelat.. kalau lewat kna maklumkan kt pentadbir...
ReplyDeletekat sini still lagi pakai kad dan punch card..huhuhuu..
ReplyDeletenice..:)
ReplyDeletepernah juga pakai yg mcm ni.. tp kekadang dia xdpt detact ibu jari kita. bila itu terjadi, agak leceh la.
ReplyDeleteAkk punya finger print asik tak leh baca je.
ReplyDeletekami pakai scan card ngeee..dah macam dekat bank pulak nak kena imbas cap jari hihi
ReplyDeletemencabar pakai finger print nih,...hehehhehe...
ReplyDeletekang tetibe adew terselit2 merah...
jom follow saya ://vitaminsihatmommyzila.blogspot.com
kompeni saya ada ura2 nak buat macam ni dari beberapa tahun lepas tapi tak dilaksanakan sebab tak sesuai katanya..operator tangan berminyak..
ReplyDeletetapi kira canggih la kan guna sistem ni
a'ah opis sy pon pakai thumbprint ni jugak..so memang xboleh nak cilok2 la bg sesapa yg suka cilok time keje tu hehe...xblh da nak suh org tlg punch ke apa .ekeke
ReplyDeletewah! nicelahh. :)
ReplyDeleteBagus bagus..mendidik insan jadi lebih disiplin...salam perkenalan bt farah
ReplyDelete