![]() |
Sumber dari Google |
Lebam dan bengkak tu sangat sinonim dengan anak-anak yang sudah mula melasak. Terutama yang mempunyai anak lelaki lah kan? Sekejap masuk bawah meja makan, sekejap bawah kerusi, sekejap panjat sana, sekejap panjat sini. Phewww... memang anak-anak ni beri peluang pada ibu-ibu masing-masing untuk bakar kalori dan lemak berlebihan di dalam badan. Agagagaga...
Di usia-usia anak-anak sedang "naik" dan melasak, memang sekurang-kurangnya sekali mesti ada sama ada lebam ataupun bengkak. Hurmm... tipulah kalau Farah kata Ash tak pernah benjol dahi dia kan? Sekali jer...sekali tu jer di tahun 2014 yang lepas. Hua hua hua, tu pun sebab Farah tak sempat sampai sebelum kejadian. Tapi tak adalah serius mana pun... sikit ajer... Selepas pada tu, memang duduk menghadap dia jerlah dan tak pernah terlepas pandang sekali pun. Alhamdulillah... akan datang ni tak taulah pulak... Hu hu hu... Kalau bolehnya, janganlah jadi lagi. Berderau darah rasanya.
Apa yang Farah lakukan adalah... cepat-cepat ambil kiub ais dan tekapkan di dahi yang benjol tu. Phewww... laju jantung Mummy berdegup tau tak Ash? Dia? Dah tentu-tentulah ligat menangis.
Sedikit peekongsian dari sumber di SINI...
Malang sememangnya tidak berbau. Anak kecil kita sentiasa terdedah kepada sebarang kemalangan yang tidak diduga pada bila-bila masa. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan untuk sebarang rawatan kecemasan bagi meredakan kesakitan yang dialami dengan segera.
Masalah lebam dan bengkak boleh terjadi kepada kanak-kanak kecil semasa mereka bermain. Lebam timbul apabila suatu pukulan atau jatuhan menyebabkan pendarahan dalam tisu di bawah kulit yang menghasilkan bengkakan dan perubahan warna. Lebam biasanya pudar secara beransur-ansur dan hilang selepas tempoh seminggu.
Masalah lebam dan bengkak boleh berlaku sekiranya jari anak kita tersepit pada pintu atau tingkap atau sesuatu yang berat jatuh ke atas kaki atau tangannya. Kita hendaklah memegang bahagian yang tercedera di bawah air sejuk yang mengalir selama beberapa minit.
Jika bahagian yang tersepit menjadi sangat bengkak atau masih berasa sangat sakit selepas kira-kira setengah jam, bawa anak kita ke hospital.
Bagi masalah bengkak atau lebam yang dialami di bahagian kaki akibat jatuh atau terhempap sesuatu objek, pegang sekeping pad yang diperah di dalam air yang sangat sejuk atau ketulan ais yang dibalut dengan sehelai kain lembap, pada lebam tersebut selama kira-kira setengah jam. Ia sepatutnya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Tetapi sekiranya anak kita masih lagi berasa kesakitan atau jika anggota yang lebam itu berasa sakit apabila digunakan, terutamanya jika bengkaknya serius, periksa sebarang tanda sama ada sendi itu tergeliat atau tulang mengalami masalah patah. Segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Lebam, bengkak dan benjol bukan perkara yang boleh dipandang remeh sebenarnya. Macam Ash... sekarang ni dah tentu-tentu lasak... memang risaulah kan? Lagi-lagi dalam fasa sibuk nak berdiri sendiri lepas tu terduduk atau tergolek sendiri... Rasa macam nak letak permaidani di seluruh lantai rumah jer... hu hu hu... setakat ni belum ada lebam, bengkak dan benjolan lagilah pada dia, sebab sama ada Nek Ma Ash atau Farah sendiri akan sentiasa ada berdekatan dengan dia dan pantau dia... Kalau boleh tak maulah, tapi kalau nak terjadi, siapa kita nak jangka apa yang Allah dah tentukan ye tak? Cuma selagi boleh elak, Farah cubalah elakkan...
hero nak membesar..tapi kalau asyik jatuh je mau tak risau ye dak..
ReplyDeletesangat berkesan guna kiub ais tu kan :)
ReplyDeletenani selalu mata lembam sebab tak cukup tido. hahaha :P
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesinggah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day
Kalau diam je bahaya pulak budak2 ni. Tapi bila melasak, hahaha semua ibu memahami perasaan anak yg tengah melasak. Sabar jela. Berdoa yg baik-baik. Dan alert dengan keadaan sekeliling. Kadang depan mata pon boleh sakit.
ReplyDeleteIbubapa mna yg x risau klau anknya jatuhkan
ReplyDeleteZumal pernah tengok ada parent yang tak ambil kisah anak bermain, kita yang nampak nie lagi risau takut anak-anak dorang jatuh ke, luka ke... Bahaya kalau tiada pengawasan...
ReplyDeleteAdoi dah lama tak bengkak lebam ni
ReplyDeleteHati je yg bengkak ni acane ni kak farah kikiki
Hi farah wahida..boleh pm no fon awk x? Ade sesuatu nk tanya.tq
ReplyDelete