Pembelajaran Sehingga Ke Bilik Tidur...

Farah Waheda Wahid
6

Alhamdulillah, semalam ini adalah rezeki untuk Ash daripada seorang sahabat Farah, "BFF" Farah. Set buku bersama-sama "quilt" yang boleh dijadikan alas untuk tidur sambil-sambil tu golek-golek atas tilam, masih boleh belajar kan? 

Mula-mula di siang harinya, semasa makan tengah hari bersama Abah dia, sibuk suruh buka bungkusan yang Aunty Nurul dia bagi. Masa tu jugak, dia selak-selak buku tanya itu ini kepada Mummy. Macam biasa... Mummy kan "teacher Ash"? Kenalah layan kan? Walaupun pada waktu dan ketika itu di kedai makan. 

Selepas itu... bila sampai ke rumah pun... taj menyempat-nyempat suruh bentang "quilt" dan duduk bersama-sama dia untuk sesi "belajar"... Teruja sungguh dia...


Nampak-nampak gayanya buat waktu dan ketika ini, ianya adalah kegemaran utama Ash. Lupa dah pada LEGO yang dia "tag" Mummy yang mengakibatkan Mummy terjebak sama... lupa dah pada mainan-mainan lain buat seketika... Seolah-olah tumpuan dan fokus hanya kepada buku dan "quilt"... 


Apa yang menariknya buku itu bagi Farah... ianya adalah buku keras yang berpoket di mana di dalam poket-poket di setiap muka surat di buku tersebut, ianya mengandungi kad imbas yang boleh dikeluarkan dan digunakan di dalam aktiviti pembelajaran. Cara Farah... biarkan Ash selak buku tersebut dengan sendirinya, dan biarkan dia tunjuk dengan jari telunjuk comelnya terdahulu... kemudia baru Farah terangkan disertai dengan bunyi-bunyian sesuatu haiwan itu. Cara ini memang lama telah dipraktikkan kepada Ash semasa sesi pembelajaran dia sebelum ini. Itu sebabnya bila dia nampak gambar kucing, dia akan automatik mengajuk bunyi kucing mengiau, gambar ayam dia akan mengajuk bunyi ayam berkokok...^_^... 

Apa yang menariknya "quilt" tersebut pula, boleh dijadikan alas di tempat tidur yang mana memang nampak keberkesanannya bila Ash berminat untuk menunjuk dan bertanya tentang gambar-gambar haiwan dan abjad di "quilt" tersebut sambil-sambil kami baring-baring tunggu masa unuk tidur... pertanyaan berterusan sehinggalah dia dah tak terlarat nak bertanya, mata kuyu dan akhirnya lelap... kroh kroh kroh.., 

Inilah yang dikatakan sebagai pembelajaran sehingga ke bilik tidur... Semoga ianya memberikan impak yang positif kepada perkembangan Ash... dan aktiviti ini mungkin juga boleh digunapakai oleh para ibu bapa di luar sana... 

Terima kasih Aunty Nurul sebab belikan Ash hadiah ni... Syukran, semoga rezeki Aunty Nurul sentiasa dimurahkan oleh Allah SWT...

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !