Jumpa & Merasa Juga Akhirnya...

Farah Waheda Wahid
12

Masa mengandungkan Ash dulu, Farah pernah menyampaikan suara hati...hamboiii kemain suara hati bagai ko...yang Farah mengidammm sangat nak makan satay ikan... Satay ikan ni memang "legend" dalam hidup Farah... salah satu kegemaran Farah selepas waktu sekolah di sekolah rendah dululah katakan... Ihiksss.... Teringinnnn sangat nak makan satay ikan tu masa mengandung... Semasa bulan September 2013, ketika itu usia kandungan Farah lebih kurang 6 ke 7 bulan, masa tulah keinginan tu menjadi-jadi... Farah pernah kongsikan di dalam entri "Throwback"#3: Rindu Nak Makan Satay Ikan...

Tapi sehingga ke saat tiba masa melahirkan Ash sampailah Ash dah lahir.... dan sampailah Ash dah berusia 1 tahun 2 bulan semalam... Tak dapat makan punnn... Hu hu hu... Keinginan nak makan dan nak merasa tu tak pernah lupus dan luput... Tetap gigih nak merasa jugak... Hu hu hu... Cari sana cari sini, tak jumpa-jumpa... Kesian tak? Kesian kan? Tapi apakan daya redhakan ajerlah... Farah bukanlah jenis yang tak dapat apa yang Farah idamkan masa mengandung selepas tu merajuk segala bagai... Dan bila Farah mengidam tu, tak juga berkomunikasi beritahu... Hik hik hik... cuma sesetengah tu yang rasa tak boleh nak dikawal lah keinginan itu... ^_* Farah akan mintak jugak... Tak kira tak peduli... Nasib tak mintak yang bukan-bukan sangat kan? Ha ha ha... 

Akhirnya hari ini sewaktu berjimba-jimba di pasar malam seketika... Pasar malam di Petaling Jaya... tak pernah pergi pun... Itupun sebab diajak tu yang jejak tu... Dah sampai nak mengandung lagi sekali #ehhh taklah... saja melawak... tak ada perancangan untuk hamil lagi pun buat ketika ini... Tak fikir pun... Ahaksss... Barulah terjumpa gerangan si satay ikan... Apa lagi... hati melonjak-lonjak kegembiraanlah... Apa lagi kannn? Mulalah cuit-cuit lengan dan pujuk rayu meminta... 

Phewww... nasib dapat... alaaaa bukan mahal pun kan? Mampu beli... 5 cucuk RM 2.00 dan 10 cucuk RM 4.00... Dulu masa sekolah satu cucuk RM 0.50 ajer... Bezanya dulu dan sekarang... Belinya 10 cucuk ajer dan kongsi makan bersama-sama... Perghhh, syukran Allah atas nikmat makanan yang dianugerahkan... Walaupun rasanya tidak serupa dan tidak se"kick" waktu-waktu zaman sekolah rendah dulu...tetapi tetap bersyukur... sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan kerinduan dan keinginan itu... Ngeee.... 

Puas hati betul bila dapat jumpa dan dapat merasa... Errr, tapikan... ada sesiapa yang tahu? Di mana ada jual satay ikan yang sangat sedap? Ha ha ha... Nak juga cuba... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Satay sodap tu......

    ReplyDelete
  2. kat sini punya la banyak orang jual benda ni .tapi saya tak suka..macam tak selera lagi2 bila tengok sos dia..heheh.ada yang merah sangt macam letak pewarna..ada yang kaler pink..ada yang rasa macam serbuk cili ditambah air je..erm..kalau ada yang betul2 sedap nak jugak la rasa..

    ReplyDelete
  3. Haritu nampak kak Shalimar ada packing2... tak tahu sedap ke tidak... haha... Kalau Sha, bikin sendiri laa sebab iolsss kan surirumah.. hiks

    Sha zaman sekolah, secucuk 20sen je... hee ~

    ReplyDelete
  4. Nani pun biasa jumpa satay ikan ni dekat pasar malam aje. heheh :D tempat lain tak pernah lagi makan

    ReplyDelete
  5. dulu slalu ja ada moto mai jual depan rumah skrg dh xda... kalau teringin saya akan ke kuala perlia.. kat masjid terapung kuala perlis ada jual...

    ReplyDelete
  6. murah tu kak..memang sedap..ala² kopok lekor rasanya :)

    ReplyDelete
  7. baru jew mkn satay ni,sedap..hihi

    ReplyDelete
  8. hihihi, Alhamdulillah jumpa jugak ya? ;-)) dieyana pun suka sate ikan ikan ni.

    kalau kat Kelantan 5 seringgit ;-))

    ReplyDelete
  9. tak pasti pulok kat mana ada yang sedap, setakat ni, yang sedap kat Kelantan lah..hiihi...kalau farah g Kelantan, p rantau panjang..bnyk org jual sate ikan/'lokcing' ;-))

    ReplyDelete
  10. aida x pernah jumpa lagi kat melaka ni...
    mau carik la...
    mcm sedap aje tu citer farah hi hi....

    ReplyDelete
  11. Saya pun tak pernah makan lagi satay ikan ni...kena cuba ni:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !