![]() |
Sumber dari Google |
Melatih anak-anak dengan mewujudkan satu jadual rutin harian adalah merupakan salah satu langkah yang dilakukan oleh para ibu bapa di dalam usaha untuk membantu anak-anak supaya lebih berdisiplin. Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri di dalam melatih serta memupuk disiplin di kalangan anak-anak masing-masing. Farah dengan cara Farah, "uolss" dengan cara "uolss"... betul tak? ^_^ Ngee...
Sebenarnya untuk Ash... sememangnya Farah dah sediakan jadual rutin harian dia semasa Ash masih lagi di dalam perut. Dengan ketidakpakaran yang ada... hew hew hew... betullah tak pakar... Farah mencari informasi, belajar memahami dan ubahsuai jadual rutin seharian Ash untuk tempoh selama setahun.
Sampai ajer bulan November 2014 yang lalu, pada tarikh kelahiran Ash... Secara automatiknya, jadual rutin harian Ash yang baru telah dikeluarkan. Alaaa, macam kita buat bajet dan "forecast" tahunan syarikat... Muahahaha, lebih kurang macam tulah. Jadual rutin harian Ash telah diubahsuai mengikut peringkat usia dan juga berdasarkan kepada jadual tidur yang bersesuaian. Pernah Farah kongsikan dulu, Baby & Children Sleep Chart. Huh...
Mula-mula awal tahun kita draf dulu, lepas tu kita ubahsuai dari semasa ke semasa. Secara asasnya, di dalam jadual rutin harian Ash sememangnya ada waktu minum susu yang telah ditetapkan, ada waktu bermain dan aktiviti yang telah ditetapkan, ada waktu belajar santai yang telah ditetapkan, ada waktu makan yang telah ditetapkan dan sebagainya. Kesian Ash.... hik hik hik... kecik-kecik lagi dah diatur mengikut jadual? Kejam ke? Tak kot? Hidup Ash masih seperti kanak-kanak lain juga... Farah percaya semua ibu bapa ada cara yang tersendiri kan? Bukan bermaksud Ash ada jadual rutin harian dia tak boleh pilih apa yang dia suka dan buat apa yang dia suka... Boleh... tapi ada masa-masanya...
Kenapa perlu sampai nak buat macam tu sekali pada Ash... Hurmm... macam nilah... zaman sekarang ni zaman yang kompetitif, zaman yang banyak cabaran dan macam-macam yang boleh kita lihat. Mendidik generasi Y dan Z bukanlah sama seperti mendidik generasi baya-baya kita dulu. Lebih-lebih lagi Ash tulah anak teruna Farah yang seorang. Bukan Farah poyo-poyo nak menunjuk pada orang ke apa ke yang Farah didik anak dengan cara macam tu. Tapi ada alasan Farah yang tersendiri. Sama seperti ibu bapa lain ada alasan mereka yang tersendiri di atas sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil itu.
Mungkin mana-mana blog, jarang... bukan tak ada yer, ada tapi kapasitinya mungkin jarang bercerita bagaimana cara mendidik anak masing-masing... manalah tau mungkin rahsia ke? Muahahahaha... tak nak orang lain tau formula rahsia dalam mendidik anak-anak masing... ekekekeke... faktor keselamatan pun iya... tapi bagi Farah ada perkara yang boleh diceritakan, ada perkara yang kita patut simpan sendiri sahaja... Ini Farahlah, orang lain Farah tak pasti... "peace no war!"
Penting bagi diri Farah dan inilah pendirian Farah sebagai seorang ibu... Ash perlu belajar tentang disiplin dan konsistensi dari kecil supaya ianya boleh dipraktikkan sepanjang hayat. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin. Untuk berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat perlu ada disiplin dan perlu ada konsistensi, itu yang Farah cuba terapkan. Dan salah satu cara yang terbaik adalah bila tiba waktu Ash sudah faham, sudah boleh bercakap, disiplin dan konsistensi itu boleh ditambah dengan modul Islamik itu sendiri seperti solat (yang pertama sekali Ash perlu patuh), puasa dan sebagainya. Islam itu indah. Ia meliputi segenap kemahiran hidup dan dari situ kita belajar.
Bukan bermakna Ash berada di bawah pemerintahan kuku besi... sekali lagi Farah tegaskan... Ash masih kanak-kanak riang...Cuma dia perlu tahu masa-masa yang bersesuaian untuk melakukan apa saja aktiviti yang dia suka atau mahu dan waktu-waktu dia perlu tidur, makan, minum, mandi. ^_^...Dan ini juga sebenarnya penting untuk mengajar Ash tentang pengurusan masa yang sistematik serta betul.
Tidak semestinya hasil akan terjadi seperti yang diharapkan tetapi rebung masih boleh dibentuk sebelum menjadi buluh. In Shaa Allah, jika kita sebagai ibu bapa konsisten di dalam mendidik, mendisiplinkan anak... Hasilnya akan terlihat juga nanti... Alhamdulillah, Ash mudah mengikut dan cepat faham tentang waktu-waktu dia... Mungkin ada yang berpendapat ianya ibarat menyeksakan anak atau membebankan anak... tetapi... kesannya bukan kita lihat sekarang, kesannya akan terlihat kemudian dan dirasakan oleh anak itu sendiri kemudiannya di dalam hidup mereka...
"Sometimes you just got to be cruel, in order to be kind..."

kalau anak nak ikut okay la.. kalau anak N, hurmmm main je sepanjang masa
ReplyDeleteNina setuju kita buat schedule pastu cuba sedaya upaya follow schedule konsisten baru lah displin terbentuk dgn jayanya....
ReplyDeleteSistematik..hehehe..macam ni la bagus
ReplyDeletesbnrnya jadual rutin harian untuk anak2 (mahupun kita yang dah dewasa ni) sangat bagus..sbb bila kita dah plan aktiviti harian/mingguan/bulanan kita, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar..kalau ada pun yang tersasar, biasanya tak lari jauh sangat...
ReplyDeletedari kecik2 lah kita nak ajar tentang pengurusan masa, rutin dan sebagainya kannn? melentur buluh biarlah dari rebungnya. ^^
Sentiasa bersedia dalam sebarang kemungkinan..kita tidak pinta tapi kita dah usaha dan selebihnya berserah kpd Yg Maha Kuasa. itu lah tanggunjawab sebagai ibu dan juga bapa.
ReplyDeleteLain dulu lain sekarang..kena ikut rentak di mana zaman kita berada.
All the best mommy Ash. good luck.
Salam. Hee siapalah tidak sayang anak tetapi ada kann.
ReplyDeleteamin...untung ash ade mummy mcm u ;)
ReplyDeleteNice sharing... thanks...
ReplyDeletebolehh lah latih anak sedara nani macam ni. hehehe. tak dak anak lagi anak sedara pun bolehhh :D
ReplyDeletegood idea.nnti boleh cuba untuk anak kite plak
ReplyDeleteOkje suka cara didikan cenggini.... biar mereka lebih berdisiplin....tp tulah okje dah terlambat bukan rahsia lagi hihi....Bagus Farah, teruskan!
ReplyDeleteDania pun ada jadual rutin dia sendiri...senang dia ikut
ReplyDeletefuhh good idea sis
ReplyDeletetak pernah la buat jadual... tapi ank2 mmg ada jadual wktu wlaupun scara tak formal..
ReplyDeleteElok juga da jadual spt ni kan..trsusun
ReplyDeletekita pun kekadang dok tukar jadual meke
ReplyDeleteok jugak kan buat jadual macam ni, latih anak disiplin dari kecik, dah besar nanti mesti dia terbiasa..
ReplyDeleteThank you sis for sharing. Saya sedang cari cara buat rutin harian bersama anak lelaki saya 2 tahun. Orang selalu cakap alah beli ini untuk dia. Tapi saya confuse nak aturkan camana, alhamdulilah sensory , montessori ada tapi nak arrange jadual saya jem.
ReplyDelete