Kisah pagi semalam... Tengah sibuk-sibuk Mummy dia bersiap nak keluar atas urusan kerja (ihikss kerjalah sangat... tapi yerlahh memang kerja punn)... dia pun sibuk "bersiap" jugak... Padahal dia dah siap pun lebih dulu pada Mummy... Masa gambar ni dirakamkan Farah tengah kemas beg tangan.
Dia diam ajer... cuma sesekali terdengar dia "giggling" sendiri... Ingatkan tak ada apalah kan? Muahahaha... lepas tu jeling-jeling jugak sikit... Tiba-tiba terbeliak mata Mummy dia... ha ha ha... tak adalah tipu ajer... Tak terbeliak punnn... cuma mulut laju jer mengeluarkan perkataan ya ampunnnn.... Bha ha ha... Patutlah diam dan gelak-gelak sendiri... rupa-rupanya seronok main dengan kotak dan beg kertas Pandora Mummy.
Oooohhh anak... banyak lagi kotak berderet... kenapakah Pandora jugak menjadi pilihan kamu? Pandai pulak dia jadi Mc Gyver buka kotak tu... dan dengan itu dia keluarkan gelang tangan Pandora itu sambil-sambil dia kulum. Kulum tak apa lagi, jangan dia sorok atau campak mana-mana yang susah nak dikenalpasti lokasi sudah. Nanti jenuh Mummy nak mencari... Ash ni pandai sorok barang ok? Macam hari tu, Kalut Dan Serabut Cari "Remote" ASTRO Serta Telefon Nek Ma.
Ini kalau disorokknya Pandora Mummy ni, mau jadi kalut dan serabut jugak ni. Sebab kalau di ruang tamu tu mungkin dah boleh agak di mana dia sorokkan sebab dah selalu sangat. Muahahaha... Tapi kalau dalam bilik yang dia tak pernah sorok barang ni? Mungkin boleh agaklah lokasi di mana dan di mana. Cumanya kalau tak ada? Kalau dia sorok di lokasi lain yang tak terjangka?
Macam minggu lepas punya insiden, baru hari ni Mummy jumpa mana pergi "waffle" dan coklat dia yang dia "tag" Mummy dari kedai... dush dush dush... puas cari bawah kereta, lantai "porch"... bila basuh kereta hari ni... Hamikkk.... rupanya dia masukkan melalui lubang di kerusi penumpang belakang ke dalam bonet belakang kereta... ha ha ha... Ash suka main "hide and seek" dengan Mummy yer? Haippp... sorok barang tak apa... boleh cari... jangan main sorok-sorok diri sebab nanti Mummy mesti panik dan nangis... Nauzubillahminzalik.... memang takkan ajar dialah main sorok-sorok diri sendiri... #ehhh... ha ha ha...
Tapi kannn, kalau betul-betul dia sorok Pandora Mummy lepas tu tak dapat cari dan berbulan-bulan, bertahun-tahun baru jumpa... Huwaaa... memang nangislah Mummy... Habislahhh Pandora Mummy Ash...
Jangan main sorok-sorok sangat ek wahai anak? Ekekekeke....
nak pandora mummy...hehee...
ReplyDeleteselamat malam..jom ke blog syira...sertai giveaway simple and menang pelbagai hadiah hebat serta wang tunai :D
Alamak!
ReplyDeletetakkan ash nak pakai pandora jugekk. hikssss :D
ReplyDeletecomel je cara dia tenung geram dekat paper bag pandora tu!
ReplyDeleteeh eh..mau nangis kalau ash sorok Pandora tu..hikss
ReplyDeleteBudak-budak kecik ni memang terror sorokkan barang ek. Pernah sekali tu my anak buah sembunyikan iPhone my sis dalam plastik bag baju-baju yang nak disedekahkan kat orang! Haru betul!! :)
ReplyDeletedia geram tu tengok mommy melaram..
ReplyDeleteBgus la tu dia sorokkn dr dia rosakkan... Hihi..
ReplyDeletehehehe..Ash bergurau dengan mummy tu
ReplyDeletehahaha..pandai ash
ReplyDelete