Tahun 2014 yang lalu, memang ada beberapa kali Farah berkongsi entri tentang Ash yang minat tolong Mummy dia "berkemas"... Di antara, entri-entri yang dimaksudkan adalah...
Pembantu Rumah Baru???
Ash Tolong Mummy Kemas Rumah???
Kali Ni Betul-Betul Mengemas... Pheww...
Ash Tolong Mummy Kemas Rumah???
Kali Ni Betul-Betul Mengemas... Pheww...
Dan hari ni sekali lagi, dia tolong Mummy mengemas. Gambar yang dirakamkan memang berada di dalam kualiti yang agak kurang memuaskan sebabnya sambil "vacuum" sambil "capture" gambar... Ha ha ha, begitulah kaedahnya bila seorang ibu bergelar seorang blogger "uolss"... Semua benda nak buat kan? Sambil kemas rumah pun boleh lagi "capture" gambar. ^_*...
Tak kisahlah, janji penceritaan itu sampai kepada maksudnya. ^_^.
Kali ini, lain pulak ceritanya. Mungkin kerana dek dah terbiasa melihat Mummy gulung permaidani untuk "vacuum" lantai yang di bawah permaidani dulu sebelum "vacuum" permaidani... Selalu memerhatikan. Hampir saban minggu. Makanya sel-sel otak telah dapat mentafsir reaksi itu. Diapun bila Mummy "vacuum" rumah, tiba-tiba sibuklah nak menggulung permaidani.
Berat tu permaidani tu... Hurm... Ashhhhh kuatnya tenaga!!! Ikut tenaga angkat besi macam Abah Ash ke? Nanti dah besar dah daya pergi gimnasium yer? Bagi sado badan... Muahahaha...
Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang dipertontonkan oleh ibu bapa dari mengikut apa yang diperkatakan. Itulah dianya... Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya ada anak lelaki yang boleh diharapkan nanti-nanti bila dah besar untuk bantu Mummy angkat barang berat bila mengemas rumah. Ekekekeke... Harap-harapnya ringan tulang sampai bila-bilalah yer? In Shaa Allah... Amin...
Siapa cakap tak ada anak perempuan rugi? Sebab tak ada yang dapat membantu kelak dengan kerja-kerja rumah? In Shaa Allah, kalau kena gaya didikannya, boleh diharapkan juga yer tak? Beruntunglah wanita-wanita yang dapat mengahwini lelaki yang ringan tulang membantu melakukan kerja rumah...Bonus tu... "plus" romantik dan "gentleman" giteww... ^_*
Wahh rajinnya ank mummy ni..ank yg baik
ReplyDeletewah ash...rajin betoi ni...leh buat menantu ni...
ReplyDeleteRajin Ash...:)
ReplyDeleterajin ash ni tolong mummy mengemas. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah..selagi masih rebung..insyaAllah boleh..amin,,
ReplyDeleteKejapnya Ash dah besarrr.. nampak sangat iha yang dah lama tak bukak blog, hihi.. harap anak teruna kak Farah ni akan menjadi anak yang soleh dan ringan tulang membantu semua orang sampai bila-bila, Aamiin.. btw, miss you kak Farah!
ReplyDeletealahai.. sweet nya ash ni.. rajin tlg mummy dia.. good job ash!
ReplyDeletebagus ash..jadi anak yang rajin
ReplyDeleteminta kebenaran untuk bertukar link blog. Saya memasukkan link blog ni dalam bloglist saya.
ReplyDeletehttp://pentekan.blogspot.com
ank lelaki pun kena didik pndai buat kerja rumah...xde lah nnt khwin harap bini je semua....
ReplyDelete