![]() |
Gambar diubahsuai dari Google |
Tengah fikir-fikir nak masak apa ni sebenarnya... sambil-sambil tu belek tablet dan "update" apa yang patut. Masak untuk tengah hari sahaja, malam nanti ada "wedding dinner"... Ash??? Tidur... Keletihan dari "outing" pagi tadi bersama salah seorang BFF Farah dan juga Abah Ash. Ni dah pengsannn... Ha ha ha... Letih sangat lettew...
Pejam celik pejam celik, esok bermulalah rutin sebagai ibu bekerjaya kembali. Kembali kepada rutin mengharungi jalan sesak pagi petang siang malam menuju ke Petaling Jaya. Itu normal lah tu kan? Sekarang ni tak kira mana-mana pun jalan tetap sesak... Kereta dah banyak atas jalan raya sekarang. Rata-rata rakyat Malaysia kebanyakkannya dah berkereta. Alhamdulillah, rezeki rakyat Malaysia.
Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba juga esok. Memang sepatutnya Farah memulakan tugas pada 5 Januari 2015, tetapi di atas permintaan "boss" baru iaitu Mr.R, Farah diminta untuk memulakan tugas di pejabat esok iaitu pada 2 Januari 2015. Sehari jer kerja, lepas tu Sabtu Ahad cuti balik. Isnin kerja seperti biasa dan seterusnya begitulah.
Perasaan duduk rumah? Ok jer... hik hik hik... yang paling menyeronokkan memang selama lebih kurang hampir 3 minggu ni menghabiskan masa-masa terluang sepenuhnya bersama anakanda permata intan payung yang seorang itulah. Penat? Tak pun... penat tu hilang bila melibatkan anak.
Perasaan nak mula bekerja kembali? Seronok, gembira dan tidak sabar untuk memulakan tugas demi mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga dan terus bergerak ke hadapan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Tempat baru, jawatan baru, "boss" baru dan tiada lagi kelibat "Pink Panther"...#ehhh... muahahaha...
Gayanya macam budak-budak nak kembali ke sekolah ajer kan? Baju dah siap gosok, "shawl" dah siap gosok... "handbag" dah dikeluarkan cuma belum "transfer" sahaja lagi... kasut-kasut dah letak semula di belakang bonet... Ha ha ha...
*Hari pertama esok pakai baju apa? Baju berwarna "dusty pink"... ^_*... Haruslah "pink" dulu sebagai pemula langkah kan?
selamat berkerja di tempat baru sis :) semga ceria ceria selalu :D
ReplyDeleteAll the best and good luck ye sis. Kerja baik2 , berusahalah selagi termampu.
ReplyDeleteselamat bekerja kak..... :D
ReplyDeletepink semuanya...hehehe
ReplyDeletelepas ash sunyi la..
Oklah tu Farah dah puas sangat tu cuti
ReplyDeleteKakak hari ini pun kerja tau. Johor tak cuti 1st Jan
Kami ambil awal Muharram sebagai public holiday.
selamat kembali bekerja !!! i like pink. but this year eyja like yellow color. hehe
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar InsyaAllah...all the best kt tmpt baru esok! ^^
ReplyDeleteall the best kak farah!!wahhh!!peminat tegar pink ni,,hehe
ReplyDeleteSelamat bekerja semula kak Farah. Hari pertama akan membuatkan kita ada symptom mim alif lam sin, hehe tapi nanti mesti dah biasa..
ReplyDeletemoga membawa sinar yg baru ditempat yg baru...
ReplyDelete