"DIY": Kitar Semula Bekas Tisu Basah Bayi...

Farah Waheda Wahid
6
Sesiapa yang ada beranak kecik tu biasalah kan? Kalau memang simpan stok tisu basah ("wet tissues" ataupun nama lain "baby wipes") di rumah dan biasanya beli tisu basah yang dalam bekas tu... bila nak guna, buka penutup bekas tu dan kemudian tarik jer. Mudah kerja dan cepat. #ehhh tapi yang tak beranak kecik pun ada yang memang simpan stok tisu basah. 

Ok, selingan jap... tisu basah bukan untuk gunakan sebagai penanggal solekan yer??? Betul tak tipu... tisu basah tidak sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan... jangan buat tau... bukan Farah saja-saja cakap tetapi ini adalah pesanan dari "aesthetic physician" yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah di SINI dulu... Menurut Dr.Christina, tisu basah mengandungi kandungan alkohol yang tinggi yang boleh menyebabkan kesan ekzema kepada kulit wajah. 

Tutup cerita selingan tu, dan kembali kepada tajuk entri ini... 

Kebiasaannya, kebanyakkan daripada kita akan buang jer terus bekas tisu basah tu lepas digunakan kan? Termasuklah Farah sendiri... hew hew hew... Tetapi sebenarnya bekas tisu basah tu masih boleh digunakan kalau kita ni cukup kreatiflah... muahahaha... Farah tergolong di dalam golongan yang tak berapa nak kreatif sebab memang lepas guna jer terus buang "uolss"... 

Ada jer kegunaannya sebenarnya... dan Farah pun terfikir mungkin boleh digunapakai juga ni... Nak buat apa? Jawapannya buat tempat simpan plastik... macam yang di bawah ni...

Gambar diubahsuai dan dipinjam dari sumber di SINI
Kreatif tak beliau? Kreatif kan? Tak pernah terfikir pun selama ni. Tapi kannn rupa paras bekas tisu basah tu pun boleh "upgrade" lagi tu kalau rajin. Contohnya... 

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Sumber dari Google
Sumber dari Google
Haaa... boleh hias, boleh gunakan sebagai bekas letak pen, pensil, warna, permainan... bagus jugak kan? Makanya, sekurang-kurangnya kita pun menyokong projek kitar semula dan ianya tidak terbuang begitu sahaja. Lepas ni bolehlah rajinkan diri buat projek kitar semula ni wahai ibu-ibu... #ehhh bapa-bapa pun boleh... ^_* 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !