Sesiapa yang ada beranak kecik tu biasalah kan? Kalau memang simpan stok tisu basah ("wet tissues" ataupun nama lain "baby wipes") di rumah dan biasanya beli tisu basah yang dalam bekas tu... bila nak guna, buka penutup bekas tu dan kemudian tarik jer. Mudah kerja dan cepat. #ehhh tapi yang tak beranak kecik pun ada yang memang simpan stok tisu basah.
Ok, selingan jap... tisu basah bukan untuk gunakan sebagai penanggal solekan yer??? Betul tak tipu... tisu basah tidak sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan... jangan buat tau... bukan Farah saja-saja cakap tetapi ini adalah pesanan dari "aesthetic physician" yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah di SINI dulu... Menurut Dr.Christina, tisu basah mengandungi kandungan alkohol yang tinggi yang boleh menyebabkan kesan ekzema kepada kulit wajah.
Tutup cerita selingan tu, dan kembali kepada tajuk entri ini...
Kebiasaannya, kebanyakkan daripada kita akan buang jer terus bekas tisu basah tu lepas digunakan kan? Termasuklah Farah sendiri... hew hew hew... Tetapi sebenarnya bekas tisu basah tu masih boleh digunakan kalau kita ni cukup kreatiflah... muahahaha... Farah tergolong di dalam golongan yang tak berapa nak kreatif sebab memang lepas guna jer terus buang "uolss"...
Ada jer kegunaannya sebenarnya... dan Farah pun terfikir mungkin boleh digunapakai juga ni... Nak buat apa? Jawapannya buat tempat simpan plastik... macam yang di bawah ni...
![]() |
Gambar diubahsuai dan dipinjam dari sumber di SINI |
Kreatif tak beliau? Kreatif kan? Tak pernah terfikir pun selama ni. Tapi kannn rupa paras bekas tisu basah tu pun boleh "upgrade" lagi tu kalau rajin. Contohnya...
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
Haaa... boleh hias, boleh gunakan sebagai bekas letak pen, pensil, warna, permainan... bagus jugak kan? Makanya, sekurang-kurangnya kita pun menyokong projek kitar semula dan ianya tidak terbuang begitu sahaja. Lepas ni bolehlah rajinkan diri buat projek kitar semula ni wahai ibu-ibu... #ehhh bapa-bapa pun boleh... ^_*
kreatif betul ni :D
ReplyDeleteMemang kreatif :)
ReplyDeleteyg tmpt ltk plastik tu mmg kreatif :D
ReplyDeleteunik dan kreatif.. xpernah fikir pon nak buat cmnie..huhu
ReplyDeletememang bagus kalau kreatif dan boleh DIY je :)
ReplyDeletememang bagus macam ni..ehhee
ReplyDelete