Ciri-Ciri Hendak Memanjat Itu Telah Ada...

Farah Waheda Wahid
10

"Oh ooh oh ooh oh oh
Oh ooh oh ooh oh
Boys will be boys (hey)
Oh ooh oh ooh oh oh
Oh ooh oh ooh oh
Boys will be boys" - Backstreet Boys

Macam tulah bait-bait lirik lagu "Backstreet Boys" yang bertajuk "Boys Will Be Boys"... hu hu hu... Kalau dah lelaki tu tetap lelaki jugak... Iya ke tidak? Ok..sekurang-kurangnya boleh tarik nafas lega yang Ash tak ada kecenderungan untuk jadi lemah lembut... Errrr...apakah? Ha ha ha ha... Bukan apa, risau oooo, dahlah tu seorang jer permata hati... Zaman sekarang ni macam-macam, kalau boleh tak naklah membantu dia ke arah itu... Hu hu hu... Nauzubillahminzalik... Dia ajuk Farah pakai cekak rambut seperti yang Farah ceritakan di dalam entri Ini Pun Bahaya Jugak Ni... Itu pun Farah dah kembang kempis kemput nafas dah...Ha ha ha...Tak adalah... melawak jer...saja jer menambah-nambah... 

Nak kata dah gagah berjalan tu tak jugak... tapi berdiri tu masih terhogek-hogek jugaklah...Tapi kadang-kadang tu tegap nampaknya... Ikut dialah... Kalau langkah tu... dah setapak 2 tapak dan 4 tapak... Bersabar sungguh Mummy tunggu dia melangkah bertapak-tapak... Muahahahaha... Cumanya!!! 

Sepertimana yang kelihatan di dalam imej yang ditempek di atas... hurmmm... ciri-ciri hendak memanjat itu telah ada... Iyaaaa.... Dia dah mula sibuk angkat-angkat kaki nak cuba memanjat dah kononnya... Gambar di atas adalah sebagai contoh... dan bukan di "tv console" tu sahaja... Tetapi juga bila mana dia berdiri berhampiran dengan kerusi meja makan... ataupun berdiri melayan perasaan dia di pagar "sliding door"... Terkuis-kuis kaki dia tu nak cuba memanjat... Amboiiii, bukan main lagi awak yer? Jalan pun tidak lancar lagi, dah sibuk nak memanjat dah yer? Hu hu hu... Bersiap-sedialah wahai Mummy... Ada yang bakal jadi SpiderMan di rumah... Errr...sebelum ni pun dia memang jadi SpiderMan pun... 


Dah tak dapat daki tangga... lain pula yang cuba dipanjat yer tak? Hurmm... Tapi kann... sebenarnya bila anak-anak memanjat ni, ini menunjukkan bahawa koordinasi antara mata, tangan dan kakinya sudah mula semakin mantap. Dengan memanjat, bererti otot-otot tangan dan kaki anak sudah semakin kuat. Otot-otot pada lengan dan kakinya telah mampu menyokong tubuhnya semasa dia memanjat. 

Kita ni sebagai ibu bapa dah tentu-tentulah risau yer tak? Takut jatuh, takut cedera segala bagai. Memanggggg...itu Farah tak nafikan... tetapi memanjat juga dapat melatih keseimbangan diri anak dan membuatkan anak lebih lincah bergerak. Di samping itu, anak-anak akan mendapat satu pengalaman yang baru bila mana mereka dapat melihat benda-benda di sekeliling yang berada di bawah dari dimensi yang lebih tinggi. 

Seboleh-bolehnya menurut satu entri blog yang Farah baca di SINI ... kita jangan halang!!! Tapi pantau...Diulangi pantau...kerana bila kita menghalang secara tidak sedar kita akan halang perkembangan fizikal anak-anak yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti memanjat itu sebenarnya melatih perkembangan psikomotor anak-anak dan juga memupuk rasa yakin diri pada kanak-kanak itu sendiri.

Apa pun memanjat itu tetap berbahaya, dan pada waktu-waktu kritikal bila anak-anak dah sibuk memanjat inilah kita perlu lebih perhatian dan memerhati dengan lebih dekat... Tak boleh lepa walau sesaat seboleh-bolehnya... Hurmm... Banyak perkara yang perlu dipastikan juga... Jangan biarkan kerusi atau apa-apa sahaja objek yang boleh dipanjat berada berdekatan dengan jendela.. Contoh, contohnya... Anak-anak tak tau apa-apa, tetapi ibu bapalah yang kena ambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu yang buruk yang tidak diingini. 

Yelah yelah...Mummy tak larang... Ash panjatlah, panjatlah lagi...Mummy tak larang...Nanti takut terganggu perkembangan psikomotor Ash...Hik hik hik...Mummy pasrah dan juga redha, kerja-kerja Mummy semakin bertambah... Tak apa...Ahaksss... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh. tak lama lagi ash terror lah bab bab memanjat ni. heheh.

    ReplyDelete
  2. Kena selalu tengok² ni..Nanti tbe² Ash dah ade kat atas tu..hihi

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    ciri2 lelaki dah ada tue...
    ciri2 abg long je xdek lagi nie :p

    ReplyDelete
  4. nak halang pun tak boleh farah..memang dia akan memanjat jugak..Besar dah Ash..dah nak memanjat..boleh dah bawak pi taman permaianan ni..:)

    ReplyDelete
  5. Fuh. Nanti bermuscle la dia ya. Hahaha

    ReplyDelete
  6. haha..ash boleh geng dengan mia..memanjat ni memang expert habis..

    ReplyDelete
  7. Wah..Tahniah Ash..Nnt mummy jgn terkejut kalo tetibe Ash goyang kaki duduk sblh tv ye...haha

    ReplyDelete
  8. Wah wah wah Ash dah start nak panjat memanjat dah ..Kena pantau jugak ni Farah takut dia terjatuh ke apa ke ..Kadang2 dia suka buat camtu tapi tak tahu bahaya bakal mengundang ...Jadi sbg ibu Farah kena pantau betul2 hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !