Beransur-Ansur Membeli Baju Raya???

Farah Waheda Wahid
11

Niat dan tujuan asal Farah bawa Ash keluar ke One Utama Shopping Centre hujung minggu yang lalu sebenarnya nak beli lampin pakai buang dia ajer. Umang aiii... Ash kelasnyaaa nak beli lampin pakai buang sampai ke One Utama Shopping Centre? Ha ha ha... dah tu? Speedmart nan hado Huggies Ultra? TESCO pulak mahal sampai RM54.50 sebungkus. AEON yang murah dan harga promosi, RM36.88 sebungkus... Makanya ke situ lah kami berdua beranak yer? #ehhh tiga beranak bercucu... lupa pulak nak masukkan Nek Ma Ash dalam ini cerita, kecik hati Nek Ma Ash tau... muahaha... 

AEON yang paling dekat ada 2 pilihan sebenarnya... tapi Farah memilih ke One Utama Shopping Centre. Sambil-sambil tu boleh menyelam-nyelam bawa Ash berjalan-jalan... Hujung minggu kan waktu rekreasi Ash? 

Dari penampakkan imej di atas tu, jelas kot, yang "mood" Ash tak berapa nak ok sangat sebenarnya... Sebab baru pulih dari demam, batuk dan masih ada selsema yang berbaki. Mengantuk pun iya tu. 

Mula-mula, haruslah beri anak makan dulu... Takkan sibuk nak berjalan sampaikan waktu makan anak tak menentu... Hu hu hu... Itu mungkin cara Farah lah... tak kata orang lain yer? Ash memang Farah latih... antara pukul 12 sehingga 1 adalah waktu yang ditetapkan untuk makan tengah hari. Sebelum dia meragam lapar... baiklah Farah beri Ash makan dulu. Perut dia memang "set" 12 - 1 adalah waktu makan tengah hari. 

Selepas makan, kita jalan-jalan pusing-pusing One Utama dulu. Cuci-cuci mata katanya. Tengok-tengok tu, tengok-tengok ni. Beri Ash peluang untuk bermain seketika. Aktiviti riadah lah kononnya. Sampailah tiba-tiba terjebak... 

"Well" segelintir dari "uolss" tahu obsesi Farah membeli baju Ash kan? Ha ha ha... Tapi ini bukan Mummy yang beli ok? Nek Ma Ash belikan untuk Ash, walaupun Farah berkeras katakan tak perlu. Sebabnya Farah memang merancang untuk membeli sendiri hujung minggu ni nanti. Hu hu hu... konon-kononnya nak membeli secara beransur-ansur. Nanti esok-esok dah nak dekat waktu nak raya tak adalah baru sibuk cari masa nak membeli ataupun bersesak-sesak pergi membeli. Orang sesak mesak ni Farah memang kuranglah nak suka kalau membeli-belah. Jadinya, buatlah perancangan nak beli baju raya Ash secara beransur-ansur. 

Sungguh-sungguh Nek Ma Ash nak belikan Ash baju. Huh... Nek Ma Ash paksa jugak. Sejuta kali kata tak nak pun, dia tetap nak belikan. Orang bagi dia duit sebagai hadiah susah payah jaga Ash semasa Farah bekerja di siang hari bukan suruh belikan baju Ash. Suruh simpan dan buat belanja. Untuk Ash tu memang Farah dah ada peruntukkan khas. Tapi, Nek Ma Ash tetap sibuk nak belikan. Hu hu hu. Nak tak nak, ikutkan ajerlah, takut-takut nanti kecik pulak hati Nek Ma Ash. Merajuk nanti susah nak pujuk ooo... Al-maklumlah di usia-usia sebegitu memang cepat merajuk kan? Ingatkan sepasang... rupanya 2 pasang... Alhamdulillah, terima kasih Nek Ma. 

Dah selesai membeli belah "baju raya" Ash... barulah turun ke AEON. Tapiiii...


Haaa, selalu tengok wajah-wajah ceria "selfie" si anak teruna ni kan? Sekali sekala kita tempeklah pulak muka sedih tengah "tantrum" dan menangis ni. Ahaksss... apakah? Tak nak balik ke? Teeet... sebenarnya ngam ngam beli lampin pakai buang Ash... dia dah mula meragam... Sebabnya? Sebabnya... dia dah keletihan dan mengantuk. Sehari suntuk kan kat dalam One Utama tu. Dan pada waktu tu, sememangnya waktu tidur dia. Dah nangis-nangis macam tu, terus Mummy dukunglah pujuk ye tak kasi senyap. Pakai "baby carrier", masukkan dia dalam "baby carrier", bagi botol susu dan tepuk-tepuk. Senyap dan akhirnya tertidur... Sampailah ke kereta... 


Lena betul tidur... sepanjang perjalanan balik sampailah akhirnya dah nak dekat-dekat sampai rumah... Ash terjaga sendiri... bateri dah caj semula, terus ceria dan aktif seperti biasa kembali. 


Goyang sikit gambar... Ha ha ha... Berhenti di lampu isyarat dan nak cepat... Macam tulah jadinya... Tapi tak apa janji nampak gigi 4 batang tu... Ngeh ngeh ngeh... 

Beli baju raya secara beransur-ansur ni memang bagus... Tapi musykil jap... sampai raya ke ni nanti? Ekekekeke... entah entah sampai Tahun Baru Cina jer... jadi baju raya Tahun Baru Cina kot? Masa malam makan besar bolehlah melaram ek Ash? ^_*... Ash tak ada kena mengena tapi Mummy lah yang nak kena tetap pendirian supaya tak pakaikan baju tu kalau betul-betul nak jadikan baju raya... Ha ha ha... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak. terbaca entri farah ni, terus terfikir benda yang sama. better beli awal-awal baju raya kan. nanti tak la kelam kabut. sementara bonus masih ado. hehe. bolehlah berjimat. thanks farah! :)

    ReplyDelete
  2. wahh, ash dah beli baju raya awal awal. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. cdg nk beli bj Aqil awai cmtu gak tp tp tp...Aqil cpt besar trus kansel...hihihi

    ReplyDelete
  4. wah awalnya beli baju raya...tp ahkak pun pasang niat mcm tu tiap tahun..last2 baju raya tak sampai masa raya dah kena pakai..hahah...akibatnya membeli baju dikala bulan puasa kian ke penghujung...

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaaa gigi dia....hihihihi

    ReplyDelete
  6. Tak sampai raya nanti dah pakai dulu kan Ash :)

    ReplyDelete
  7. awalnya dia dpat baju raya..
    hehe..
    kompom banyak baju raya tahun nie.
    pp dia boleh buat uncle shark jeles.
    huhu,

    ReplyDelete
  8. Hahaha bagus beli awal2 tapi tak bagusnya kan kan kan kita mak mak orang ni kalau dah nampak baju baru mesti baju tu jugak la yang kita nak pakaikan utk anak hahaha ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !