Tiada Lagi Jalan Untuk "Spiderman" Mendaki...

Farah Waheda Wahid
10

Ucapan tahniah untuk diri sendiri... bha ha ha... kerana telah berjaya memasang pagar keselamatan tangga ini dengan sendirinya tanpa bantuan dari sesiapa pun melainkan si mata boolat jejari comel. Kita sibuk pasang pagar ni, dia pun sibuk nak tolong sama dengan mulut bertih goreng dia tu, macam dah pandai dan kuat sangat... muahahaha... 

Alo lo lo lo... Ash nak tolong Mummy yer? Rajinnya anak Mummy ni... Haaa, jangan kecik-kecik jer rajin yer besar nanti malas... Kalau malas Mummy bit dia... (cubit dia)... hik hik hik... Biasalah di usia sebegini memang sifat ingin tahu dan ingin bereksplorasi itu tinggi kan? Belajar mengenal benda di sekeliling kaedahnya. ^_^... 

Selepas itu, bila dah siap dipasang... terkebil-kebil mata dia dan seakan-akan terpinga-pinga dia sebab... "ehh, Mummy pasang apa ni? Alaaa... tak boleh nak naik atash lagi..."... Hik hik hik... "Spiderman" dah tak boleh mendaki dah... kena cari kerjaya lain pulak... wakakaka... Errr... suka yer Mummy... Pesanan untuk diri sendiri jangan suka sangat... kanak-kanak di usia ini sangat panjang akalnya dan sangat kreatif adanya... Ada-ada saja akal mereka nanti untuk perkara-perkara baru... Lepas tu nanti pening dengan perkara baru tu pulak... shusshhh... 

Sebenarnya hasrat hati nak pasang pagar keselamatan ni memang dah lama dah... tapinya tertangguh-tangguh sebab kekononnya tak sempat nak pergi belilah, dia tak pandai memanjat tangga lagilah... Sekali hamik... bila dah dapat akal, dah mula memanjat... cuak Mummy cuak... ha ha ha... 

Antara entri-entri yang Farah pung pang pung pang pasal pagar keselamatan ni adalah... 


Begitulah ceritanya yang tak berkesudahan tentang pagar keselamatan ni sepanjang tahun ini. Ha ha ha... Hampir setahun tu... Pusing balik, pusing balik cerita sama, pusing balik pusing balik cerita sama... Pheww, akhirnya hari ini penutup ceritanya tentang nak beli pagar keselamatan ni. Terima kasih pada Abah Ash yang telah bermurah hati untuk berbelanja pagar keselamatan untuk anaknya ini. Hik hik hik... Semoga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT yer abang... ^_^... In Shaa Allah... Amin... 

Untuk Ash pulak... ha ha ha, dah tak boleh nak naik tangga dah... Tak adalah Mummy nak pecut 100 meter lagi kejarkan awak di tangga yer? ^_*

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus2.. untuk keselamatan anakk.. dorang sonok manjat kite yg cuak tkut xciden.

    My Blog
    ASDY Dimension.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahaha. kesianlah ash tak boleh naik tangga dah.

    ReplyDelete
  3. haha diharap Ash menerima dengan hati yg tabah :p

    ReplyDelete
  4. alahh. mummy ash dah tak boleh la nak buat aktiviti lari pecut 100 meter lepas ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. haa bagus lah..anak anak sekarang ni makin bijakkkk dan panjang akal

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  6. hihijhi.. hati2.. takut diapanjat itu pagar pula nanti dalam percubaan nya nak panjat tangga juga.. kikikiki.. cakap dari pengalaman nih...

    ReplyDelete
  7. begitulah kekdahnya jadi mummy, mmg kena buat pandai walaupun tak pandai, cam pasang pagar tu, tahniah3x..kan berjaya tu. Takpe pasni ash belaja panjat kerusi meja plak kan Ash..

    ReplyDelete
  8. Terbantutlah keje spiderman nak memanjat lepas ni..haha

    ReplyDelete
  9. haha. . pecut 100 meter at the same time exercise sis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !